Tuesday, November 22, 2016

BALIK KAMPUNG 2/8/2016 - 5/10/2016 PART II

Assalamualaikum…

Ok, kita sambung cerita lagi.


@telefon@
Dua bulan. Lama tu. Kesian encik suamiku. Setiap malam tak video call, call biasa pun jadilah, melayan rindu. Mula-mula kami bervideo call, nak tergelak pun ya, first time tu. Rasa ganjil sangat. Yalah dulu zaman kenal sebelum kahwin, tak adanya video call whatsapp fb bagai. Just call dan mesej saja. Bertunang pun tidak, terus kahwin. Dah kahwin bertahun-tahun, tetiba berjauhan sekejap (what? sekejap kau cakap? 2 bulan tu, huhuhu…). Sebab saya tidur awal sebelum 9 pm sudah Zzzz dan mimpi, if my husband call me selepas jam 9 pm memang tak berjawablah panggilan tu. Waktu siang saya sibuk ke sana sini mengurus rumah, dah malam baru terasa penat badan. Ada sekali tu saya sambut call sambil mamai, esok pagi saya tengok history dalam phone… eh adalah, biar betul, aku cakap apa malam tadi? Hahaha…siangnya suami call dan gelakkan saya. Tahun-tahun sebelumnya paling lama kami berjauhan 3 bulan, sewaktu arwah bapa saya sakit dan selepas dia meninggal dunia.


@kucing@
Kucing di kampung ada 5 – Mulia, Chi, Milan,Koi, Wisel. Kucing kampung – lasak, agresif, apa yang kami makan, kucing berlima ni pun bedal, semua masuk – nasi mee rambutan durian sayur. Beres, licin pinggan. Tolak batu dan kayu. Ikan dan daging tak payah tanya yang tu sah-sah makanan ruji encik dan cik kucing. Mereka berlima menjadi escort saya pada awal-awal minggu saya di kampung. Sampai tahap kita ke tandas siap tunggu kat luar tu, kita masuk bilik tidur kucing-kucing ni dah ready berkampung depan pintu. Siap cakar-cakar pintu bilik lagi. Pintu buka sikit jer… cepat-cepat masuk bilik lompat atas katil kita, dok gesel sana sini aduhai… geli tau!

Saya suka kucing, setakat suka tengok dan bagi makan tapi saya takut pegang kucing. Awak makan 10 kali sehari pun, kucing berlima pun join makan sekali. Cucu-cucu emak siap dodoinyanyikan lagu-lagu untuk kucing-kucing ni, letak dalam buaian sampai tertidur kucing berlima tu. Malam…kadang saya terlupa tutup pintu bilik, tengah nyenyak tidur tu…c Mulia masuk bilik baring tidur tepi kita, sekali lagi sambil menggesel-geselkan badan dia tu minta dimanjakan, aduduh…kenapakah begitu kucing, saya pakai baju Catwomankah?


@menulis@
Asal entry ini panjang, seakan tiada titik noktah. Infiniti. Sejak dari kampung lagi saya dah mula menulis cerita balik kampung  tapi alahai… ilham saya umpama empangan pecah, saya tenggelam timbul hanyut  dibawa arus air, agak sukar mengempang ilham yang muncul, apabila mula menulis susah hendak berhenti. (flight of ideas). Akhirnya saya biarkan begitu saja, sekarang berada di Klang saya pick up poin utama dan terjadilah tulisan ini. Hanya cerita-cerita kecil tentang diri saya, bukan orang penting/terkenal dalam masyarakat umum pun, tapi saya menulisrekod cerita di blog ini melayan tangan gatal sangat! Gatal menulis gitu.

Jenis tangan gatal yang perlu diubat dengan cara menulis, melayan perasan, tak perlu ubat klinik. Tulislah apapun, yang penting tak gaduh dengan orang lain. Di blog ini, kamu jangan cari kesalahan tatabahasa atau ketat longgar tercabut skru paku bagai struktur ayat-ayat yang saya gunakan. Sebab saya sendiri yang tulis, edit, siar,  memang kamu akan jumpa ada terlalu banyak kesalahan ayat di sana sini. Blog ini tempat saya bersantai, melayan perasaan, mengasah parang tulisan atau menggilap peluru abc, yang kalau saya bercerita secara live kamu akan boring, mengantuk, menyampah mendengarnya.


@provokasi, ujian@
Begitulah adat, ada yang suka ada juga yang benci kita. Kita tidak dapat memuaskan hati semua orang. Saya bukan jenis peramah, rajin sembang gebang berjam-jam, anti social pun tidak, saya hanya melayan benda-benda perlu. Orang tanya kita jawab, seadanya. Orang senyum kita pun senyum. Selalunya saya lebih banyak mendengar berbanding bercakap. Pendengar yang baik hihiii…(yalah tu, banyak cantik kau punya ayat). Apa-apa pun yang kita dengar atau baca…tidak semestinya kita setuju. Tapi saya diam sajalah, takkanlah saya nak cakap “aku tak setujulah apa kau cakap tu”. Silapnya kita selalu tersalah sangka apabila orang lain mendengar melayan cerita kita, kita menyangka mereka juga bersetuju dengan pendapat kita. Walhal kita mendengar dengan baik sambil sesekali menyelit bercakap sekadar mengikut rentak bicara.

Cara pandang, tinggi rendah suara, plastic badan tau dah dia nak provoke/uji saya aduiii…saya ni bukan siapa-siapa pun. Orang biasa, rakyat marhaein sama macam awak, taraf ikan bilis jer pun. Nak uji provok saya, huhuhu…layankan saja dan kita pun hidang ayat-ayat selamat, tak mau panjang-panjang cerita, debat gaduh itu ini.


@emak@
Emak sedang memasuki zon sensitif(emosi) pada usia emasnya sekarang – 55 tahun. Family kita umpama satu set pensel warna, pensel yang sama namun beza pada gelap terang warna pengalaman masing-masing. Emosi rapuh, cepat terasa dalam kebanyakan situasi. Ada ketika saya tak layan sangat bebelan emak, malas ‘memeriahkan’ suasana sebenarnya, dah dia emak, yang kau dok balah gaduh tak sudah tu memang tak akan pernah ada akhirnya. Lagi-lagi kalau emak kau jenis degil, bossy.

Sudahnya agak-agak nak marah tu rileks dulu…ingat waktu kita kecik-kecik dulu zaman kanak-kanak, betapa karenah kita dari umur sehari sampai tahap umur kita bujang trangtrangtrang berkahwin dan sehingga hari ini dia tetap layan kita dengan penuh kasih sayang – marah bebel sayang menangis merajuk semua ada. Pada fasa umur usia emas emak, kita tak tahu siapa yang akan pergi dulu dan  berapa lama masa yang kita ada untuk meluangkan masa bersama. Memanglah duduk jauh kita ada teknologi terkini – fb, call, mesej, whatsapp tapi tetap tak sama dengan ‘face to face’. Saya yang sudah bergelar perantau mula umur 20 sehinggalah sekarang menghampiri 4 series ini jika dikumpul-kumpul waktu bersama emak secara ‘face to face’ berapalah sangat masa yang ada, dalam setahun paling kurang sekali saya dapat pulang ke kampung halaman, ada nasib baik dan rezeki lebih, dapatlah beberapa kali pulang menjenguk orang tua dan adik-beradik. Selebihnya duduk sini – Semenanjung Malaysia. Dalam kebanyakan waktu, hati mesti sado beb! Huhuhu…

Sewaktu dihulurkan borong permohonan rumah untuk anak-anak peneroka bulan November 2015 yang lalu… apalagi saya terus rembat borang dan isi, Alhamdulillah berhasil pada tahun ini, dapat rumah yang duduknya dekat sangat dengan kampung halaman. Cuma proses berhijrah semula ke kampung halaman itu saya tidak tahu/tidak pasti berapa lama. Sedang diusahakan. InsyaAllah.

Ok, cerita ditangguh lagi, akan disambung di lain hari, tata…

love,
monalizahrais
Bt3 Jalan Kapar, Klang
22 November 2016
Selasa 

No comments:

Post a Comment