Semalam saya pergi ke bank atas urusan deposit tunai. Sampai sahaja di BSN, machine out of service pula. Baru sahaja saya hendak send mesej bagitau adik saya, seorang tua lingkungan umur 50 ke 60 meminta bantuan saya mengeluarkan duit dari ATM. Katanya dia tidak pandai isi borang keluarkan duit dan dia juga tidak tahu menggunakan ATM machine untuk mengeluarkan duit.
Saya tanya makcik itu kalau dia ingat nombor pin. Dia kata ya... dia ingat. Saya pun bantulah makcik itu keluarkan duitnya, tapi nombor pinnya saya suruh dia sendiri yang tekan. RM300 duit yang dikeluarkan itu sebenarnya bantuan kebajikan untuk anaknya yang cacat anggota. Dia yang menjaga segala keperluan anaknya. Saya tidak tahu dengan nilai seperti itu cukup atau tidak untuk menampung keperluan mereka.
Tanpa dipinta makcik itu menceritakan latar belakang keluarganya. Asalnya dia dari Surabaya, Indonesia dan mula datang ke bumi Selangor ini awal tahun 90-an. Makcik itu juga memberitahu alamat rumahnya lengkap dengan nombor pintu sekali dan mempelawa saya datang ke rumahnya.
Lagi satu makcik itu bertanya kepada saya berapa yang perlu dia bayar kepada saya, kerana menolongnya keluarkan duit. Sudah tentulah saya cakap tak payah bayar apa-apa, dengan spontan dia mendoakan saya semoga panjang umur murah rezeki. Itu yang seronoknya tu... hehe
( boleh saya perasan sekejap saya budak baik? jejeng...)
Makcik itu tinggal di Bandar Sultan Sulaiman. Saya bertanya juga perihal makcik itu - datang dengan siapa balik dengan apa...kena pula tu cuaca tengah mendung hujan renyai-renyai. Makcik itu dengan yakin menjawab dia sudah biasa berjalan seorang diri dan dia mengulangi perihal dia datang dan menetap di sini sejak awal tahun 90-an. Suaminya meninggal dunia sepuluh tahun lepas.
Dia memberitahu dia datang dengan naik bas. Dengan cergasnya makcik itu berjalan menyeberang jalan sambil berpayung dan menuju ke stesen bas. Sebelum itu dia memberitahu dia baru sahaja mengambil borang dari jabatan kebajikan masyarakat untuk dirinya sendiri.
Kemudian saya masuk semula manalah tahu machine sudah ok. Dan machine pun dah ok, saya dapat buat urusan deposit tunai. Saya terfikir kalaulah saya terus berlalu dari situ sebaik melihat machine tergendala dan makcik itu tidak ada di situ... urusan saya itu tertangguh lagi kan...
*****
Setiap kerja yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas boleh menjadi ibadat yang bukan sahaja pahala yang diperolehi selain dari gaji yang diterima. Kadang-kadang kerja-kerja bawahan yang selalu kita lihat mengundang rasa tidak senang atau tidak dipedulikan langsung, bagi pandangan segelintir masyarakat. Kononnya kerja dan kedudukan kita lebih baik berbanding mereka. Mereka yang saya maksudkan pengawal keselamatan, tukang pungut dan sapu sampah malah penjaga tandas.
Padahal tanpa peranan mereka mustahil kita menjalani kerja kita seharian tanpa tandas, menyimpan sampah untuk dibawa balik ke rumah dan tidak perlu fikir tentang keselamatan. Siapa tahu setiap sampah yang dikutip merupakan ganjaran yang lebih baik berbanding entah peranan apa yang kita mainkan di dalam kehidupan seharian.
Ganjaran yang tidak nampak dengan mata kasar tidak semua orang menyedarinya. Sekali lagi kerja adalah ibadat sekiranya dilakukan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Yang membezakan jenis pekerjaan dan bagaimana ia dilakukan.
No comments:
Post a Comment