Petang semalam, seperti pelanggan lain, kami beratur panjang untuk cash deposit. Semuanya muka kelat, nak tahu kenapa? Asyik-asyik remove cash/objek setiap kali kita masukkan duit. Termasuklah saya juga, ganti dengan duit yang lain pun kena keluarkan semula, machine tak terima.
Yang saya hairan tu, duit tu baru saja saya keluarkan dari mesin ATM dan duit itu jugalah yang mesin tak mau terima. Sampai tiga kali juga saya cuba masukkan tapi asyik kena tendang. Hampir sejam saya berbaris semata-mata cash deposit dan berbaris semula untuk mencuba masukkan duit semula. Berulang kali mencuba, ada baki seratus yang tak dapat dimasukkan walaupun semua not RM 50 yang saya ada sudah cuba dimasukkan.
Setakat berbaris hampir sejam tu apa boleh buatlah kan... terima sajalah, itu sajalah cawangan bank yang paling terdekat. Sambil menahan kelaparan sebabnya saya masih belum lunch lagi. Hehe...padan muka!
Tinggalkan dulu cerita bank itu, lepas tu saya terus masuk KFC makan nasi ayam. Sebelum ini ada satu tempat yang saya selalu makan kat situ. Murah dan sedap, tetapi disebabkan satu peristiwa saya terus taubat tak nak singgah makan di situ sampai bila-bila pun. Saya tak cerewet sangat pasal makan, tapi kalau ada sesuatu yang mencurigakan/meragukan... sama seperti kebanyakan orang lain jugalah tidak akan pergi ke tempat itu lain kali.
KFC bukanlah sesuatu yang membuatkan saya teruja atau merasakan ianya istimewa, mungkin disebabkan majikan suami saya seringkali belanja pekerja-pekerjanya makan KFC dan suami pula mesti bawa balik KFC sponsor itu ke rumah. Katanya dia sudah jemu makan KFC. Jarang-jarang tu ok lah juga.
Ada sekali tu saya dan suami makan malam di tempat kegemaran saya tu. Kami order masakan panas. Sampai sahaja makanan yang diorder... diringkaskan cerita walaupun makanan itu panas berasap lagi, tapi rasanya basi. Nasib baiklah kami ada order sate ayam dan sate itulah yang kami makan. Atas sebab ini saya terus berazam tak nak datang ke situ lagi.
Entahlah saya tak nak berprasangka buruk, perasaan saya makan di satu tempat di KK dulu berulang semula. Maksud saya seperti ini, biarlah saya namakan bekas tempat kegemaran saya makan itu gerai X. Saya sedang berdiri di seberang jalan berhadapan dengan gerai X. Ada beberapa gerai bersebelahan dengan gerai X dan entah kenapa pandangan saya terhadap gerai X itu... gerai X tidak sama seperti gerai-gerai yang lain, seluruh kawasannya lebih gelap berbanding gerai yang lain, saya tergerak hati juga memasuki gerai X semula dan sebaik sahaja melihat makanannya, semuanya seakan layu, pandangan berbeza semasa saya masih makan di sana.
Tidak mahu fikir yang bukan-bukan... mengingatkan saya sewaktu makan di satu tempat di KK. Gerak hati saya berdebar-debar bagaikan ada yang tidak kena sebaik memasuki kawasan itu. Sudah menjadi kebiasaan para pekerja gerai yang bersebelahan memanggil pelanggan, senang cerita lebih kurang macam kita makan di Puduraya (yang lama punya), tapi ini tiada kaitan langsung dengan Puduraya.
Di KK di tempat XYZ yang mencurigakan itu, kami makan di gerai kenalan suami saya. Makan macam biasa, walaupun entah mengapa saya rasakan pandangan pemilik/pekerja gerai yang lainnya itu mencurigakan. Macam ada sesuatu, saya rasa tidak sedap hati. Kepala saya pening dan saya rasa tempat itu sangat malap/suram walaupun waktu itu tengah hari dan tempat makan itu sebenarnya terletak di tingkat dua, kawasan terbuka menghadap laut lepas.
Selesai makan... kami turun ke tingkat bawah dan kawasan bawah nampak lebih cerah berbanding tingkat atas padahal di bawah itu sarat dengan gerai-gerai jualan barangan keperluan harian. Saya terus cerita dengan suami tentang perasaan saya semasa di tingkat dua tadi. Memandangkan suami saya ini orang KK dia pun buka ceritalah, tidak semua ya, tapi segelintirnya memang ada kaitan dengan ilmu hitam/pelaris gerai.
Pengalaman seumpama ini membuatkan saya selalu mengingatkan diri sendiri, sentiasa berhati-hati memilih makanan setiap kali makan di luar rumah.
No comments:
Post a Comment