Thursday, April 12, 2012

100

Cerita tentang surat berantai tu merupakan entri saya yang ke 100 di blog ini. Yeyeh... sedar tak sedar dalam tempoh sembilan bulan saya menulis di blog sampai juga ke angka begitu ya. Tambah 10 hari jadi macam orang mau beranak pula. Biasa-biasa saja tu bagi kebanyakan blogger yang lainnya malah banyak yang lebih advance berbanding blog saya ini. Kebanyakannya tulisan berskala kecil, terjadi berkait dengan diri dan family serta persekitaran saya. Seperti bulatan kek, hanya sepotong sahaja saya ceritakan selebihnya disimpan.

Tapi tak nampak sangat 100 nya disebabkan yang lain disembunyikan dan hanya sedikit sahaja dipaparkan. Dan... ini tidak termasuk ratusan tulisan selain yang seratus itu, macam-macam yang saya luahkan tapi saya simpan di ruangan yang lain. Macam akaun bank pula, ada duit sekian jumlah dan disimpan di akaun bank yang berlainan.





No comments:

Post a Comment