Friday, April 7, 2017

SCAMMER

Assalamualaikum…


Salam Jumaat, cuaca di luar rumah panas, cerah. Duduk dalam rumah pun terasa panas, bahang matahari tu. Tapi dalam hati tak boleh panas-panas, kena cool selalu. Bawa bertenang dan jangan marah-marah. Antara benda paling susah nak buat, bersabar, sesukar menahan senyum, kita rasa lucu sangat tapi tak boleh senyum sebabnya kurang sesuai dengan suasana pada masa itu. Kita rasa marah sangat, tapi kita tak boleh marah sebabnya tak sesuai untuk marah-marah pada ketika itu.


Semalam sebelum tidur, jalan-jalan sekejap di social media – fb. Ada satu dapatan menarik, Sindiket menyamar ‘pegawai Maybank’ curi duit. Poin menarik – spoofing, panggilan VOIP (voice over internet protocol), akaun pihak ketiga. Huraian berita ada di akhbar online. Tak perlu saya ulang tulis, kita masing-masing ada capaian internet di smartphone.
Membuatkan saya teringat beberapa panggilan yang tidak dikenali sepanjang minggu lepas membawa ke minggu ini.


Si pemanggil misteri beritahu suami saya ada hutang tertunggak, nama dah blacklist, mahkamah akan saman, semua akaun suami akan dibekukan, mereka akan datang rumah untuk sita barang-barang di rumah kami. Sekiranya kami tak bayar 18K.


Saya tanya ini panggilan dari mana, dan cik nama apa? Dia balas panggilan dari jabatan akaun Bank Negara Malaysia katanya. Nama dia tak cakap.


Kemudian saya tanya hutang apa sampai tahap blacklist bagai nak saman sita suami saya? Cik dapat nombor saya dari mana? Mula-mula dia cakap sebab suami saya tak habis bayar motosikal, masa tu suami saya dekat Johor.


Saya balas – cik, waktu suami saya di Johor kami tak pernah jumpa lagi, masing-masing masih bujang, so awak dapat dari mana nombor telefon saya ini?


Dan seterusnya saya sendiri tak larat cerita semuanya, tulis taip dekat sini – secara ringkasnya dia ugut kami bayar 18K, berulang-ulang tanya kami duduk mana, dan berulang-ulang menyebut nama Bank Negara. Akhirnya saya minta nombor rujukan, nama dan tempat untuk pengesahan info sebab sekarang ada banyak penipu. Saya direct cakap gitu. Sampai ke hari ini senyap, tiada lagi panggilan.


Entahlah di masa hadapan, tapi lepas ni apa-apa call dari nombor selain yang ada dalam contact, tak perlu sambut. Zaman sekarang bermacam cara orang nak tipu kita. Ingatan untuk diri saya sendiri terlebih dahulu…walaupun saya orang drama, dan kalaupun tuan-tuan dan puan-puan suka sangat tengok drama lentok cintan cintun tu…sesekali tontonlah drama jenis thriller/aksi. 

Criminal mind, CSI Cyber, Hawaii 5 –O, Macgyver dan yang sewaktu dengannya. Tak rugi, untung lagi ada. Sekurang-kurangnya kita dapat ‘membaca’ niat tak baik si penipu. Tak mudah menggelabah. Serupa pejuang MLM… puak-puak penipu ini sememangnya sangat pandai berhujah, level yakin dia tu tahap maksimum.


Peranan kawan-kawan yang boleh dipercayai. Walaupun saya dah tahu panggilan itu scammer, tapi untuk menyedapkan perasaan sendiri yang berdebar-debar juga sebenarnya… saya cepat-cepat tanya di group whatsapp. Rupa-rupanya kawan satu group pun pernah dapat call begitu. Bila kita dah sharing kebimbangan kita tu, dah tentu-tentu rasa lega.

love,
monalizahrais
Bt.3 Jln Kapar, Klang
Selangor
7 April 2017 Jumaat

No comments:

Post a Comment