Monday, April 2, 2012

SAKIT MATA

Semalam kami keluar meninjau cari rumah baru. Dari KB3 sampai ke NP. Sempat juga bersantai sekejap di TH melihat laut lepas yang tidak jernih itu. Kawasan pelabuhan memanglah berbeza jika dibandingkan dengan kawasan laut yang dijadikan tempat pelancongan. Kalau sudah hidup bertemankan laut, pergi ke mana pun tetap laut juga yang dicari. Tiba-tiba suami saya berkata seperti itu.

Dan saya menyambung kata-katanya lagi, kalaulah Filipina itu termasuk salah satu negeri di dalam Malaysia, mungkin kita akan menetap di salah satu pulaunya yang cantik...misalnya Pulau Palawan.

Jeruk cermai,mangga, keropok lekor dan air mineral berjumlah RM 9 semuanya dibeli di gerai-gerai tepi tembok di TH tu sambil melihat gelagat orang memancing, kapal dan bot yang limpas nun di kejauhan termasuklah kapal layar menjadi santapan tekak dan mata kami petang semalam.

Pasal tinjau rumah tu, kami sampai ke kawasan ABC. Terkejut saya melihat kawasan itu. Kawasan perumahan tapi adui banyaknya sampah, tersangat banyak sampah di belakang halaman rumah. Bertaburan! Majoriti penghuni di situ orang asing, muka Bangla terutamanya ada di sana sini. Sampaikan kami suami isteri terfikir...barangkali sampah itu dibuang begitu sahaja dari tingkap flat masing-masing.

Teruknya, sangat sangat teruk. Kami singgah isi minyak sekejap kemudian minum di restoran berhampiran. Sambil mata melihat sekeliling, saya perasan begitu banyak burung hitam terbang ke sana sini. Maksud saya kalau kita tengok tempat pembuangan sampah selain anjing...mesti ada burung colour hitam tu kan makan sisa makanan terutamanya. Burung gagak rasanya. Bukankah itu petanda cukup jelas betapa kotornya kawasan itu ?

Adui betul-betul tidak selesa, sangatsangatsangat merimaskan. Bikin sakit mata. Saya tidak mahu berada dalam lingkungan itu. Memikirkan masa hadapan, saya tidak mahu anak-anak saya nanti membesar dalam persekitaran yang kotor, merimaskan dan mudah mengundang penyakit.

Tidak boleh menyalahkan 100% majlis perbandaran, kerana orang luar yang pengotor ini memang jenis sembarangan yang entah dari ceruk mana asalnya.
Saya pernah melalui kawasan bangunan rumah kedai, kedai di bawah dan rumah di bahagian atasnya yang disewakan kepada warga asing ini. Tiba-tiba orang di atas membuang air begitu sahaja dengan sampah sekali. Spontan suami saya menjerit marah. Yalah siapa yang tidak marah kalau macam tu, sikit lagi kami kena air dan sampahnya itu. Lepas tu apa jadi? Biasalah diorang buat dek...buat bodoh dan memang bodohpun.

Kasar bahasa saya hari ini. Tapi itulah realitinya kalau anda golongan sederhana sering ke sana sini sesekali naik bas awam dan LRT komuter kita akan nampak bermacam jenis pendatang asing sama ada halal/non halal. Taraf hidup dan pendidikan yang semakin maju di negara kita ini membuatkan kita terpaksa menggunakan khidmat tenaga luar. Namanya pun orang tempatan, sudah tentulah kita hendak menjadi tuan di tempat sendiri.

Hujung minggu kalau kita ke tempat-tempat tertentu, macam berada di negara luar kan? Bezanya kita tidak perlu menaiki kapal terbang. Naik kenderaan sendiripun sudah sampai. Bukan lagi orang-orang tu yang patut rasa terancam sebab berada di negara luar, kita yang rakyat tempatan ini pula yang takut. Di Klang ini...muka Bangla, Nepal, Vietnam, Myanmar selalu saya nampak. Indonesian saya tak hairan sangat sebabnya memang negara kita dengan Indonesia banyak persamaan dari segi budaya, makanan dan agama. Saya teringat saya pernah terbaca di newspaper dulu, permintaan untuk mendapatkan permit dan visa oleh pihak majikan, merekodkan jumlah yang tertinggi di Klang ini.

Ada sekali tu saya dan adik saya yang polis tu jalan di Pasar Malam Klang...nah kan geleng-gelang kepala dia tengok macam-macam jenis muka di situ, dari yang local hingga ke non localnya. Saya cakap dengan dia, itulah realitinya siapa sebenarnya yang menghuni di kawasan ini.

Saya mengharapkan di masa-masa akan datang, janganlah Bangla dan Nepal ini dibawa masuk ke Sabah, terjejas nanti industri pelancongan dan alam sekitar yang masih banyak terpelihara di Sabah. Indonesian dan Filipina memang banyak di Sabah tetapi budaya mereka bersesuaian dengan penduduk Sabah. Sebenarnya kalau kita memikirkan susur galur keturunan kita, banyak yang berasal dari seberang juga cuma datang lebih awal sebelum sesuatu peraturan di negara itu diketatkan.

Nenek moyang saya berketurunan Sulu dan menjadi pelayar mencari kehidupan baru di Sabah, itu sebelah emak saya dan nenek moyang sebelah arwah bapa saya pula asalnya dari Indonesia juga, cuma kaum Tidung ini lebih awal berhijrah berbanding kaum Bugis. Peralihan waktu kemudiannya menjadikan kedatangan bangsa yang berbagai ini menjadi kaum pribumi di tempat itu. Itu tidak termasuk muka yang seperti orang Cina tapi bukan Cina yang banyak terdapat di Sabah. Setakat yang saya tahu, ada bukti mengatakan susur galur keturunan Cina Mongolia yang berhijrah ke Sabah di zaman silam.

Nasib baiklah ada orang putih/mat salleh yang sanggup buat 'kerja gila' mendokumentasikan khazanah alam dan budaya Sabah, antaranya Agnes Keith sekeluarga, pasangan Osa dan Martin Johnsons.

Berbalik kepada isu Bangla dan Nepal ini, nasib baiklah juga kedatangan mereka itu di masa kini, tidak di masa lalu, sekurang-kurangnya tidak ada budaya mereka berakar umbi di tempat kita. Tapi entahlah di masa hadapan...

Dari kawasan ABC, kami meninjau di DEF pula, majoriti Melayu dan berkeluarga menetap di situ, dekat dengan sekolah, banyak juga rangkaian kedai tapi alahai kurang berkenanlah pula sebabnya rumah atas tanah kalau banjir...tidak mahu perkara yang sama berulang. Kerana banjir jugalah kami mencari rumah lain. Rumah yang diduduki sekarang kalau tidak banjir tidaklah kami berfikir tentang pindah cukup ok sudah ini rumah. Tapi memikirkan setiap kali hujan...

Pergi ke kawasan GHI, wah saya berkenan dengan tempat ini. Rangkaian kedai 7Eleven senang beli reload telefon, kedai runcit, pakaian, 99 Speedmart, kedai makan mamak, peniaga makanan bermula dari sate dan char kue teow ke nasi berlauk dan goreng-goreng berderet di hadapan flat ini dan yang penting juga klinik kesihatan yang cuma terletak bersebelahan. Ayam segar yang disembelih seawal pagi pun premisnya ada di sini, mengikut harga borong. Tauke Melayu.

Muka-muka yang saya nampak di sini...lebih banyak muka Melayu dan Indonesian, berkeluarga berbanding muka-muka asing. Senang sikit hati tu. Bukannya apa, persekitaran seperti itu senang untuk kami berbelanja dan tidak risau sangat untuk turun ke bawah rumah pada waktu malam sebab kawasan ini sibuk. Begitu juga dengan isu keselamatan. Balai Polis pun dekat.

 Tiba-tiba habis gas ataupun penat sangat tak larat nak masak, boleh turun bawah terus beli makanan. Ada urgent dan tiada kredit, masuk saja 7-E ataupun kedai telefon. Kami biasa berbelanja di 99 Speedmart, hanya perlu jalan kaki saja. Untuk bayar bil api dan air pula, menurut suami saya ada juga pejabat pos tidak jauh dari situ. Malah Klinik 1Malaysia pun ada.
Purata sewa di sini RM 350 ke RM400. Standardlah tiga bilik dan satu bilik air, satu tandas. Kalau ada keluarga datang dari Sabah jalan-jalan di sini, kira selesa juga tu.

Yalah kami mencari kehidupan di sini, mencari rezeki dan pengalaman untuk dimanfaatkan di Sabah, InsyaAllah. Apapun kita hanya merancang, Allah juga sebaik-baik perancang. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.








No comments:

Post a Comment