Macam mana tak tension, kadang-kadang tu seolah-olah tiada langsung keselesaan, rimas dengan persekitaran di sini. Tiada privacy langsung! Susah juga kalau jiran terlebih prihatin ni. Macam sekarang... saya hendak membasuh baju dan menjemur di halaman belakang rumah tapi terpaksa ditangguhkan sebabnya tuan rumah sedang buat sesuatu di belakang rumah. Dengar bunyi mereka seperti sedang menyemen lantai, ketuk sana sini atau entahlah malas mau tengok nantilah malam karang.Tidak manis saya yang sedang berseorangan di rumah ini tiba-tiba keluar begitu sahaja walaupun untuk jemur baju kan.
Asap? Hmm... selalu sudah baju kami kena asap kadang-kadang tu terpaksa basuh semula. Yang tak seronoknya ada budak di sini yang mengintai ke dalam rumah dari tingkap, terkejut saya dengan perangai budak itu bayangkan kalau saya tengah berkemban atau tengah seksi baru lepas mandi macam mana tu? Takkan kita tutup tingkap sepanjang hari. Orang-orang di sini biasa lalu di belakang rumah, saya tak dapat buka tingkap luas-luas nanti terdedah aurat yang tidak sepatutnya.
+ve : lain macam saja bunyi... kau kena bersyukur sebab ada rumah, ada banyak lagi orang di luar sana yang tidak berumah...
-ve : bukan tidak bersyukur, tapi biarlah berbaloi dengan duit sewa yang kami bayar tiap-tiap bulan tu
+ve : ooo... terima sedekah makanan jiran nak diambilnya tapi tak boleh bersabar walau cuma sedikit
-ve : ini pun dah kira sabar tau, banjir dua kali kami tak komplen apa-apa, lampu dan paip rosak kami ganti pakai duit sendiri, hujan lebat dan air menitik ke lantai dari siling kami diam juga, jiran hantar makanan yang kami memang tak makan makanan tu kami terima saja untuk jaga hati tau?
+ve : jadi, apalah yang kau mau?
-ve : itulah bah tu kan, cabaran bekerja sendiri dari rumah menghadap laptop sepanjang hari dan terpaksa berhadapan dengan bermacam karenah ini. malas mau masuk campur, lebih kepada pemerhati bah bukannya apa kita ni cuma menyewa dan ini bukan tempat kita, takkan kita pula yang lebih-lebih.
+ve : so?
-ve : urusan pindah rumah tu kena dipercepatkan selepas mak kami balik sabah nanti.
+ve : bah buatlah
-ve : begitu lah baitu kononnya, buat masa sekarang ni memang kena banyak-banyak bersabar.
+ve : bah sabar lah kau...harap2 lepas ni kamu dapat rumah yang lebih baik.
-ve : begitulah yang diharapkan.
No comments:
Post a Comment