Thursday, March 9, 2017

DELETE


Assalamualaikum…


Cuaca di luar rumah agak mendung, cuaca di hati tetap cerah, tenang, damai. Mana boleh tak letak cuaca itu satu kemestian, memudahkan mood menulis di pihak saya –bermula dengan ayat yang baik-baik dan mungkin sebagai penenang di pihak pembaca. Semacam niat +- begitulah. Tak best tulis guna ayat skema, sekadar tulisan di blog ini untuk santai-santai. (maknanya akan ada banyak kesalahan tatabahasa, cara tulis lagi-lagi kalau yang membacanya jenis peka benda-benda begini @ ini ‘mimpi ngeri’ untuk guru Bahasa Melayu hihi…jangan marah ye cikgu, nanti kena jual)


Tiba-tiba orang datang dekat kita marah-marah bentak suara tinggi dah tentu mood kita spoil, rasa tak best je. Tapi kalau datang dengan cara baik cakap pun baik-baik even kita tengah moody pun jadi baik kejadiannya.


Oklah, done mukadimah di atas. Focus tajuk delete. Semalam lebih sejam kerja saya delete saja. Apa yang didelete? Segala macam photo/info grafik, video yang dihantar melalui whatsapp group. Jumlah semuanya lebih 1000 pcs itupun tak siap lagi. Sampai tahap tak larat nak delete dah, banyak sangat, smartphone kita jadi berat jadinya. Sejak beberapa hari ini kita perasan kita guna phone segala-galanya agak slow. Tanda-tanda nak ‘hang’ tu. Itu pasal gagah mendelete. Kapasiti smartphone saya tak banyak –  SD card cuma 8GB vs  internet plan saya ambik sebulan RM68 (10.5 GB – SuperDeals). Digi. Saya install dan gunapakai aplikasi Facebook, Instagram dan Whatsapp. Cukup-cukup sudah tak mau banyak-banyak, sakit kepala kita dibuatnya.


Saya teringat ada satu portal hiburan – David Beckham dan isterinya Victoria mengupah pekerja hanya untuk buka hadiah Krismas saja. Banyak sangat hadiah, tak larat buka sendiri. Entah-entah untuk balas ucapan kad perayaan agaknya pekerja juga yang buat. Itu selebriti. Sekarang… aplikasi teknologi maklumat ini membuatkan kita semua dah jadi ‘selebriti’ segera. Tak pelik sangat melihat timbunan mesej dalam smarphone. Pandang pun tidak agaknya, tak larat nak melayan dah, kerja utama tak siap jadinya.


Saya tak pernah request masuk mana-mana whatsapp group, semuanya jadi begini –  tiba-tiba je smartphone bunyi, mesej menderu rupa-rupanya friends/family dah add nombor kita dalam group. Kalau kita tiba-tiba leave/keluar dari group, lain pula isu yang timbul, dicarinya kita dekat fb/mesej personal. Dianggapnya kita tersinggung dengan si polan itu si polan ini, walhal sebenarnya kita inginkan privacy, tiada masa kita membaca mesej group yang seakan tiada penghujung itu. Ditambah lagi dengan ‘blue thick’ lagilah parah, padahal kita cuma open mesej dan terus tekan back.


Sebaliknya jika kita ‘minta kebenaran’ untuk leave/keluar group dengan alasan klise –telefon rosak, pun jadi satu hal juga. Ditunggu dan dicari kita di lain media – fb, ig, mesej personal jadi sasaran, siap kena call pun ya hihi…nak tukar nombor telefon pun tak kena juga, sebab nombor yang ada sekarang dah pakai lama melebihi 10 tahun, sayang nak tukar, menyukarkan banyak urusan penting sebenarnya. Kita guna nombor satu je untuk semua urusan penting/rasmi dan peribadi.


Nasib baik facebook tak macam app whatsapp – tidak memberatkan smartphone kita. Kalau tak, hmmm… bayangkan ada banyak tawaran GB di luar sana mencecah ribuan malah jutaan GB agaknya, untung banyak si penjual gajet. Sekejap, apa maksud GB ya?. Maksud saya ‘nama penuh’ GB tu. Selama ni saya tahu sebut je – GB, KB, MB – ukuran untuk  data usage. Yang saya faham analogi – KB (sentimeter), MB (meter), GB (kilometer).  KB (mini van), MB (lori satu tan), GB (lori kontena).


Semalam saya whatsapp adik, bertanya kalau-kalau ada cara nak adjust whatsapp bagi kurang berat smartphone tu – so kita tak perlu leave/keluar group whatsapp guna alasan klise, sebenarnya tak tahu nak beri alasan apa yang sesuai haha…
Sebab si adik guna Iphone vs saya guna jenama Acer… si adik screenshot lah cara-caranya dalam Bahasa Melayu pula tu aduh!.Dia setting telefonnya guna BM. Ambik masa juga nak hadam apa yang dia screenshot tu. 


Dari mula saya kenal benda alah telefon (tahun 2000 model Nokia 3310 yang legend itu) membawa ke smartphone Acer yang saya guna sekarang ini… ‘bahasa’ telefon selain Bahasa Inggeris susah sangat saya nak faham. Contoh untuk perkataan ‘mesej suara sentiasa dimuat turun secara automatik untuk pengalaman komunikasi yang terbaik’ – saya lebih faham begini, - ‘Voice messages are always automatically downloaded for the best communication experience.


Diringkaskan cerita, saya pergi dekat settings di aplikasi whatsapp, kemudian adjust apa-apa yang saya nak. Ikut smartphone masing-masing. Main poin sama, beza pada ayat. Saya pilih document, photo dan audio saja yang automatic download. Kecuali video sebab video banyak sangat data dipakai – GB. Document, photo dan audio setakat KB saja.  Dapat jimat mobile data smartphone kita, berbaloi pun ya.


Bukan saya seorang yang terkena begini, malah dekat wall fb saya pernah terbaca ada rakan mengeluh, dia tak larat baca setiap mesej, akhirnya dia  ‘mute’ setahun group yang dia join/tiba-tiba di add. Saya sendiri ada beberapa group whatsapp yang saya ‘mute’ setahun. 


Kita diikat sungguh oleh teknologi ini, kita membazir banyak waktu sebab-sebab hal yang begini. Apa nak buat, kita dah masuk dalam ‘blackbox’ teknologi maklumat di hujung jari. Hanya mampu memperlahankan/memilih yang kita hendak saja. Atas diri sendiri, pandai-pandailah urus.


Next, kita cuba reversed isu ini/berfikir terbalik. Sebaliknya situasi ini sangat bagus untuk peniaga online. Free marketing. Tak perlu saya tulis panjang-panjang tentang ini, kita sama-sama tahu. 

Baiklah, kita stop sini dulu, nanti  kita sambung lain tajuk di lain waktu.

love,
monalizahrais
Bt.3 Jln Kapar, Klang
Selangor
9 Mac 2017 Khamis

No comments:

Post a Comment