Oh, rupa-rupanya kena guna Mozilla Firefox (Private Browsing) baru saya dapat berblog dengan selesa. Tadi sebaik sahaja saya taip e-mail dan password untuk buka dashboard blog saya... ianya tidak dapat dibuka dan saya disaran menggunakan alternatif lain. Jadi saya pilih Mozilla Firefox dan Alhamdulillah untuk menulis post terkini paparan 'papan' lebih luas, selesa dan banyak pilihan.
Batuk sekarang ni, harap-harap ianya tidak berpanjangan/cepat sembuh. Malam tadi sebelum masuk tidur saya minum ubat batuk dan rasa mengantuk masih bersisa sebaik sahaja bangun pagi. Kepala agak berat dan mata pun begitu. Ikutkan hati macam nak rebah semula di bantal menyambung tidur. Situasi seperti ini yang saya tidak suka dan itu jugalah sebab saya tidak suka makan ubat dari doktor moden/klinik/hospital kecuali memang tidak dapat dielakkan. Tidak elok membiarkan sakit berterusan walaupun ianya nampak remeh.
Sekarang hujan tengah turun kalau berpanjangan sehingga petang nanti, tak dapatlah saya membeli buah-buahan di pasar malam berdekatan. Hujan selalu membatalkan hasrat saya keluar rumah kecuali untuk tujuan tertentu yang sangat penting. Bukan marah kepada hujan kerana itu lumrah alam tapi seboleh mungkin saya elakkan keluar semasa hujan.
Lagipun kita akan lebih banyak terperap di dalam shopping kompleks sementara menunggu hujan berhenti, ketika terperangkap itulah saya selalu terfikir alangkah seronoknya berada di rumah sewaktu hujan. Boleh juga berehat ataupun masak makanan panas sambil tengok tv atau merayau di internet.
Zaman bujang dulu semasa saya masih menyewa dan duduk di KL... KL biasalah kan hampir setiap petang hujan. Kalau hujan turun lebat hanya dalam beberapa jam saja, confirm banjir. Alah...semua orang pun tahu bagi mereka yang menjadi warga KL. Asal hujan sahaja dan saya berada di luar rumah ketika itu, saya akan pastikan cepat-cepat selesaikan urusan dan segera balik ke rumah tidak mahu terlibat dengan kesesakan dan banjir kilat.
Dan sekarang adik saya yang menetap di KL... setiap kali kami hendak pergi ke rumahnya mesti tanya dia dulu pastikan KL panas/mendung/hujan pada hari tersebut. Kemudian barulah saya dan suami gerak ke sana. Kami naik motosikal ikut laluan motor tidak perlu risau tentang kesesakan jalan raya. Lagipun kurang sejam kami dah sampai ke rumah adik.
Itupun sengaja singgah di stesen minyak minum minuman panas dan sedikit kudapan, settle kan urusan tandas dan sambung semula perjalanan ke KL. Rasa macam remaja yang sedang asyik masyuk bercinta pula. Itu yang seronoknya naik motor tu... tapi yang bujang dan sedang bercinta tu...jangan buat macam tu lah. Letakkan batas sempadan dan biarlah setelah menikah supaya kemanisan bercinta itu berkekalan. Waduh-waduh jadi kaunselor sekejap, hehe...jangan marah.
No comments:
Post a Comment