Assalamualaikum dan salam Isnin. Cuti yang panjang bagi mereka yang berada di alam persekolahan. Yalah, kalau kerja office hour, hanya pada masa-masa tertentu sahaja boleh cuti seminggu dua. Tak kisahlah kerja awam, swasta ataupun bekerja sendiri, masing-masing punya tanggungjawab tersendiri.
Cuti sekolah juga menyaksikan banyak jemputan kenduri kahwin, maknanya makan free... bestnya, bukan selalu macam tu. Makanan special kat majlis tu kalau makan di restoran mahunya RM 10++ juga tu. Dapat door gift lagi, tengok pengantin pakai cantik-cantik. Kalau yang dah kahwin... terimbas kenangan sendiri sewaktu menjadi raja sehari, yang baru bertunang dan menghampiri tarikh perkahwinan pula ada yang tidak sabar menunggu hari bahagia.
Biasalah tu kan. Majlis perkahwinan pada masa kini sememangnya menuntut belanja tinggi apatah lagi kalau berkahwin di bandar-bandar besar. Ikut kemampuan masing-masing. Mahunya 30 ke 40 ribu juga. Mana tidaknya jadi macam tu, catering sahaja pun +- RM 10 satu kepala - kalau jemputan seribu orang? Pelamin, make-up, baju pengantin, sewa dewan, fotografi, kad kahwin, belanja hantaran dan segala macam perkara berkaitan.
Bagi yang bekerja kerajaan misalnya seorang guru berijazah bergaji sekitar RM 2500++ (ikut gred dan jauh dekat tempat posting) sekiranya menginginkan majlis yang 'grand' dapatlah ditampung dengan pinjaman yang dipohon setelah sah jawatan.
Itu budget golongan sederhana, berbeza RM mengikut cara hidup masing-masing. Artis misalnya, takkan puluh ribu kot. Di tahap manapun... kemampuan kewangan dan jenis pekerjaan, terpulanglah kepada kehendak masing-masing. Terpenting sekali yang wajib diutamakan. Bayangkan majlis sudah sedia gilang-gemilang... tapi wali tiba-tiba menghilang ataupun saksi kurang, payah juga tu...
Oklah, dari cerita gembira kita beralih cerita yang tidak sedap didengar tapi sering terjadi. Sabtu lepas (9 Jun 2012), kami menghadiri majlis kahwin di dua tempat yang berasingan, mula-mula tu di pangkalan TUDM Sungai Besi kemudian menuju Seremban, Negeri Sembilan. Kereta adik saya kena pecah, tingkap kiri bahagian penumpang belakang, beg tangan saya dan tunang adik saya ada di tempat duduk belakang tu. Kecuali IC, kad bank, beg tangan... duit sahaja yang diambilnya.
Kami buat report dekat Balai Polis Sikamat kemudian menuju ke IPD Seremban bahagian pengangkutan untuk ambil gambar kereta yang kena pecah tu. Saya bawa RM 400++ dan duit yang ada dengan tunang adik pula RM150++. Itupun nasib baik duitnya yang lain disuruhnya simpan dengan adik saya dan baki duit yang lain lagi sebanyak RM1500 disimpan dengan emaknya. Duit itu sebenarnya untuk membeli barang hantaran di Nilai 3, perancangan awal kami menuju ke sana selesai sahaja majlis di Seremban itu.
RM 550++ termasuk duit syiling sekali - jumlah RM saya dan tunang adik saya yang kena curi. Dan kamera saya sekali ada dalam beg tangan saya itu. Yang lucunya kereta adik saya parkir bersebelahan dengan van polis. Kesemua rombongan yang bertandang dari KL semuanya polis pelbagai pangkat seramai 20++ orang termasuk anggota keluarga - anak isteri adik beradik mak bapa.
Jom kita cerita/fikirkan tentang modus operandi si pencuri laknat itu. Bayangkan naik motosikal dua orang/ jalan kaki lepas tu tengok line clear sebabnya perhatian semua orang tertumpu di majlis berhampiran. Menghampiri kereta, pecahkan cermin, ambil beg tangan yang ada di dalam tu dan cepat-cepat berambus. Orang luar atau orang dalam?
Tapi... hanya duit sahaja yang diambilnya. Setiap zip yang ada di dalam beg tangan saya dan tunang adik saya itu dibukanya, kerjanya kemas dan teliti dan dia ada masa berbuat demikian kan. Pecah cermin lagi, sebelah van polis lagi. Berapa orang dan siapa yang terlibat? Menurut pegawai polis di balai tempat kami buat repot itu... kejadian seumpama ini yang pertama kali berlaku di kawasan perumahan tempat majlis kahwin berlangsung. Sebabnya kawasan perumahan itu dihuni sepenuhnya oleh keluarga anggota polis malah pesara polis.
Suspek memang ada, tapi biarlah polis menjalankan tugas mereka. Ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. Kalaulah beg tangan kami itu diambil semuanya, urusan IC dan segala macam urusan... banyak yang perlu diselesaikan. Ataupun kalau kami jadi ke Nilai 3 untuk shopping, mungkin ada musibah lain yang terjadi. Siapa tahu juga sekiranya penjenayah tersebut dapat diberkas...mungkin membawa kepada penyelesaian banyak kes yang berkaitan.
Iktibar untuk diri saya sendiri... jangan tinggalkan beg tangan ataupun apa sahaja yang boleh mendatangkan RM di dalam kereta. Maklumlah berkonvoi dengan kereta polis... tu yang tinggal dalam kereta tu. Bawa duitnya RM400++ mau beli baju ada juga kenangan dari Nilai 3 kononnya. Kita hanya merancang, Allah juga sebaik-baik perancang.
Bayangkan kita sedang melintasi sebuah kereta dan pandangan mata kita tiba-tiba ternampak laptop, beg tangan berjenama ataupun not duit kertas yang tebal... sekalipun kita bukan pencuri, setidak-tidaknya mesti terdetik di hati, 'banyaknya duit', 'laptop terbaru tu' ataupun 'cantiknya beg', 'mesti banyak duit, mesti orang kaya ni'. Apatah lagi kalau si pencuri, tak senang duduk dibuatnya. Mahunya meroyan kalau tak dapat pecah curi.
Apapun ianya sudah terjadi... kembali merenung diri sendiri, saya teringat teguran jiran minggu sudah. Dia bertanya, "pergi kerja ke?", saya kata "tidak, nak keluar sekejap". Pakaian kita ke tempat kerja, tengok majlis kahwin ataupun keluar sekejap tu semestinya berbeza bukan?. Tapi pandangan orang lain juga berbeza. Kita pakai baju simple pada pandangan mata kita, sebabnya keluar sekejap sahaja tapi disangka pergi bekerja. Tunang adik saya pakai baju lip lap meriah pink kaler lagi macam hendak bertunang/baju nikah padahal pada pandangan matanya itu baju untuk hadir majlis kahwin.
Mata si pencuri? Fikiran setiap kita berbeza bukan?
No comments:
Post a Comment