Thursday, March 17, 2016

ORANG-ORANG BERKESAN

Assalamualaikum…


Malam tadi sebelum tidur sempat tengok fb sambil ketawa sendiri. Ada sesuatu yang lucu, sedang viral saiz pinggang wanita saiz kertas A4 (menegak) di China, membaca komen-komen tu yang buat saya gelak. Yalah kalau nak banding dengan wanita Malaysia – cuba teka kebanyakan saiz pinggang kita A4 menegak atau A4 melintang, atau saiz kertas lukisan? Manila kad? Kertas minyak? Kertas mahjong? Orang Malaysia memang kreatif kalau berbicara. Try baca komen apa-apa isu yang viral, kita memang kreatif. Beza pada nada positif atau negatif.


Hmm…orang-orang berkesan. Nak mula macam mana ya? Biasanya mukadimah entri saya bermula dengan cuaca di luar rumah. Ok, kita mula bab cuaca. Di luar rumah cerah, tapi tak panas sangat, 26’C ikut smartphone Acer. Cuaca di dalam hati pada pagi ini mencecah mood tenang, aman, nyaman, happy gitu. Mood menulis meluncur laju, membara rasa - idea tengah melompat-lompat di ruang fikir. Minta diterjemah dalam bentuk tulisan.


Ada satu ketika saya menaiki bas, sendiri. Dalam bas ada peminta sedekah. Tapi dia bayar tambang bas macam biasalah, sama macam penumpang lain. Peak hour, pekerja balik rumah, petang. Bas awam kau pun tahu, dengan jem, orang ramai berebut-rebut naik bas, dah penuh kena sumbat lagi ala-ala sardin dalam tin…oh ya, peminta sedekah ini seorang ibu dan dua orang anak kecil. Badan mereka kecil, kurus. Ada seorang penumpang orang tua turut bersesak berdiri dalam bas. Kebetulan yang dapat tempat duduk berhampiran orang tua ni semuanya muda belaka lagi, tapi buat-buat tak nampak.

 Si pengemis yang kerjanya meminta-minta  yang sering dipandang hina oleh kebanyakan kita, dengan dua orang anaknya yang kecil kurus itu, satu diletak di pangkuan dan anak yang lagi satu disuruhnya berdiri di  hadapannya, sempit memang sempit walau badan kurus, bayangkan ruang tempat duduk dalam bas – kemudian dia mencuit orang tua ini menyuruh duduk di sebelahnya. Sentap tak beb? Kita yang kononnya prihatin, sihat molek badan, tapi tak offer pun tempat duduk untuk orang tua tu…jom kita berhuhuhu…

Nak yang mana? Mai rapat abang long kak long kawasan? Hah pilih, pilih. Senyum di mata atau senyum di bibir atau senyum lebar sampai tak cukup muka atau senyum tak mau nampak gigi atau tak mau senyum? Pada satu hari yang berbahagia (amboi ayat), saya ke PKNS cari buku. Masa nak keluar PKNS, ada satu booth kecil – ada meja, kerusi, flyer nak minta derma ikhlas. Masa tu saya buru-buru hendak keluar, terrr…pandang seorang hamba Allah, MasyaAllah… dia punya senyuman beb! Menusuk ke jantung hati! Kaku sekejap kaki saya.  “Puan…derma  seikhlasnya untuk  anak-anak Palestin”. Sambil tersenyum. Saya hanya mampu balas senyumannya. Itu jer yang termampu, dompet dah nipis dah, bikin beli buku tadi, hihihi…


Aduh… kesan senyuman yang menusuk kalbu itu alahai… saya cepat-cepat cari di laman sosial page tentang Palestin. Rupa-rupanya wajah hamba Allah yang senyum dengan saya tadi tu – patutlah familiar tengok. Antara ‘orang kuat’ Aman Palestin, jangan tanya nama beb, aku dah lupa namanya tapi memang pernah nampak kat tv team dia orang bicara isu Palestin. Jenis senyum dia tu – senyum di mata dan sedikit senyum di bibir. Ini jenis senyum memang power beb! Kau tak payah cakap banyak, confirm runtuh ‘tembok Berlin’ walaupun hati kau jenis ‘hati kering’.


Kau tengok Chow Yun- Fat, pelakon Hong Kong tu. Dia jenis senyum di mata, memang menggoda, hahaha….(Sebenarnya, sambil menaip cerita ini, saya asyik tersenyum-senyum, hmm… layan ajelah beb!). Orang-orang yang senyum di mata, jenis punya perasaan mendalam, ada elemen romantik dalam jiwa dia tu.


Senyum dalam tangisan. What? ala..hal-hal gembira, dapat result cemerlang, terharu, menangis sambil senyumlah jawabnya atau… tak tahu nak senyum atau nak nangis.

Senyum yang nampak gigi tapi muka tak ada perasaan sangat – yang ini kau tengok si Stephen Chow.  Dialah orangnya.

Senyum dalam marah – sinis terhiris rasa menengoknya. Ada elemen mengejek, rasa menang dalam diri.

Untuk senyum sayu/layu/pedih – mata  nampak basah macam nak nangis jer tapi tak keluar pun air mata tu. Seakan-akan redha, melepaskan seseorang yang disayangi, menjadi milik orang lain pergh!!! +- gitulah, entah tak tahu explain celah mana. Ok, tutup bab senyum. Masuk bab lain pula.

Siapa lagi? Mak bapa kita lah, orang-orang berkesan dalam hidup kita. Bayangkan kita duduk jauh, orang tua duduk kampung, kesian. Kita rindu balik kampung, nampak senyuman mak, bapa  aduhai… terubat rasa rindu. Berbelas tahun saya ulang alik KL – Sandakan, satu-satunya pintu yang sangat saya ‘benci’ – adalah pintu ‘departure gate’. Ini pintu air mata saya, umpama hujan lebat sedang turun di tanah hati, banjir habis huhuhu… tisu tak cukup, kena sedia sapu tangan beb! Lepas nangis terus selsema waduh-waduh. 

Masa ni saya tak peduli pandangan orang sekeliling, yang penting salam peluk cium orang tua, adik-beradik sebelum masuk dalam. Masa arwah bapa saya masih hidup, setiap kali dia menghantar saya ke airport, di pintu ‘departure gate’ – masa nak salam dia tu, dia pakai spek hitam dulu. Lepas salam, dia terus masuk tandas, menangis, tak sanggup tengok anak dia ni masuk dalam. Sekarang, setelah dia ‘tiada’, dah kurang seorang menghantar saya ke airport Sandakan setiap kali pulang semula ke KL. Tadi senyum, masuk part mak bapa terus sedih, pedih, menangis kejap.

Selain ‘manusia’, orang-orang berkesan yang lain –  orang-orangan yang dekat sawah padi/ladang digunakan untuk menakutkan haiwan terutamanya burung daripada makan hasil tanaman petani.

Orang-orang berkesan yang kerja glamour pengaruh kuat belajar tinggi-tinggi tu – saya tak mau sentuh yang itu, semua orang pun  tahu. Poin utama cerita ‘orang-orang berkesan’ ini fokus kepada sisi yang selalunya kita tak perasan sangat, itu jer nak cerita pun. Agak-agak, ada tak orang lain yang terkesan melihat kita? Terrr…motivasi , terr…jatuh hati/jantung/cinta? Ter…kagum?


love,
monalizahrais
Bt3, Jalan Kapar, Klang
17 Mac 2016 - Khamis 




No comments:

Post a Comment