Assalamualaikum...
Tahun 2013 ini menyaksikan banyak isu panas bermula dari isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, pilihanraya PRU 13 seterusnya kenaikan harga minyak, gula dan... tak mau sebutlah, semua orang pun tahu.
Isu terkini berkaitan kenaikan, isu tol. Sedang hangat dibincang di laman sesawang, lebih banyak tak suka berbanding suka. Tarif elektrik pula dinaikkan bermula Januari 2014, belum masuk GST lagi. Sedangkan Astro khabarnya pun naik juga charge. Isu yang 'turun' hanyalah hujan seterusnya banjir luar biasa di beberapa negeri.
Tentunya laman sosial seperti fb itulah tempat kebanyakan rakyat marhaen seperti saya ini meluahkan rasa tidak setuju. Di mana lagi hendak diluah, sekalipun kita tulis surat atau hantar e mail kepada editor suratkhabar...atau terus kepada menteri, meluahkan rasa yang terbeban itu... adakah akan dilayan dibaca seterusnya disiarkan? Saya pasti berkemungkinan masuk tong sampah jawabnya. Dia pun nak jaga periuk nasinya, kena pilih yang mana patut disiarkan di paper, bukan?
Semasa saya zaman kanak-kanak dahulu, saya selalu membeli belacan kotak yang ada cap berjabat tangan, harganya ketika itu RM 0.30 sen sahaja. Selain belacan, saya membeli telur ayam berharga RM 0.30 (gred paling besar), Maggi kari atau Maggi ayam jenama Maggi RM 0.50 sebungkus, gula-gula sebiji RM 0.05, keropok RM 0.10 dan kalau keropok yang berharga RM 0.20 tu siap ada komik lagi di dalamnya.
Ketika itu saya sering mendengar orang tua dan nenek saya mengatakan harga barangan yang saya beli itu jauh lebih murah pada zaman kanak-kanak mereka. Tak sampai RM 5, dapat beli banyak barang dapur keperluan untuk seminggu, kata mereka. Masa tu saya masih budak-budak lagi, jadi tak faham sangatlah, sekadar dengar sahaja, tapi yang saya ingat, mereka sering berkata, setelah saya dewasa harga barang yang murah itu akan naik dan terus naik harganya. Nilai wang semakin mengecil. Kalau dahulu RM 10 dianggap cukup banyak di zaman orang tua dan nenek saya, sekarang? Try bawa RM 50 ke pasar malam berdekatan, ada banyak mana yang dapat dibeli? Bukan merungut, tapi kita bercerita tentang realiti.
Tahun 2008 bulan Oktober, saya mendirikan rumahtangga ketika harga minyak naik mendadak, tak ingat berapa sen naiknya tapi yang pasti seliter RM 2 ke atas. Nasib baik cukup semuanya keperluan berkahwin ketika itu, walaupun harga minyak naik banyak. Untuk menjimatkan belanja... kami menggunakan beras nasional, nasib baik juga beras nasional ketika itu daripada beras yang berkualiti, kebetulan kami terbeli beras yang kurang % hancurnya. Rezeki kahwin lah tu, Alhamdulillah.
Tentang cerita kahwin, kata emak semasa dia nikah seterusnya majlis kahwin... pada zamannya bajet kahwin emak dan bapa (arwah) pada awal tahun 70-an sekitar RM700, tapi meriah sangat meriah siap tukar-tukar baju bersanding lagi. Seluruh kampung datang menyaksikan majlis kahwin mereka. Seminggu sebelum majlis, siang malam berkulintangan menandakan perkahwinan bakal berlangsung. Dulu-dulu adat dan kepercayaan masyarakat kampung masih menebal lagi. Macam tak cukup syarat majlis kahwin kalau tak berkulintangan.
Sukar untuk saya membayangkan dengan hanya bajet RM700 dapat mengadakan majlis meriah untuk seluruh penduduk kampung. Tapi hakikatnya zaman yang berbeza, nilai RM700 ketika itu cukup besar!
Sekarang...RM 700 mungkin habis takat sepasang baju sahaja. Saya sendiri semasa majlis kahwin saya ketika itu hanya dua pasang baju pengantin sahaja, siang berbaju songket dan malam lip lap jugalah baju, dan setakat itu sahaja dengan bajet ribu-ribu (merangkumi baju pengantin dan makan minum untuk tetamu, pelamin buat sendiri dibuat oleh emak).
HARGA
Mengimbas, saya mula datang ke tanah Semenanjung Malaysia ini pada May 2000. Sekarang penghujung tahun 2013. Sepanjang tempoh ini, tentunya saya menjadi saksi kepada kenaikan pelbagai barangan dan perkhidmatan. Barangkali sama seperti anda yang membaca cerita saya ini. Tahun 2005, semasa saya bekerja di Pasar Borong, harga ayam sekilo boleh dapat serendah RM 4 paling mahal pun tak sampai RM 5 sekilo.Terkini, saya membeli ayam bulat sekilo RM 7.90, harga runcit. Kepak ayam, paha, isi ayam berlegar sekitar harga RM 8 ke RM 10 sekilo. Di Sabah di negeri kelahiran saya... harga ayam sentiasa kekal RM 10 dan ke atas untuk setiap kilo.
Rindu sama nasi ayam berharga RM 2. Ada nasi, ayam goreng berempah, sedikit tomato dan timun, kicap, sos cili serta sup semuanya berharga RM 2 sahaja. Ayam saiz besar tu, yang jenis ayam bulat dipotong lapan. Saya selalu beli nasi ayam RM 2 ini di pasar malam Kerinchi. Sekarang semuanya tinggal kenangan. Begitu juga dengan nasi lemak biasa. Nasi lemak RM 1 ada nasinya, telur rebus separuh, sedikit sambal, ikan bilis, kacang dan timun. Sekarang pun masih ada lagi nasi lemak seringgit cuma telur rebusnya adalah hirisan nipis, sedikit sambal bilis dan timun, tanpa kacang tanah. Berbeza sungguh berbeza. Hendak marah kepada peniaga, pun payah juga kerana rata-rata mereka juga terbeban seperti kita.
Harga minyak naik sahaja... ianya rantaian kepada barangan dan perkhidmatan yang lain, akan naik juga perlahan-lahan. Ini realiti sama ada suka tak suka. Sejarah sentiasa berulang dan terus berulang.
Semoga kita terus tabah menghadapi hari-hari mendatang yang semakin mencabar.
love,
Monalizah Rais
Jalan Kapar, Klang
Selangor
19/12/2013 (Khamis)
16 Safar 1435

No comments:
Post a Comment