Thursday, June 21, 2012

SIAPA KITA DI LUAR RUMAH

Kredit gambar : Google
 
Kecuali artis terkenal... siapalah kita di mata orang lain. Tiada siapa yang akan teruja melihat kita di mana-mana, apakah salah betul kita memakai pakaian itu ini melainkan trend pakaian itu lain sangat. Tetapi selalunya lebih kurang sama macam orang lain juga.
 
Kadang-kadang di luar jangkaan kita akan terserempak dengan kawan lama, rakan sekampung di tempat-tempat yang tak terduga misalnya lapangan terbang, pasaraya atau ketika berada di daerah tertentu. Ada masanya juga ingatan kita samar-samar, siapa yang menegur kita itu maklumlahkan... berbelas malah berpuluh tahun tidak berjumpa. 
 
Saya tidak menyangka akan berada di Kota Kinabalu selama seminggu, peristiwa tahun lepas sebenarnya. Sebelum ini saya cuma transit beberapa jam di sana itu pun sebab menaiki kapal terbang. Saya tidak ingat sangat tempat itu, tapi kami sedang parkir kereta di tepi sebuah restoran. Penjaga parking menegur kami datang dari mana dan buat apa di KK.
 
Berbual seadanya rupa-rupanya dia pun asal Sandakan juga. Mengejutkan saya, dia berkata sebaik sahaja kami turun dari kereta dan ternampak saya... dia tahu siapa saya, satu sekolah dengan dia dulu, sebab itulah dia menegur kami sekeluarga. Puas saya memikir siapa orang itu, sungguh saya tidak kenal dia walaupun satu sekolah. Menurutnya lagi, dia selalu tengok saya di sekolah semasa sekolah menengah dahulu.

Bukanlah saya hendak perasan saya ni hebat dan sewaktu dengannya, tapi saya terfikir saya tidak kenal dia, tapi dia sebaliknya malah masih boleh cam saya sebaik sahaja turun dari kereta (mengikut yang dia cakapkan). Apa yang saya terfikir ialah bagaimana pembawaan diri saya walaupun berada di tempat yang tidak mungkin ataupun peratusannya rendah untuk terjumpa dengan orang yang kita kenali. Bayangkan sekiranya saya bersikap buruk tanpa sedar mungkin disaksikan oleh orang yang kenal kita, juga berada di tempat itu, cuma kita tidak tahu dan dia pula tidak menegur kita... entah apa yang difikirkannya.
 
 Apalah sangat hendak difikir benda-benda macam tu... tapi ada masanya juga tiba-tiba orang yang tidak kita kenali tapi selalu ter...sama-sama berada dalam tren, LRT. Tidak pernah bertegur sapa tapi sama-sama tahu kehadiran masing-masing. Sehinggalah pada satu hari kita tidak nampak lagi kelibatnya bersama-sama dalam perjalanan seperti hari-hari sebelumnya, terdetik juga di hati... di mana sudah orang tu? Sudah pindah kerja ke?
 
Hari demi hari berlalu sehingga kita mengandaikan sah memang dia sudah berpindah ke tempat baru ataupun pergi ke tempat kerja dengan kereta baru (padahal setakat andaian semata-mata). Permainan perasaan diri sendiri saja tu. Itu tandanya mungkin ada sesuatu yang menarik tentang dirinya walau cuma beberapa minit berada bersama-sama dalam satu-satu perjalanan tapi ter... sama-sama setiap hari, suasana yang hampir sama membuatkan ketidakhadirannya mengundang pertanyaan.
 
Sehinggalah tiba satu hari setelah sekian lama tidak nampak kelibatnya dan kita pun sudah lupa tentang itu, tiba-tiba tanpa sedar dia berada di sebelah kita dalam tren yang sama, kesesakan yang sama, malah  sebaik sahaja terpandang wajahnya... spontan dia pun mengukir senyuman... sekali lagi tanpa kata-kata.
 
Maknanya sama-sama tahu... lebih dari itu... malas mau sambunglah. Awal pagi ni tulis macam tu pula, jiwang sekejap...lalalalala....


 
 
 






2 comments:

  1. eh oklah, ini bukan jiwang. x ramai orang berfikiran macam ni. saya pun mcm tu jugak, mungkin sebab pendiam dan kurang skill memulakan perbualan, so banyak benda cuma bermain di kotak pikiran. pasal di sekolah pun sama walaupun pendiam tapi boleh tahan jugak femes ha ha

    ReplyDelete
  2. ... kita tak tahu apa org lain fikirkan ttg kita, tak semua mereka akan cakap kat kita, walaupun saspen.. tapi sekurang-kurangnya saya rasa lega dia memberi tanggapan baik terhadap kami hehehe...

    ReplyDelete