Thursday, April 12, 2012

SURAT BERANTAI

Punca surat ini bermula tidaklah diketahui kerana sampai sahaja ke tangan kita dan selesai membacanya kita disuruh pula fotostat dan jangan lupa sebarkan kepada orang lain. Kalau ingkar kononnya kita akan ditimpa kecelakaan. Kali terakhir saya terjumpa surat berantai ini semasa di Sabah beberapa bulan yang sudah. Saya terjumpa dalam poket di belakang tempat duduk kereta, saya hairan kenapa ada banyak kertas bergulung di situ.

Saya ambil dan baca... rupa-rupanya surat berantai. Ada lagi surat berantai di zaman ini, terkejut juga menengoknya sejak sekian lama sudah terlupa tentang itu. Surat tu adik-adik saya bawa dari asrama. Diorang sendiri pun tidak tahu dari mana puncanya sebaik saja saya tanya.

Kekal misteri sehingga ke hari ini, tidak pernah lagi saya mendengar bermula dari mana surat itu disebarkan siapa yang terlibat dan apa tujuan. Setakat yang saya tahu selalunya akan diselit hadis dan ayat Al-Quran menyeru kita berbuat kebaikan. Perenggan-perenggan awal memang ada betulnya apa yang ditulis, tetapi kalau kita baca dari awal ke akhir banyak yang mencurigakan.

Waktu saya sekolah menengah dulu, selalu juga dapat surat berantai ini dan saya tidak pernah suka/kurang selesa setiap kali dapat surat sebegini. Lagi-lagi kalau kawan mendesak saya cepat-cepat fotokopi dan sebarkan kepada yang lain pula. Masa tu saya fikir macam ni, 'kalau penting sangat surat-surat itu... kenapa cikgu tak pernah sebut tentang ini?' Sememangnya saya tidak pernah percaya walau sedikit pun sejak zaman remaja sehinggalah sekarang. Dan jangan percaya kepada perkara-perkara mengarut tu. Abaikan saja.


No comments:

Post a Comment