Tuesday, April 11, 2017

LUPA - LUCU, BALA ATAU RAHMAT?

Assalamualaikum…


Bayangkan, pergi airport semua barang dah packing siap-siap, double triple cek termasuk dokumen penting. Sampai airport, time nak check in tiba-tiba baru perasan IC tinggal di rumah. Pulang semula ke rumah confirm terlepas flight.  Lupa punya pasal. Contoh, sekadar contoh, tak pernah lagi kami terlepas flight selama ini. Mohon dijauhkan benda-benda sebegini.


Adik saya pernah terlepas flight. Flight hari Rabu, entah apa yang ada dalam fikirannya dia menyangka flightnya hari Khamis. Seawal hari Selasa, saya dan adik-beradik yang lain sudah mengingatkan dia flight hari Rabu, dijawabnya dengan penuh yakin hari Khamis. Dan kami pula iyakan saja, sebab tiket ada dengan dia. Mungkin kami yang salah ingat. Menjelang hari Rabu saya whatsapp adik lagi, ingatkan dia tentang kiriman barang saya, jangan dilupa untuk dibawa esok harinya – Khamis.


Beberapa minit kemudian, mesej saya berbalas flight dia sememangnya hari Rabu, dia tersilap baca tiket. Ah sudah, apalagi beli tiket barulah jawabnya. Burn tiket begitu saja. Nasib baik kebetulan ada tiket murah hari Khamis, itupun tinggal satu seat saja, waktu lain semuanya mahal.


Atau jalan dengan isteri dan anak. Isteri shopping lama sangat, suami balik rumah terlupa isteri, sampai rumah baru perasan isteri masih di supermarket. Pergi temuduga tertinggal sijil… cari kerja lainlah jawabnya.


Pergi pasaraya beli barang-barang, belanja sakan, sampai dekat kaunter cashier, dah siap scan semua barang, buka dompet rupa-rupanya duit tak  ada!  Terlupa pergi cucuk duit dekat ATM. Yang paling sadis, cari pen merata tempat, rupa-rupanya pen dekat telinga. Atau selit di leher baju. Cari telefon, kunci merata tempat, rupa-rupanya ada dalam poket seluar. Terlupa zip seluar? Teringat pula satu berita di fb tu, kita sama-sama tahu tentang itu… tidak perlu diulang tulis di sini. Terlupa pakai seluar dalam? Itu kisah artis luar negara.



Cerita-cerita di atas pernah terjadi dekat family dan kawan-kawan saya. Yang paling ‘rare’ ada seorang senior saya ini terlupa pakai bra, nasib baik tudungnya labuh baju saiz besar, badan dia jenis kecik, orang lain tak perasan. Kami pun tak perasan sebenarnya. Tapi dia bisik dekat telinga – “aku lupa pakai bra”. Alalalala…



Terlupa letak garam gula dalam masakan boleh tahan lagi, yang tak menahannya tu… sudah bubuh garam gula perisa bagai, tinggalkan sekejap dapur then masuk dapur balik taruk lagi garam gula perisa, bertambah ‘sedap’ masakan tu. Lauk dah masak siap-siap, siap berhidang, rupa-rupanya nasi masih mentah, terlupa tekan suis ON.


Saya sendiri, pengalaman lupa yang paling ‘bodoh’,mencari getah rambut gigih mengingat di mana saya letak, rupa-rupanya ada dekat tangan, jadi ‘gelang’. Suami isteri terlupa pakai helmet walhal helmet dah letak di luar dekat rak kasut. Mencari kunci rumah, saya amat pasti saya letak dalam handbag, tapi tak ada pun. Aneh. Rupa-rupanya, kunci memang ada dalam beg, itu kunci sudah terperosok dalam lapisan handbag, handbag bocor, patutlah dah tunggang terbalik dikerjakan tapi kuncinya tak jumpa. Faham-faham sajalah handbag wanita, ada bermacam ‘khazanah negara’ ada di dalamnya.



Next, ini kisah lupa yang membuatkan kami suami isteri bersyukur sangat-sangat! Pada saat-saat genting, penting, atas sebab lupa yang satu ini pengajaran yang sangat berguna kepada kami. Terutama untuk diri saya sendiri.


Once upon a time…(amboi amboi amboi mukadimah tu…), kami diuji dengan ujian kewangan. (jangan tanya soalan klise – ada simpanan tidak). Entah sebab apa, motor suami asyik meragam, berulang-ulang rosak dalam tempoh sebulan. Keluar masuk bengkel dibuatnya, sudah tentu duit keluar banyak. Kesannya belanja harian, keperluan dapur, makan minum terjejas.


Berbaki seminggu sebelum gaji… atau paling lewat 10 hari, balance duit yang tinggal RM150. RM150 itu kalau tempat kerja seberang jalan di hadapan rumah kita, just jalan kaki saja, boleh balik rumah makan-makan lunch… lebih dari cukup dah.


Realitinya pada ketika itu… RM150  selepas dicatu itu ini begitu begini pun, memang tak sampai hari gaji. Ada banyak keperluan mendesak yang kami terpaksa guna duit tu, tak boleh tidak. Sampai ke tahap ‘pecah tabung’ dah. Membongkar kira duit syiling.


Jenis purse saya ada banyak partition. Partition 1 – khusus untuk simpan duit RM50, partition 2 simpan RM10, dan seterusnya RM5 dan RM1. Partition tengah berzip untuk simpan IC, kad klinik dan kad bank. Ada satu bahagian khusus untuk simpan RESIT balance duit dalam bank, setiap kali kami keluar duit di ATM.



Dan kami suami isteri pun pergilah cucuk duit di ATM di pasaraya yang dekat dengan rumah kami. Keluar duit RM150. Ambik resit balance – RM218. Saya baca banyak kali – RM 218. RM 218. What? Penyata balance duit yang tersimpan di purse RM168. Dari mana datangnya RM200?


Saya bongkar purse. Rupa-rupanya penyata balance terkini RM368. Terselit di ruangan berzip yang ada IC, kad klinik dan kad bank. Biasa saya simpan di ruangan yang lagi satu. Saya langsung tak ingat sedikit pun saya tersimpan penyata tu di tempat lain. Sebab tersalah simpan resit… kami lupa balance duit sampai ke hari gaji rupa-rupanya lebih cukup daripada biasa. Pertama kali jadi macam ni. Lega sangat-sangat… di saat kita terdesak duit confirm tak cukup sampai hari gaji… tiba-tiba ada duit lebih, Alhamdulillah. Jangan jadi terbalik, dah. Sengsara kita…mohon dijauhkan.


Dan mohon dijauhkan benda-benda lupa yang melibatkan dapur – terlupa tutup gas, kita keluar rumah. Apa jadi lepas tu? Nauzubillahiminzalik…


Pernah terlupa tutup dapur gas, tertidur sekejap, mengantuk sangat. Saya panaskan nasi dan lauk, masuk bilik sekejap tengok smartphone baca mesej dan fb sambil baring-baring santai. Terrr..tidur, bau hangit saya terbangun cepat-cepat ke dapur matikan api. Sekarang, dari mula proses menyediakan bahan mentah membawa ke masak-masak, saya akan stay di dapur sampai siap kerja. Hanya akan tinggalkan dapur selepas kerja siap sepenuhnya.


Seorang rakan saya bercerita di whatsapp group dia panaskan lauk, baru balik dari kerja, kemudian anaknya menangis dia masuk bilik pujuk susukan tidurkan anak dengan dia sekali tertidur. Dia tersedar selepas rumah penuh asap. Bergegas ke dapur matikan api. 
Saya yang membaca ceritanya itu tumpang sekali berdebar-debar.


Ada waktunya saya seorang saja balik kampung, bukan senang adjust cuti suami. Dah namanya pekerja, dan kita bukan majikan, tak dapatlah cuti sesuka hati kan. Berulang kali saya ingatkan suami suruh dia makan di luar saja, JANGAN MASAK di rumah, balik rumah dah penat selalu sangat suami tertidur di ruang tamu sambil-sambil tengok tv. Setakat minum minuman panas, kita masak air guna electric kettle tu.


Tahun lepas selepas berbekam, saya pening, kita pergi klinik, dapat ubat dan balik rumah. Sebelum makan ubat saya rebus kerang, masak nasi. Selepas makan, kita makan ubat dan tidur, mengantuk sangat kesan ubat tu. Saya baring-baring tengok jam – jam 1 petang, kemudian mata berat sangat tertidur…nyenyak amat. Bangun-bangun semuanya gelap, cepat-cepat bangun on lampu dan jam tunjuk jam berapa? JAM 8 MALAM. Tidur yang lama. Buru-buru ke dapur. Urut dada sendiri mengucap syukur…sebelum ini, kadang-kadang api nasi tak padam lagi saya makan dulu sambil tengok tv. Tu yang gelabah lain macam tu.
Saya terbiasa masak nasi guna dapur gas, kecuali ada tetamu datang rumah dan kita perlu masak lebih baru guna rice cooker.


Saya balik kampung melihat kesibukan adik saya mengurus anak-anak dan kerja rumah… sementara tunggu nasi dan lauk masak, dia urus melayan karenah anak-anak, kadang-kadang terlupa masakan di dapur. Nasib baik duduk ramai-ramai di kampung, ada yang tolong tengokkan. Yang duduk berumahtangga sendiri ini… hal-hal sebegini kita perlu lebih awas, kena beringat selalu.


Setiap kali sebelum keluar rumah… saya pastikan saya ke dapur dulu double check gas dah dimatikan. Saya sengaja letak cermin di tingkap dapur. Saya ada satu habit, akan bercermin pada cermin yang berlainan. Lepas satu, satu. Pakai tudung bercermin dekat bilik tidur, dah siap pergi ke dapur bercermin lagi… seterusnya cek dapur. Ala… perempuan biasalah pantang nampak cermin di mana-mana, mesti akan tengok tudung kemas ke tidak. Tengok lopak air pun boleh bercermin. Duduk restoran, sudu atas meja tu pun boleh jadi cermin. Yang paling ‘parah’ saya pernah ‘bercermin’ di mata suami, sebenarnya saja-saja mengusik dia, bukannya bercermin betul-betul pun.

Oklah, setakat ini dulu, lain kali jumpa lagi, tata... 

love,
monalizahrais
Bt.3 Jln Kapar, Klang
Selangor
11 April 2017 Selasa


No comments:

Post a Comment