Wednesday, July 13, 2016

PUASA X ANAK X MATA

Assalamualaikum…


Sepanjang bulan puasa ruang fikir saya asyik diterjah dicuit diusik dengan 3 item tajuk di atas – puasa, anak, mata. Bulan puasa punya pasal memikirkan tentang ibadah yang perlu diupgrade lebih berbanding bulan-bulan lain… saya biarkan saja ianya berlegar-legar di kepala. Semalam saya ke klinik, sakit kepala dah seminggu, doctor cakap/tanya adakah saya STRESS? Dia bagi ubat makan untuk seminggu kalau tak baik lagi sakit kepala tu datang balik ke klinik. Harap-harap tak perlulah saya datang lagi, oh sakit kepala tolonglah baik, nyah kau jauh-jauh sakit kepala, hihi…


Ok, cuaca di luar rumah agak mendung. Namun dalam hati sentiasa cerah (macam tak sah kalau tak sebut bab cuaca kan…). Hmmm…bulan puasa, tahun ini ibadah puasa saya lebih baik berbanding tahun lepas. Semoga amalan saya yang masih banyak kekurangan ini diterima olehNya. Saya sering memikirkan/impian semoga satu hari nanti saya dapat jejak di tanah suci waktu Ramadhan membawa ke hari raya, amin…Hari yang sangat-sangat-sangat-sangat mencabar puasa saya adalah pada tarikh 28 Ramadhan 1437. Tersangatlah letih, lemas + cuaca panas, namun saya tekad selagi belum pening-pening atau sakit kepala,  masih boleh berdiri dan berjalan dengan betul,  saya teruskan sampai ke hujung hari dan 
 Alhamdulillah puasa saya sampai juga hari tu. 

Ada beberapa hari yang saya terpaksa buka puasa walaupun sedih – sebab kepala pening, tengah solat lepas rukuk nak bangun semula tu rasa nak jatuh, berhenti sekejap solat, pergi minum, rehat baring sekejap barulah sambung lagi solat yang terbengkalai tadi tu. Padahal badan rasa kuat tak letih pun, tapi sebab pening kepala tahap nak jatuh dah, putuslah puasa hari tu.


Berbalik kepada kisah semalam di klinik, tekanan darah 110/60 dan pr 68. Doctor cakap tekanan darah ok. Sekali lagi tolonglah baik wahai kepalaku… jangan sakit-sakit pening lagi…huhuhu…please I punya manuskrip tak siap-siap lagi ni.


Menjelang bulan puasa ada rakan yang bercerita di whatapp group, katanya setiap kali tiba bulan puasa dia dah mula sedih dah, teringat ahli keluarga yang sudah ‘pergi’. Jangankan whatsapp malah dalam fb pun kita dapat lihat kesedihan rakan-rakan yang teringat pemergian orang-orang tersayang dalam hidup mereka – ibu bapa, adik beradik, kawan-kawan. Tu belum masuk bab raya lagi tu.


Sememangnya puasa dan raya seperti kunci memori yang dibuka semula setiap tahun – spontan kita teringat orang-orang tersayang yang dekat dengan diri kita yang sudah ‘pergi’ untuk selama-lamanya hanya kenangan kekal dalam diri kita yang dtinggalkan. Untuk diri saya sendiri – ingatan terhadap arwah bapa sentiasa berulang-ulang – memori bersahur, berbuka puasa/sungkai, persiapan hari raya etc. Malam sebelum raya awal-awal lagi arwah bapa berulangkali mengingatkan kami supaya bangun awal pagi raya nanti mandi sunat hari raya. 


Dia siap mandikan kami lagi. Kita mandi dulu macam biasa, then arwah bapa akan mandikan kita mandi sunat hari raya. Lepas tu pakai baju cantik-cantik (kita pakai baju kita yang paling elok walaupun tiada baju raya masa tu), berwangi-wangi (sekali pakai minyak atar dia daaa…) sarapan sedikit kemudian pergi sembahyang raya. Saya tidak pernah bersembahyang raya kerana setiap kali hari raya saya akan uzur – datang bulan, kebetulan kan. Hanya beberapa tahun kebelakangan ini saya tidak uzur-datang bulan tapi tidak pula saya pergi sembahyang raya. Dan kebetulan pula sejak bermastautin di Selangor ini hanya suami dan adik saja yang bersembahyang raya, saya duduk rumah masak juadah raya. Tahun lepas raya pertama saya di Barangay Oring-Oring sebuah perkampungan tradisional dalam daerah Brooke’s Point di Pulau Palawan. Saya teringin merasai suasana solat raya di situ tapi kena time uzur-datang bulan juga. Sudahnya saya seorang kat rumah menunggu ahli keluarga pulang dari solat hari raya.


Raya tahun ini (2016/1437) kami bertiga – saya, suami dan adik Not. Saya masak juadah ringkas, ketupat segera + kari daging + ayam kicap. Dan kami tidak ke mana-mana, rakan-rakan dan family semuanya balik kampong halaman. Kami beraya di sini – Batu 3 Jalan Kapar, Klang. Tahun ini saya dan suami awal-awal lagi dah set kami tak balik kampong tahun ini. Tahun sudah (2015) kami habis belasan ribu RM, raya sakan tak cukup tanah di Sabah sambung beraya sampai Filipina, hahaha… ada sedikit insaf tahun ini hihiii…tahu tak tahun lepas saya beli baju raya dan kain pasang +- 20 item semuanya? Tu belum masuk bab tudung lagi. Ada yang saya pakai, ada yang saya sedekah dekat family dan ada juga yang tak sempat pakai pun. Nafsu lebih kau beli sampai 20 pcs. Ala-ala artis gitu.


Tahun ini kami bersederhana, pakai apa yang ada, masak juadah ringkas seperti yang saya nyatakan di perenggan atas, more muhasabah diri hihiii… (bukan bermakna kami bankrap/muflis, sekadar beringat). Dan tahun ini saya gelar ‘tahun kesihatan’. Sebab dah banyak kali ulang alik klinik sampai masuk hospital pun ya, so ianya membuatkan saya lebih cakna tentang kesihatan diri. Hampir setiap hari saya akan ‘terbang’ di google, facebook mencari info-info kesihatan untuk saya dan suami – bab pemakanan terutamanya, berusaha upgrade cara makan minum dan upgrade kesihatan diri. Umur kita semakin naik itu maknanya tahap kesihatan kita perlukan perhatian istimewa, sebaiknya mencegah lebih baik daripada mengubati, tak gitu? Ada satu dapatan menarik saya terbaca di fb, pasangan suami isteri dari Jepun ini akhirnya memeluk agama Islam setelah 7 tahun mencari info tentang makanan halal Islam. MasyaAllah asbab hidayah pasangan suami isteri tersebut. Melalui pencarian info makan minum halal dari perspektif Islam.


Next, masuk bab anak. Semakin tinggi usia perkahwinan kita tapi kau belum ada anak lagi, tidak dapat elak, suka atau tidak… mengikut kebiasaan masyarakat Malaysia kita ini yang bersifat prihatin dan ‘prihatin’, pertanyaan bila nak dapat anak tu sentiasa kedengaran di telinga kita. Ianya satu isu serius – saya berpendapat begitu sebabnya dapatan terdekat melalui facebook hampir setiap kali bulan puasa menghampiri mood hari raya kita lihat ada banyak status bersifat ‘amaran’ yang membawa maksud – balik raya time kumpul beramai-ramai tu tak perlu tanya bila nak kahwin? Bila nak dapat anak? Tak nak tambah anak lagi ke? Sorang je anak? Tak nak anak ke? Dan yang sewaktu dengannya. Main poin is… yang bertanya tu makcik-makcik yang tiada facebook beb. Apa kedehal kau letak ‘amaran’ gitu di wall fb ko, bukannya dorang nampak/baca pun. Nak-nak lagi dekat kampong halaman bukannya line internet tu selancar di bandar. Yang membacanya kita punya friendlist tu je pun. Itupun kalau dorang ada masa membaca.


Sebenarnya saya teringat seorang adik ini. Sebelum itu saya teringat movie Hobbit tu. Ambil masa 3 tahun barulah kita dapat ‘cerita penuh’ Hobbit. Sama macam The Lord of The Ring jugakan. Dari 1st 2nd 3rd kena tunggu 3 tahun untuk complete tayangan cerita di pawagam.
Ok, berbalik kepada seorang adik X ini, 2 tahun lepas kami beraya di rumah adik X ni. Masa tu biasalah kat kampong tajuk utama perbualan di hari raya tak lain tak bukan – kahwin, kerja, anak. Adik X dah kahwin banyak tahun dan belum ada anak. Yang menyedihkan saya, adik X ‘terperangkap’ dalam situasi family yang ‘push’ bila nak dapat anak dan cenderung menyalahkan si isteri (adik X yang saya sebut ni lah). Kesian sungguh, riak wajah dia memang nampak sangat ‘stress’ melalui perbualan dengannya. Saya hanya mampu mendengar, saya faham situasinya itu sebab saya dan suami pun dah kahwin banyak tahun dan belum dikurniakan zuriat. Cuma bezanya kami kurang ‘stress’ sebab kami duduk kawasan bandar, berhijrah jauh dari kampung halaman, di luar lingkungan masyarakat kampong yang prihatin dan ‘prihatin’ tentang kehidupan kita. Faham-faham sajalah kehidupan di bandar kan…masing-masing sibuk dengan kehidupan pantas. Segala-galanya pantas, malah berfkir juga kena ‘laju’. Kalau lambat, kita akan tercicir di ‘platform’.


Situasi adik X ditambah lagi dengan lingkungan family dan rakan-rakannya yang bersifat klasik, tradisional, more to mistik life, kurang pengaruh agama Islam, lebih adat berbanding agama. Kemudian tahun lepas 2015 kebetulan saya berpeluang ke rumah adik X lagi berhari raya. Kali ini dia sudah mengandung 6 bulan, Alhamdulillah saya tumpang gembira dengan keadaannya itu. Dalam hati saya terdetik begini – sekurang-kurangnya ‘derita rasa’ adik X sudah terubat sedikit, dan orang-orang sekeliling sudah tidak/kurang  ‘push’ lagi. Adik X siap ambil tangan saya dan letak atas perut dia. Kita layankan saja. Kemudian saya tanya dia, buat apa sampai dapat mengandung? Usaha macam mana? Saya bertanya begitu manalah tahu ada yang dapat saya usahakan untuk diri sendiri.


Apa yang diceritakan adik X selepas saya bertanya sebegitu benar-benar membuatkan saya, suami dan seorang adik saya yang mendengar ceritanya itu…membuatkan kami terkejut, terpempan seketika. Saya semacam ‘blur’ seketika, kemudian rasa sedih, sebak, geram, kesian ‘berperang’ tak sudah dalam ruang hati saya. Tak tahu nak kata apa.
Ceritanya gini beb. Katanya ada seorang bomoh handal (lelaki pula tu) yang mengubat pesakit menggunakan kaedah menghisap/menyedut sakit menggunakan mulut. Semacam konsep bekam cuma bomoh ni ‘bekam’ guna mulut. Adik X cakap setelah mendapat ‘waktu rawatan yang sesuai’, adik X pergi ke pondok yang hanya dia dan bomoh sahaja di dalam pondok itu. Selepas dibacakan mantera tertentu… adik X mula rasa lemas tak bermaya kemudian bomoh itu menghisap/menyedut bahagian-bahagian tertentu badannya – perut dan… tak sanggup saya fikir/sebut lebih dari tu. Tahu tak saya fikir apa? Adik X dir***l secara ‘terhormat’. Huhuhu…


Selepas ‘rawatan’ itu bomoh tu bagitau lepas ni dah mengandung ada pantang tertentu antaranya dilarang pijak tanah selama 3 bulan dan lain-lain pantang lagi. Dan anak yang bakal lahir itu juga akan berperangai pelik, lain dari yang lain katanya. ‘Sequel’ terakhir cerita adik X yang sepatutnya saya ‘tonton’ tahun ini, tapi sebab saya tak balik beraya tahun ini so entahlah apa cerita terkini adik tu. Kita doakan yang baik-baik saja untuk adik X.


Walau macam mana pun terdesaknya kita, please…tolong…berfikir tenang dulu (ingatan untuk diri saya sendiri terlebih dahulu). Berfikir beberapa minit, bertenang itu lebih baik berbanding terburu-buru membuat keputusan. Memang tidak mudah berhadapan desakan orang sekeliling yang prihatin dan ‘prihatin’ dengan kehidupan kita. Sebagai manusia biasa ‘apps emosi’ kita ada turun naiknya. Sungguh kisah adik X ini ibrah yang sangat-sangat mengesankan saya. Dia ‘terperangkap’ dalam situasi yang… memang itulah kehidupannya, selama mana masih berada dalam lingkungan adat melebihi agama, selama itu jugalah akan kekal dalam situasi itu, mungkin berterusan diwarisi generasi seterusnya.


Next, tajuk mata pula. Zaman kanak-kanak saya, saya suka sangat makan mata ikan. Malah kalau waktu makan lauk selain ikan, saya tetap request mata ikan dekat mak. Kalau tak dapat mata ikan kadang-kadang saya marah, hahaha…apa punya perangai daaa…

Iridology – ‘terbang’ sana sini di laman maya terjumpa iridology. Mengikut Wikipedia – Iridology (also known as iridodiagnosis or iridiagnosis) is an alternative medicine technique whose proponents claim that patterns, colors, and other characteristics of the iris can be examined to determind information about a patient’s systemic health.

 Menarik kaedah ini, sebab saya orang luar dari bidang kesihatan, saya melihat/membaca iridology ini sekadar  menambah ilmu pengetahuan, cakap lebih-lebih pun tak patut ya, memandai pula jadinya, nak confirm kita jumpa terus ahlinya.


Sebelum terjumpa iridology seterusnya membawa kepada sclerology (defined as the interpretation of the red lines in the whites of the eyes and their meaning for health evaluation & analysis), saya selalu hairan kenapa tepi mata orang tu kuning? Kenapa semacam ada ‘cacing-cacing’ halus tepi mata tu? Kenapa mata dia putih? Kenapa mata orang tu merah, kenapa itu ini dan bermacam-macam kenapa lagi. Bila dah membaca bab iridology -sclerology ni kita faham sikit-sikit jugalah part ‘kolesterol ring/plaking kolesterol/sodium ring’, Radii Solaris, orange tones, etc. ok stop kau carilah sendiri.


Dalam bidang saya – teater, bab mata ni biasalah – mata adalah jendela hati yang sering kita dengar, kami juga belajar cara-cara menggunakan mata dalam performance, saluran perasaan/emosi kita melalui mata.  Dari sisi pandang kesihatan, lain pula ceritanya ya.
Yang lucunya, sambil-sambil saya membaca bab iridology, menonton youtube kita pun tengok mata sendiri sambil berfikir mengikut acuan kefahaman kita berdasarkan pembacaan/melihat youtube tadi. So, tidak perlu ditulis di sini sebabnya akan jadi semacam kita memandai-mandai diagnosis diri sendiri, nak yang pasti kita jumpa ahlinya. Face to face.
Ok lah stop sini dulu, lain kali sambung…tajuk lain pula, tatatata…


 love,
monalizahrais
Bt 3 Jalan Kapar, Klang
13 Julai 2016 Rabu
8 Syawal 1437H









No comments:

Post a Comment