Saturday, March 28, 2015

GST DAN 6% BERPISAH TIADA :D

Assalamualaikum...
Salam GST semua!

Hari ini bertarikh 28 March 2015, kurang seminggu lagi  GST akan menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Agaknya macam manalah ia mempengaruhi atau mengubah corak belanja kita seharian? Tunggu dan lihat.
Setelah sekian lama terperangkap dalam sawang labah-labah dan segala macam habuk... akhirnya hari ini petang ini saya dapat membersihkan rumah blog saya yang ditinggal sepi agak lama juga +- 3 bulan, last entry hujung tahun lepas - 2014.

Tup-tup muncul dengan cerita GST. Di laman-laman sosial hangat diperkatakan isu ini dalam pelbagai bentuk aneka warna, suasana meriah ada yang setuju, tak setuju tak kurang juga yang marah-marah dan keliru. 
Beberapa hari lepas saya pun terkeliru sekejap, nampak sangat isu GST ini sangat dekat dengan diri saya. Saya ternampak GST di pintu sebuah lori ketika itu lampu merah. Tengok betul-betul rupa-rupanya GPS. Alahai lah mata.

Saya pernah bergurau di facebook... ketika mula-mula GST diperkenalkan awal-awal dulu, oleh kerana kami konsisten berbelanja di 99 Speedmart, setiap resit akan saya simpan sehinggalah tiba waktu pelaksanaan GST. Sungguh, saya memang simpan resit sejak hari itu sehingga kini. 
Sebelum GST, dengan kenaikan harga minyak beberapa kali, beza harga barang-barang keperluan memang dah naik harga pun.  Harga minyak turun... harga yang telah naik itu masih kekal tak turun-turun.
Semakin menghampiri GST, seakan satu pesta harga - semuanya mendadak naik, tak perlulah saya jelaskan sebab semua orang termasuk yang membaca cerita saya ini pun sedia maklum. Barang yang tak termasuk GST awal-awal lagi sudah dinaikkan harga supaya 'setaraf' dengan barang dan perkhidmatan yang termasuk dalam lingkungan GST.

Apa itu GST? Anda jawablah sendiri, semua orang pun tahu, saya saja jer tanya, senyum nyum nyum nyum...

Ada terlalu banyak penerangan GST di media cetak, tv, iklan di sana sini sinun... saya fikir macam ni sahaja untuk memudahkan fikiran saya sendiri dan untuk elak keliru. Apa yang kita nampak? Harga naik di sana sini bukan?
Semuanya saling berkaitan. Seperti isi dan kuku. Contoh - saya terbaca buku tidak dikenakan GST, tetapi kos dakwat, kertas yang naik akan menyebabkan harga buku meningkat, suka tak suka itulah lumrahnya.

Alangkan harga minyak naik beberapa sen saja pun... tengok apa jadi? Ianya seperti larian domino terus menyebabkan banyak harga barang naik. Ini kan pula GST? Maaflah, ini cara saya berfikir, dari sudut pandangan saya dan apa yang dilihat oleh mata saya. Ini bukan menghasut tau! Jangan salah sangka. Setiap kita ada corak, rentak fikir berbeza. Entah di mana sudah kempen turun harga, yang dinampak setiap peniaga berlumba-lumba menaikkan harga barang.

Ok, mood sentimental value sekejap. Past is past,betul... sesekali mengenang tiada salahnya.
Sekarang, kalau kita order nasi putih dan tomyam, terkini harganya RM 6.50 tak termasuk minuman. Isi tomyam tentunya isi ayam (boleh dikira tak sampai 10pcs pun), serai, tomato,carrot potong mancis, ada cili padi, daun limau purut, bawang merah atau bawang holland dan tentunya kuah tomyam merah yang sedap itu. 

Mula-mula saya jejak kaki ke KL pada tahun 2000 sehingga beberapa tahun ke hadapannya, tomyam yang sedap itu berharga tak sampai RM 5, isinya ada isi ayam, carrot potong bintang/kayu balak, jagung muda, cendawan tiram selain aksesori daun limau purut,tomato, cili padi, bawang dan serai. Untuk tomyam campur/seafood isi ayam + udang + daging + sotong + carrot potong bintang + baby corn + cendawan tiram + batang sup + taburan daun ketumbar tak payah ceritalah, memang umph dan puas hati sangat-sangat. Harga untuk tomyam campur/seafood ketika itu paling mahal pun RM 5.50 - RM 6, tapi sangat berbaloi.
Kalau mampu untuk masak sendiri, lebih baik dari membeli. Apapun, tentunya kesibukan kita bekerja kuat setiap hari untuk menampung kos hidup yang macam-macam tu sering saja membataskan diri. 

Beza memang berbeza. Itulah realiti kehidupan. Bayangkan 5 tahun, 10 tahun ke hadapan bermula tahun sekarang - 2015? 



Selepas pelaksanaan GST nanti, jom kongsikan apa yang berubah sangat tu... hehehe...

love,
monalizahrais
Bt 3 Jln Kapar, Klang,
Selangor

28 Mac 2015 - Sabtu

 





No comments:

Post a Comment