Thursday, April 12, 2012

BELI BARANG

Semalam saya dan suami beli sedikit barang di pasaraya terdekat dengan rumah kami. Beli sikit saja tapi memilihnya dua jam! Keperluan itu dibeli supaya pandangan pertama mak kami sebaik sahaja jejak kaki ke rumah ini nantinya sesuatu yang berbunyi positif. Senang hati dia dan rasa selesa. Lagi satu nak tunjuk kehidupan kami di sini memang sangat baik. Hehe...

Tak mau cerita panjang tentang mak... nanti dia sampai sini banyak juga tu yang bakal dikongsikan nanti di blog ini. Cerita sikit pasal fb pula. Memang sukar mengubah kebiasaan berfb kepada no fb. Ikutkan hati tu rasa macam nak active kan semula fb tapi... kena kuatkan pendirian untuk tutup sementara fb tapi tak tahulah bila akan diaktifkan semula. Buat masa ini itu yang terbaik. Bukan merajuk atau terasa hati... tidak sama sekali tetapi sekali lagi itu yang terbaik buat masa ini, untuk diri saya sendiri.

Ingin berkongsi sesuatu... sehari selepas saya deactivate akaun fb, sekali lagi cerita tentang mimpi. Tak mau ambil serius sangat, ianya cuma mimpi kan. Dua orang kawan saya yang sudah lama kami tidak bertegur sapa...bukan bermusuh tapi masing-masing sibuk dengan kehidupan, yang saya ingat setakat ucap happy birthday di fb saja tahun lepas, saya bermimpi kawan perempuan ini datang ke rumah mengetuk pintu rumah dan bertanya kenapa saya tutup akaun fb saya. Yang seorang lagi rakan bercadang hendak datang ke rumah saya juga hendak bertanyakan soalan sama. 

Saya dan dua orang yang muncul di mimpi saya itu memang jenis yang jarang jugalah update status di wall fb... tapi kami memang sudah kenal lama. Nombor telefon kedua mereka ada dengan saya tapi entah di mana saya simpan. Itupun dapat dari fb juga sms semasa mula-mula jumpa di fb.

Kepala sakit seperti ada arus elektrik mengalir, telinga berbunyi/berdengung, gangguan dalam tidur, mimpi yang menakutkan antara yang saya alami selama berfb. Ini antara sebab kenapa saya harus menutup akaun saya. Sedangkan saya jarang sekali update status di wall fb, malah chatting pun paling kerap dengan adik saya saja bertanyakan//berbincang tentang hal-hal keluarga kami.

Adik saya sendiripun sudah tutup akaun fbnya. Banyak sangat gangguan, katanya. Begitulah kalau alam fikiran diterjemahkan dalam bentuk teknologi memang akan terserlah bermacam pemikiran manusia, dan tanpa sedar juga ada yang menyinggung perasaan orang lain. Kadang-kadang kita cuma meluahkan perasaan dengan tujuan meringankan bebanan perasaan itu tapi orang lain yang tidak kena- mengena dengan situasi itupun adakalanya dia yang terasa/ terlebih emosional. Tidak ada dua manusia yang sama seratus peratus sedangkan kembar seiras pun ada bezanya walau cuma sedikit. Apatah lagi orang lain.

Banyak kebaikan ber fb ini terutama sekali promosi barangan bagi mereka yang berniaga secara online. Mencari resepi dan idea baru, mengetahui hal-hal terkini. Merapatkan silaturrahim di kalangan keluarga dan rakan-rakan yang telah lama terpisah tapi itulah, hakikatnya tidak semua pengguna fb menggunakannya untuk kebaikan. Rambut macam-macam warna apatah lagi hati masing-masing yang tidak dapat diselami dengan pandangan biasa.



No comments:

Post a Comment