Wednesday, October 19, 2016

BALIK KAMPUNG 2/8/2016 – 5/10/2016

Assalamualaikum…


2 bulan 3 hari, lama balik kampung (Sandakan, Sabah). Saya fikir tahun ni tak jejak Sabah dah, sebab raya puasa 2016 memang target tak balik kampung, tapi itulah kita merancang Allah juga sebaik-baik perancang. Saya bersegera balik kampung 2/8/2016 setelah mendapat mesej penting di wassap, akhirnya tersadai dua bulan di kampung. Suami ditinggalkan sekejap, dia tak boleh cuti lama-lama, so saya yang kena urus semuanya. Urusan rumah saya dan suami, saya ke sana sini mengurus macam-macam, selesai urusan… baliklah ke sini lagi – Klang,Selangor. Sekarang saya sudah mula merindui pemandangan dari tingkat 5 rumah kami di Sandakan,Sabah.

 Awak yang hatinya bersih doanya mustajab tu selitkanlah kami suami isteri ni dalam doa sesekali ye…doakan perpindahan kami ke Sabah berjalan lancar dan dipermudahkan. Suami dah 20 tahun dan saya 16 tahun duduk merantau di bumi Semenanjung Malaysia ini. Kami sentiasa berharap ada ruang dan peluang kami berhijrah semula ke negeri kelahiran kami. Langkah pertama – mendapatkan rumah, Alhamdulillah sudah selesai, hanya proses berpindah/berhijrah yang sedang dilakukan. Banyak benda kena buat tu.


@sejuk@

 Maghrib awal sejam berbanding Maghrib di KL/Selangor. Bermakna Maghrib di KL/Selangor adalah waktu Isyak di Sandakan, Sabah. Dan itu juga membawa makna seawal jam 8 malam mata saya akan mula layu, kuyu seterusnya Zzzz…memang macam tu setiap kali saya balik kampung automatic jam badan saya berubah – waktu tidur, makan minum, kencing berak. Jam 8 malam dah duduk bilik dah, dinner awal-awal lagi dah siap santap. Kemudian baring-baring dan tidur. Terbangun antara jam 12 tengah malam – 3 pagi. Ni waktu horror ni huhuhu… time macam ni lah rasa kencing tu bersungguh sangat. 

Dengan mata berat… kejutkan emak minta teman pi kencing. Dasar penakut!. Maklum, bilik air dan dan bilik mandi di kampung halaman sangat mesra hantu/ghost friendly. Dinding separuh saja, terus tembus pemandangan pokok-pokok di belakang rumah. Bayangkan… waktu malam + angin sepoi-sepoi bahasa + bunyi unggas malam + salakan anjing + bunyi cicak + hujan renyai-renyai + bulan penuh + bintang-bintang + pokok besar yang semacam raksasa hitam etc. Lain-lain elemen penyedap or penyeram suasana sila tambah hihiii…


Keadaan ini berlangsung selama seminggu. Setiap tahun setiap kali saya balik kampung begitulah kejadiannya. Dalam proses badan saya menyesuaikan diri di tempat baru ambik masa seminggu juga. Selepas tu aktiviti kencing berak semuanya berlangsung hanya pada waktu siang atau paling lewat pun sebelum Isyak. Begitu juga dengan suhu. Selepas jam 3 pagi seterusnya memasuki zon Subuh (sebelum jam 5 pagi) adalah waktu-waktu saya menggigil kesejukan, selimut habis satu badan termasuk kepala, hahaha… sejuk bah! Saat berwuduk untuk solat Subuh adalah sangat-sangat mencabar, ketar tangan dan badan macam berwuduk guna air sejuk dari dalam peti ais.


@mistik@

Cerita-cerita seram, mood mistik dan misteri sentiasa ada yang baru setiap kali saya balik kampung. Pengkongsian pengalaman dari ahli keluarga. Selalunya cerita-cerita ini timbul secara spontan. Sedang kami rancak bersembang, misalnya cerita asal tentang politik akhirnya melarat kepada cerita hantu.


Ada satu kaum di Kampung G** adat dan kepercayaan mereka – uri/tembuni bayi digantung di dahan pokok besar, sehingga reput benda tu. Entah untuk tujuan apa entahlah, kampung G**  terletak di daerah Sandakan, Sabah. Adik-adik saya pernah limpas di kampung ini.


Kebetulan adik perempuan saya dan dua orang adik ipar saya sedang sarat mengandung – mak buyung. Dapat dilihat ranting limau kasturi yang berduri itu disangkut di siling, di tepi rumah semacam protection menghalau unsur-unsur jahat/mistik. Dalam kereta pula, adik saya dah standby paku besar saiz 6 inci.


Awak yang duduk bandar tak pernah duduk kampung mungkin akan kedengaran seperti mengarut membaca perenggan di atas. Tak pernah nampak/ alami sendiri memang sukar untuk percaya. Saya sendiri percaya selain kita manusia memang ada wujud benda halus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kita. Dah namanya benda halus tentunya ada  bermacam entiti misteri yang mewujudkan nama hantu yang macam-macam tu. Saya tak perlu sebut, kita semua tahu nama-nama glamour itu.


Ada sekali tu waktu Maghrib… emak pergi tandas, tandas pula jenis tandas dalam filem P. Ramlee yang rumah kecik terasing duduk luar rumah tu. Kena pula tu tepi tandas ada pokok pisang…ah sudah! Cukup syarat sungguh.Kata emak, tengah dia layan berak tu… tiba-tiba atap dan dinding tandas seperti diketuk berulang kali, bergegar tandas katanya. Emak yang berani jenis orang kampung tulen… selamba jer sound benda tu…suruh pergi jauh-jauh, jangan kacau aku tengah berak ni. Aku tak kacau kau, jadi kau jangan kacau aku, kata emak.


Pengalaman saya sendiri, waktu Maghrib juga, dah try tahan sebab waktu Maghrib tapi memang tak dan dah tahan… tengah layan berak tu… tandas bergoncang aduiii…saya cepat-cepat ‘push’ dan basuh cepat-cepat. Keluar tergesa-gesa dari tandas. Kacau betullah aduh. Tak boleh tengok orang senang dia ni! Tak tengok belakang dah. Jalan cepat-cepat naik rumah. Nasib baik tak blackout, kalau tak alangkah ‘seronoknya’ suasana itu.


Saya terus teringat pengalaman duduk tandas dalam flight, kebetulan cuaca buruk apalagi bergoncanglah kita. Lebih kurang macam itu suasananya waktu kena kacau tu. (sekadar tamsilan untuk memudahkan kefahaman cerita)


Saya setiap kali tengok cerita The Dark Knight, Batman Return, Superman  spontan teringat ‘Batman’ yang melompat dari satu bumbung rumah ke bumbung rumah lain, saya nampak ‘live’ itu ‘Batman’, pun kebetulan saya duduk-duduk di beranda rumah. Waktu itu melepasi waktu Isyak dah. Mulanya saya berhajat melihat bintang tapi ‘bintang’ lain pula yang dinampak, hehehe…


Di kampung-kampung memang masih wujud lagi bomoh jenis syirik ni. Dia pelihara/berdamping dengan benda-benda tu. Memang Tok Moh tak paksa kita jadi followernya, cuma benda-benda peliharaan dia tu pandai merayau mencari sumber ‘makanan’ dan ‘hiburan’ mengganggu penduduk kampung, yang ni tak best kan. Sudahnya marilah kita sama-sama tingkatkan amalan agama kita – ngaji al-Quran, solat, puasa dan yang segaris dengannya.


Dalam tempoh setahun lebih almarhum ayah saya melayan + melawan penyakit kanser paru-paru dihidapinya(stage 4)…ada banyak perkara mistik dan misteri mengganggu kami sekeluarga. Pernah juga saya terfikir menyimpan pengalaman kami dalam blog ini, mungkin akan saya tulis satu hari nanti.



@azan@


Sampai ke hari ini, saat ini saya tak tahu apa jawabnya. Setiap kali azan berkumandang dari masjid di kampung halaman saya, salakan/raungan/rintihan anjing pun sekali iring. Entah apa sebabnya. Awak, awak  mesti pernah tengok cerita serigala jadian di tv? Part seram time dia meraung di sebalik bukit tu. Ha…lebih kurang gitu lah suasananya. Di sini di Klang saya pernah nampak anjing di kejiranan Cina tapi tak pernah lagi saya dengar anjing tu berkelakuan seperti anjing-anjing di kampung saya. Pelik bukan? Ada seorang rakan fb saya pernah share di wall fbnya tentang ini, saya ingatkan hanya terjadi di tempat kami, rupa-rupanya di kampungnya yang terletak di daerah Ranau itu pun begitu juga.



@masa@
Masa bergerak terlalu perlahan, dan tenang, walaupun waktu siang/malam lebih cepat terang/gelap berbanding KL/Selangor. Perbezaan +- sejam. Entahlah tak tahu nak explain macam mana. Saya teringat kata-kata pengacara salah satu rancangan masakan… dia orang KL datang ke Sabah. Katanya ada semacam satu perasaan…dia benar-benar menikmati perjalanan masa dalam satu hari, berbanding di KL sehari dirasakan seperti beberapa jam sahaja. Semalam saya membaca komen blogwalking yang singgah di entry saya bertajuk Makan-makan di Sandakan, Sabah, katanya Sandakan tempat sesuai untuk mereka yang berjiwa halus, sebab tempat ni tak sibuk sangat dan tak sunyi sangat.


Kadang-kadang saya keliru… rasa macam dah tengah hari ingatkan dah jam 1 petang, sekali tengok jam baru jam 11 pagi. Ada waktu saya terbangun tengah malam, perasaan saya seperti jam 5 pagi rupa-rupanya baru jam 12. Selalu terbabas solat Subuh, sebabnya saya terbangun jam 6 pagi – matahari dah naik dah. Subuh sebelum jam 5 pagi yer Mona! Alangkah peliknya mendengar azan Subuh di tv dan radio nasional kita pada ketika kita berada di Sandakan, Sabah yang sedang terang benderang itu. Persamaan hanya pada jam, beza pada perjalanan masa.


Bulan Mei 2016, ada family saya datang KL untuk shopping. Jam baru jam 8 pagi. My aunty’s said – “Bang, sini baru jam 8 pagi tapi rasa macam baru  jam 7 kalau di tempat kita kan bang, lain suasananya ya!.” “Iya makcik, jam 10 pagi di sini di KL ni kalau di tempat kita bersamaan jam 12 tengah hari, lebih kurang gitulah.” Jawab saya.


Yang paling seronok balik kampung time bulan puasa. Kita sahur di KL jam 5.30 pagi, naik flight KL- Sandakan, kemudian kita iftar/sungkai jam 6 petang. Sandakan antara yang terawal waktu berbuka puasanya di Malaysia. Rasa ‘syurga’ beb, dapat memendekkan waktu puasa, padahal awal sejam jer pun, haha…
Tak banyak, sedikit pun jadilah.

Ok, stop sini dulu, InsyaAllah akan bersambung lagi.

Love,
monalizahrais
Batu 3, Jln Kapar,Klang
Selangor
19 Oktober 2016 (Rabu)




No comments:

Post a Comment