Friday, November 23, 2012

HANTARAN PERKAHWINAN II

Handbag Carlo Rino sekali dengan purse jenama yang sama.


Telekung.


Set penjagaan diri Loreal.




Set minyak wangi Coach.




Gelang tangan dan cincin.




Wang hantaran (album) disusun bentuk kipas, tak dapat tunjuk lupa pula nak ambik gambar dalam album tu.



Replika cek wang hantaran dan bunga mas kahwin.



Bunga wang hantaran 1/10 daripada jumlah keseluruhan.



Manisan/kuih penyaram 7 pcs untuk display.



Sirih junjung, sirih tu memang sengaja ditonjolkan berbanding bunga, fresh lagi baru dipetik seawal pagi pada hari nikah, siap ada embun lagi kat daun. Sebenarnya ini gubahan yang kedua sebabnya gubahan kali pertama rosak disebabkan perjalanan sehari suntuk ke tempat pengantin perempuan.



Kain putih satu kayu - special requestment daripada pihak mempelai perempuan, sama seperti manisan/kuih penyaram.


Gandingan hantaran kedua belah pihak pengantin, yang dalam kotak tu 273 pcs manisan/kuih penyaram.


Tema hantaran dari pihak lelaki - pink silver dan tukang gubahnya ialah.... tentunya kakak sulung siapa lagi kalau bukan aku...hehehehe... sesekali angkat bakul masuk buah, jangan marah yer... 

Oh, pengalaman menggubah hantaran, mencabar juga sebabnya bakal pengantin sangatsangatsangat cerewet... ops! Saya ni berterus terang saja, bidan terjunlah katakan, siapa lagi yang hendak diharapkan, dalam masa yang singkat kena buat gubahan, kursus sendiri hehehe... ala saya rujuk jer kat youtube dan blog.

Akhirnya tertunailah janji untuk display gubahan hantaran yang saya sebutkan dalam entri terdahulu iaitu proses kreatif satu dan dua, walaupun majlis sudah berlangsung 3 bulan lepas tetapi better late than never kan?

sambungan cerita seterusnya dalam hantaran perkahwinan III

semoga ada manfaat kepada anda yang sedang mencari inspirasi gubahan hantaran.
nak share silakan, tapi nyatakan sumbernya ya,

love,
monalizahrais    

No comments:

Post a Comment