Tuesday, April 10, 2012

TIADA TAJUK

Adakah patut tiada tajuk isk..isk..isk... minta puji kali hehe...saja ja tu sesekali tidak bertajuk sebabnya mau cakap tanpa tajuk (aik...camana tu?).

Entah kenapa saya rasa lega sebaik sahaja DEACTIVATE akaun facebook saya sebentar tadi, tak sampai lima minit pun dah siap. Banyak yang bermain di kepala saya, bermacam perkara yang terimbas sepanjang berfacebook sejak April 2010. Sekarang April 2012 +- dua tahun juga kan?

Alam maya kadang-kadang seperti mimpi juga. Facebook antara medium menjana pelbagai mimpi, tanpa sedar. Berdasarkan pengetahuan saya, saya percaya sesekali gelombang rasa yang sedang kita alami terutama berfikir tentang seseorang kadang-kadang sampai kepada orang berkenaan, barangkali seperti gelombang radio. Kadang-kadang jelas kadang-kadang sebaliknya.

 Saya melihat dari satu sudut untuk post saya awal pagi 10 April ini. Ada sekali tu saya bermimpi bekas cikgu saya memandu kereta mengelilingi sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan. Sambil memandu dia memandang saya dengan satu pandangan yang... entah bukan pandangan marah tapi nampak serius. Mukanya cukup jelas di dalam mimpi saya itu, tersedar dari tidur puas saya memikir siapakah gerangan orang yang memandang saya sebegitu. Soalnya mukanya jelas sekali. Saya ingat-ingat lupa siapa itu.

Masa tu saya sudah lama tidak buka facebook. Beberapa hari kemudian... saya pun berfb semula dan ada notification mengatakan XYZ accept saya. Rupa-rupanya orang yang muncul dalam mimpi saya sebelum ini. Berdasarkan tarikh dan masa dia accept saya... plus gambaran sekeliling dalam mimpi saya itu, saya mengagak XYZ mungkin telah membaca entri saya berkaitan tajuk Jalan-jalan. Masa tu saya masih simpan blog saya di info fb.

Bukan hanya XYZ, ada juga beberapa rakan fb yang muncul di mimpi saya dan keesokan harinya saya buka fb sah memang rakan berkenaan telah add/accept saya. Beberapa hari selepas arwah bapa meninggal dunia, saya buka fb dan berfikir hendak tulis atau tidak di wall fb. Saya menulis memaklumkan pemergian arwah bapa bukan untuk mendapatkan simpati/pujukan untuk diri saya, tetapi saya memikirkan barangkali doa-doa tambahan terutamanya sedekah al-Fatihah pasti ditulis di wall saya sebagai maklum balas.

Dan malam itu saya bermimpi... datang sebuah kapal yang sangat besar dari hadapan rumah kami dan berlabuh di halaman rumah. Dari dalam kapal itu turun berduyun-duyun orang ramai kecil besar tua muda, masing-masing menjinjing bungkusan seperti hadiah dan memberikan kepada kami sekeluarga. Raut wajah mereka berseri-seri dan riang ria. Saya tidak mengenali mereka tetapi saya bangun tidur dengan perasaan tenang... entah kenapa walaupun mimpi saya berfikir sendiri mungkin itu adalah doa-doa yang ditulis di wall fb saya oleh rakan-rakan fb sebaik sahaja membaca status wall saya berkaitan dengan pemergian arwah bapa.

Sebenarnya bermacam lagi mimpi dan saya percaya bukan saya sahaja yang mengalami situasi sebegini.

Adab bermimpi kalau yang baik dan menggembirakan kita berdoa yang baik-baik dan kalau sebaliknya pula, kita berdoa mohon perlindungan dengan Yang Maha Esa. Jika diimbas semula sebelum saya mempunyai akaun fb, saya jarang sekali bermimpi seperti itu dan kalau adapun, saya tidak ambil kisah sangat. Setelah berfb dan bermacam mimpi dan perasaan yang kadang-kadang saya sendiri tidak selesa dengan situasi itu... ada baiknya saya tutup akaun fb saya... ya, itu yang terbaik buat masa ini. Hidup lebih tenang dan saya dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap aktiviti kegemaran saya.


No comments:

Post a Comment