Thursday, December 6, 2018

'BAWANG' MASUK DALAM MIMPI



Assalamualaikum…


Kembali bersiaran di blog ini. Semua sedia maklum, sekarang di bulan terakhir tahun 2018, musim cuti sekolah dan musim hujan. Setiap tahun pun begitu bukan. Sewaktu saya menaip tulisan ini, cuaca di luar rumah mendung dan kemungkinan besar akan hujan sekejap lagi. Cuaca di dalam hati berselang seli mendung ya, cerah pun ya.


Sebenarnya, perasaan bercampur-campur hendak marah pun ya, hendak gelak pun ya, tetapi lebih menghala ke arah rasa lucu dan nak gelak.


Tajuk petang ini – ‘BAWANG’ masuk dalam mimpi. ‘BAWANG’ di sini merujuk kepada tukang gossip, orang yang suka mengumpat orang lain, sesedap garam aji mengikut seleranya.


Ceritanya begini, sepupu saya anak kepada adik arwah bapa saya mesej nak datang KL sekali dengan isterinya. Katanya datang hendak berjalan-jalan, release tension kerja, sambil shopping tentunya. Bermula 27/11/2018 sampai ke tarikh 2/12/2018, kami manfaatkan sepenuhnya masa yang ada untuk berjalan-jalan santai sambil bergambar di KL Tower, KLCC, sekitar Jalan TAR sehingga SOGO, I City, Putrajaya serta shopping ole-ole untuk keluarga di kampung dan diri sendiri di GM Klang dan Kenanga (KWC). Perjalanan sepenuhnya menggunakan public transport. Awal-awal lagi saya sudah maklumkan sepupu tentang ini.


Setiap perjalanan saya check in di fb, dan sudah tentu gambar juga dimuat naik di fb. Selain yang dikongsi di group whatsapp family. Dah jadi kebiasaan setiap kali family berkunjung di tempat kami di Klang ini, mana-mana tempat sekitar KL/Selangor yang kami pergi saya akan ‘hebahkan’ di fb. Perkongsian kegembiraan bersama keluarga dan rakan-rakan fb. Sama seperti yang orang lain buat.


Dalam pada saya check in dan muat naik gambar di fb, saya ada terbaca beberapa status reversed berkaitan orang lain jangan cemburu, dengki dengan percutian orang lain. Sebelum itu, di fb saya ada melihat ribut minda tentang isu ibu bapa menayang result peperiksaan anak mereka. Ada yang gembira, ada yang suka dan tak suka pun ada, bermacam warna perasaan.


Sebab kenapa tulisan ini terhasil, malam tadi tiba-tiba saya mimpi pelik ada orang marah dekat saya. Dia marah sebab saya muat naik gambar selfie, check in di tempat-tempat yang saya sebut di perenggan atas tu…katanya saya menunjuk-nunjuk padahal kawasan KL saja pun. Kemudian saya bidas (dalam mimpi tu juga hahaha…gaduh dalam mimpi lah ni, fuh dahsyat kan) saya dan suami sudah 18 tahun duduk KL/Selangor. Dalam tempoh 18 tahun itu semestinya kami sudah terlalu biasa melihat dan mengunjungi hotspot pelancongan di sekitar KL/Selangor ini.


Apabila ada keluarga datang, walaupun kami dah bergambar entah berapa ratus kali di tempat yang sama… tapi kita tetap bergambar bersama atau selfie kerana kita menyantuni keluarga yang datang sesekali itu. Dahsyat tak  puak ‘BAWANG’ ni, sampai ke mimpi kita dibawangnya kah kah kah…aduilah hahaha…sampai macam tu sekali kan. Namanya pun mimpi, orang kata mimpi mainan tidur, so perasaan saya tu lebih menghala ke arah lucu mengimbas kembali mimpi semalam.


Walaupun begitu… kita sedia maklum dalam hidup kita ini sentiasa ada yang suka mahupun benci dengan setiap apa yang kita lakukan. Yang penting kita fokus dengan kehidupan kita, jangan difikirkan sangat apa yang orang lain fikir tentang kita, asalkan kita tak buat jahat, tak perlu fikir yang bukan-bukan. Tak baik berprasangka yang buruk-buruk.


Entah kenapa jadi begitu…mungkin persekitaran di fb yang terlalu toksik agaknya. Contoh, di page hiburan yang memaparkan kisah-kisah artis kita, lihat saja komen…hmmm kadang tu tajuk berkaitan pengkongsian artis tu dapat cahaya mata setelah bertahun-tahun berusaha. Pun ‘dibawangkan’ juga alahai…semua serba tak kena…bawang…bawang…sudah-sudahlah tu, sama-samalah kita tinggalkan benda-benda yang tak mendatangkan faedah pun. Gossip memanjang yang digossip tu aman tenang jer hidup, yang tukang gossip? Jadilah seperti mata lebah, jangan jadi mata lalat.

love,

monalizahrais,

Klang, Selangor

6 Disember 2018

Khamis




No comments:

Post a Comment