Tuesday, March 7, 2017

'APP EMOJI'

Assalamualaikum…

Di luar rumah mendung, dalam hati cerah, ceria. Seminggu di bulan Mac, apa khabar azam 2017? Sedang berjalan lancar atau ada tanda-tanda merudum? Soalan untuk diri sendiri. Sendiri tanya, sendiri jawab.

M*******p saya ‘beku’ sekejap. Kadang-kadang perasaan kita seperti ombak, ada masa tenang, di lain hari bergelora (amboi-amboi ayat…). Sekarang sudah masuk ‘app emoji’ tahap ‘ombak rindu’ – masa untuk ‘mencairkan’ m*******p, InsyaAllah pulun balun belasah sampai siap. Kena jadi ‘air terjun’ kot, bagi meluap-luap perasaan tu.  Buat sampai jadi. Sebelum tu menyelit sekejap di blog, ‘lapor diri’ tulis entry untuk bulan Mac 2017.

Bercerita tentang ‘app emoji’, saya teringat sesuatu sewaktu zaman study di UM, dalam kelas Improvisasi Gerak Lakon. Ingatan tentang ini menjentik ruang fikir ketika saya duduk-makan-minum-lepak di restoran bersama suami.

Kita sama-sama tahu, bukan perkara luar biasa melihat seseorang menatap baca smartphone atau buku sambil ketawa, menangis, tersenyum-senyum atau marah atau seperti sedang membaca jampi serapah pun ya, – reaksi spontan. Ianya bukan reaksi yang dibuat-buat atau disengajakan. Smartphone/buku itu sendiri pemangkin emosi kita, tanpa kita sedari. Zaman sekarang, saya percaya kebanyakan kita lebih selesa melayan smartphone berbanding bersosial secara ‘live’. Tapi bukan ini yang ingin saya ceritakan.

Flashback/throwback – ada satu hari dalam studio/blackbox a.k.a kelas kami, lecturer suruh buat begini – kita pandang cermin dan berlatih miming/mimik muka (mengikut istilah facebook – meme) dalam beberapa minit. Lecturer suruh menangis dan kita pun menangislah, kena buat sungguh-sungguh ikut berapa minit/saat sampai lecturer puas hati, kemudian dia suruh kita ketawa pula sungguh-sungguh dan seterusnya sekejap kita menangis, ketawa, marah, sedih berselang seli dan berulang-ulang di hadapan cermin sampai our lecturer puas hati.

Kau bayangkan kau baru lepas menangis sampai keluar air mata (dah dia suruh buat sungguh-sungguh) lepas tu kena tukar ‘setting’ emosi tu nak kena gelak pula aduh? Gila tak gila awak? Nampak macam tak betul tak? Dari sudut pandang logik/realiti, memang nampak tak betullah kalau kita sekejap ketawa, menangis, marah dalam waktu yang singkat. Nasib baik ini kelas improvisasi, bukan saja-saja nak buat gitu.

Melihat reaksi orang lain yang ‘hanyut’ focus dalam pembacaan dia tu sama ada baca buku atau smartphone spontan saya teringat aktiviti miming tu. Beza pada pencetus emosi (bukan pencetus ummah ya) kami, bergantung kepada kekuatan imaginasi fikiran, penghayatan emosi itu sendiri. Sambil memandang cermin melihat proses miming. ‘Cantik’ atau tidak miming/mimik muka/meme yang terhasil.

Maksud ‘cantik’ di sini ialah kau punya sedih menangis tu memang tahap real punya, ada keluar air mata dari mata (bukan air mata eye mo atau sebab hiris bawang), hingus, suara meraung, bergetar bibir dan yang sepatutnyalah. Atau senang nak faham kalau orang depan kau tu tengah sedih pilu nangis lentok sungguh dengan kau sekali nak menangisnya. Macam terjangkit pula kan. Terkena tempias gitu.

Saya terfikir, kalaulah pada zaman saya study dulu tu sudah wujud segala macam social media ini, mungkin saya akan berlatih miming/mimik muka dengan menatap baca social media. Mungkin… sekadar membayangkan, haha…

Di fb ada satu bahagian ‘feeling/activity’ untuk menyatakan ‘app emoji’ kita menguatkan lagi post status dekat ruangan ‘What’s on your mind?’ itu. Ala… kau pun tahu tentang ini. Amat mudah menyatakan perasaan kau yang selalu sangat ‘jiwa kacau’ tu.


Hmm…apa lagi ya? Tapi kan… membaca tulisan dan berkata-kata itu banyak bezanya. Kalau ada 10 orang membaca status facebook yang sama, sudah pasti lain nada bacaannya apatah lagi sudut pandang dia tu, akan ada bezanya. Sekali lagi, kau pun tahu tentang ini.
Yang lain? Kau cari sendirilah, ok, setakat ini saja untuk petang ini, lain waktu cerita tajuk lain pula. Tata…

love,
monalizahrais
Bt.3 Jln Kapar,Klang
Selangor
7 Mac 2017 selasa

No comments:

Post a Comment