Mengumpat? Buat 'ketupat' ramai-ramai. Sering dikaitkan dengan perempuan. Kalau yang pakai tudung mengumpat orang lain selalu juga saya dengar tapi saya pernah melihat sendiri di hadapan saya perempuan seksi mengutuk perempuan yang pakai tudung. ( aku bercerita tentang ini adakah dikira mengumpat juga? )
Begini ceritanya dong... saya datang ke rumah ABC (nama samar-samar sangat kabur gitu). Maknanya menjadi tetamu si ABC. ABC ni jenis yang seksi pakai baju ketat sarung nangka kalau duduk atau tunduk confirm akan nampak seluar dalam kat belakang. Walaupun saya sedang berhadapan dengan orang lain yang saya kurang selesa dengan cara pemakaian yang terlalu seksi... tapi tidak pernah lagi seumur hidup saya mengutuk mereka terang-terangan.
Berhadapan dengan mereka pun saya tidak pernah menegur begitu sahaja, saya katakan kepada diri saya sendiri mungkin satu hari nanti mereka akan berpakaian lebih baik dari itu.
ABC, saya dan DEF sedang bersembang sama seperti orang lain yang kalau rumah mereka dikunjungi tetamu akan melayan tetamunya itu. ABC dan DEF ini ada kaitan keluarga dan sudah tentu banyak cerita mereka berkisar tentang keluarga.
Cerita punya cerita akhirnya ABC meluahkan rasa tidak puas hatinya tentang salah seorang ahli keluarga mereka yang tinggal di Taman Perumahan PQR. Kata ABC, setiap kali mereka berkunjung ke PQR, dia terpaksa memakai tudung yang sangat-sangat dibencinya itu kerana awal-awal lagi keluarga mereka yang tinggal di PQR itu memesannya supaya mengenakan tudung setiap kali datang ke tempat mereka. DEF yang mendengar cerita ABC itu sangat terperanjat dan marah mendengar cerita ABC. DEF pun sama juga cara berpakaiannya seperti ABC.
DEF menyokong ABC sambil mengatakan tak payah datang lagi ke rumah PQR yang sangat teruk itu. Bukan itu sahaja segala perkataan yang tidak sedap tidak patut didengar juga disebut. Terang-terangan mereka mengutuk pemakaian tudung sedangkan saya ada di situ. Sudah semestinya saya rasa tersinggung, rasa marah tapi memandangkan saya di pihak tetamu dan rumah itu rumah ABC, terpaksalah saya buat dek saja. Lagipun saya tidak selalu jumpa ABC.
Beberapa lama kemudian di luar jangkaan, saya terdatang ke rumah PQR. Cerita ABC itu terimbas semula dan pada pengamatan saya, keluarga PQR memang patut bertegas dengan ABC kerana di sekeliling rumah mereka kebanyakannya rumah berkeluarga dan perempuan-perempuan di sana semuanya mengenakan tudung. Rasanya situasi inilah yang menyebabkan ABC rimas kerana dia terkeluar dari lingkungan itu. Logiklah keluarganya di PQR menyuruhnya memakai tudung kerana kalau ABC datang dengan berpakaian seksinya itu... sudah tentu dia menjadi subjek utama tontonan mata di Taman Perumahan PQR.
Teringat juga saya pernah menerima tetamu dengan pakaiannya yang membuatkan jiran-jiran saya memandang dengan pandangan yang kita sendiri faham... rasa tidak senang hati dan rimas. N pakai seluar yang sangat pendek hanya panjang sedikit sahaja dari seluar dalam dan baju ketat menampakkan lurah teteknya. Y pula walaupun perempuan... pandanglah sepuluh kali pun depan belakang sebijik lelaki.
Sampaikan suami saya berkata : Yang, lesbian kah diorang tu?
Dan saya pula setia di dapur tiba-tiba lebih rajin daripada biasa, mengintai kalau-kalau Y keluar hanya bertuala paras pinggang, manalah tau kan kalau-kalau sudah bedah.
Hadoi... tak senang duduk saya dan suami dibuatnya. N dan Y datang dari selatan tanah air kononnya bercuti sekejap jalan-jalan di KL. Kami cuma bertelefon dan janji jumpa di Klang, tidak tahulah pula N dan Y berpakaian sebegitu. Y ini ada kaitan keluarga dengan saya, bertahun tidak jumpa tapi akhirnya saya tersedar peredaran masa dan persekitaran banyak merubah kehidupan seseorang.
Saya panggil Y dan pesan kat dia, suruh N pakai seluar panjang atau kain, jangan pakai begitu sebab di sini kawasan orang berkeluarga, ada anak-anak dan kawasan ini tidak biasa melihat yang seksi-seksi itu. Di luar dari kawasan ini kalau nak pakai apapun saya tak masuk campur.
Saya layan mereka selayaknya tetamu, makan minum dan yang sepatutnya walaupun saya tidak berkenan dengan penampilan mereka. Mengherdik/ marah bukan penyelesaian utama, cuma pesan saya kalau nak datang sini lain kali... pakai yang elok jangan yang seksi.
Saya sangka itu kali terakhir mereka datang ke rumah kami, maklumlah saya sudah letakkan syarat berpakaian, rupa-rupanya ada juga N dan Y datang semula ke sini dan nasib baiklah mereka berpakaian lengkap tidak seperti mula-mula datang dulu. Dan rasanya saya memahami dilema yang dialami keluarga ABC di Taman Perumahan PQR itu.
No comments:
Post a Comment