Sunday, November 25, 2012

NASI KALER PINK, SUKA SANGAT!









Disengajakan untuk menggambar nasi sedemikian rupa, inspirasi dari iklan yg berbunyi 'panjangnyer...'


Oklah, gambar-gambar di atas merupakan hasil awal dalam proses saya mengenal dan cuba memasak beras basmathi. Pertama kali memasak beras jenis lain, saya bermula dengan beras herba ponni yang guna nisbah 1 beras : 2.5 - 3 air. Menjadi, dan seterusnya saya cuba memasak beras basmathi Moghul, pertama kali mencuba menjadi bubur sebabnya terlebih air, kali kedua percubaan seperti gambar-gambar di atas dan seterusnya dapat dilihat pada entri sebentar tadi berkaitan tajuk Nasi Minyak & Ayam Masak Merah.

Selain itu saya cuba juga memasak beras basmathi Moghul ini just masak letak air dan garam sahaja setelah direndam selama 30 minit dan turut dicuba memasak nasi kuning - rendam beras selama 30 minit, masukkan sedikit garam, santan dan serbuk kunyit. Pun manjadi juga, Alhamdulillah.

Gulai ikan tongkol (yg paling ringkas selalu saya buat)

Ikan tongkol
Bawang merah, putih, kunyit hidup, halia, serai - ditumbuk/kisar (bahan A)
Garam, gula
Air asam jawa atau tomato (bahan B)
 Cili merah belah dua atau cili (sebarang jenis ikut suka)

Tumis minyak, masukkan bahan A sehingga naik bau dan berubah warna, diikuti ikan tongkol, tumis sekejap.

Masukkan air, bahan B, garam, gula secukup rasa.

Masukkan cili merah

Setelah masak, siap untuk dihidangkan...

***  kadang-kadang saya bubuh serbuk kari ikan dan santan.



Tidak tahu kepada tahu akhirnya, yang penting keazaman dan kesungguhan kita hendak mempelajari sesuatu, tidak tertumpu kepada resepi makanan sahaja malah apa sahaja kemahiran - motivasi kepada diri sendiri.  

No comments:

Post a Comment