Sunday, April 29, 2012

PINANG

Walaikumsalam Gai dan selamat pagi di awal 29 April 2012. 
 Hari ini harijadi adik bongsu saya, Sahidah atau lebih mesra dengan panggilan Didang. Kadang-kadang tu kami memanggilnya dengan nama manjanya yang lagi satu, badut... opps bukan badut yang lagi satu tu ya.
Mata mengantuk sekarang ni, tapi keinginan untuk update cerita di blog tak dapat ditahan-tahan, seminggu lebih juga tinggal sekejap blog ini Gai.
 
Rombongan kami lapan orang sahaja menuju ke Desa Aman, perumahan untuk kakitangan polis. Saya dan suami, mama, Mazlan, Amin, Didi, Ana dan Izzuddin. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan cukup mesra. Mula-mula tu bayaran untuk 'buka mulut' diserah terlebih dahulu dan disusuli dengan perbincangan utama untuk perancangan mendirikan masjid (kahwin).
 
Bincang, sarung cincin dan makan sambil bersembang - kurang dari tiga jam semuanya settle. Acara bergambar tidak dilupakan. Mungkin ianya ada kaitan dengan persekitaran kerja masing-masing. Keluarga bakal pengantin perempuan majoritinya polis - disiplin diri dan ketepatan masa semestinya sudah sebati dalam diri mereka.
 
Hari ini perhimpunan Bersih 3.0 diadakan. Banyak jalan yang terpaksa ditutup. Dan sudah tentu banyak juga perancangan hujung minggu kebanyakan orang tergendala/tertangguh. Nasib baiklah perjalanan dari rumah adik saya menuju ke Desa Aman dekat saja Gai. Kalau terperangkap dan terpaksa melalui kawasan perhimpunan... payah juga tu. 
 
Beberapa hari yang lepas, saya berpeluang membawa mama yang baru sampai dari Sabah keluar ke kawasan Masjid India, Petaling Street, Pasar Seni, merasai pengalaman menaiki LRT. Kami membeli barang keperluan hantaran meminang buah hati adik saya. Waktu malamnya pula...dengan menaiki kereta adik saya, sempat juga kami mengelilingi Kuala Lumpur menikmati suasana malam di bandar yang sentiasa hidup ini.
 
Adui Gai, macam bertambah berat sudah tau mata ini... saya tidur dulu ya, nanti saya sambung cerita lain kali ya...
 
salam sayang,
monalizahrais



No comments:

Post a Comment