Assalamualaikum dan salam Jumaat, penghulu segala hari malah sebaik-baik hari dalam seminggu. Menu lunch hari ini sekadar char kue teow masak sendiri digandingkan dengan minuman sunquick segera yang juga dibancuh sendiri. Sudah namanya peti sejuk, peti yang digunakan untuk bermacam jenis makanan minuman... kalau orang yang jenis suka masak memang sesuailah simpan macam-macam dan akan masak macam-macam. Mereka yang sudah berumahtangga dan keluarga yang semakin bertambah 'rakyatnya' sangat memerlukan peti sejuk kena rajin masak, kalau harapkan makan kat luar sepenuhnya memang pokailah jawabnya. Lainlah kalau bujang trang trang trang kan.
Nak cerita satu pengalaman dan cerita itu biarlah saya sampaikan seperti berikut :
Lokasi - dirahsiakan.
Mata - melihat dua orang di seberang jalan sedang pegang dan minum arak, mabuk terhuyung hayang jatuh bangun seperti lalang ditiup angin.
Telinga - dengar suara azan berkumandang dari sebuah masjid berdekatan, bertingkah suara kugiran dari sebuah majlis perkahwinan yang sedang diadakan dan bertingkah juga dengan suara ketawa, menjerit, mencarut daripada dua orang yang sedang mabuk itu. Malah anak kecil perempuannya menangis mencari ibunya yang sedang bekerja tetapi tidak dipedulikan oleh si ayah sebabnya dia sedang mabuk.
Hati - bermacam perasaan... kesian kat budak tu, marah kat orang yang mabuk tak sedarkan diri, sedih sebabnya tidak dapat buat apa-apa, walaupun setakat menegur dibimbangi akan dikatakan suka jaga tepi kain orang lain.
Mata - orang lain yang lalu lalang hanya mampu menggelengkan kepala.
Cuaca - cerah secerahnya agak panas... waktu itu hari Jumaat dan itulah yang saya nampak di lokasi yang dirahsiakan itu. Pengajaran untuk diri sendiri.
Hati - sedihnya orang Islam pula yang mabuk itu...
sungguh... teladan untuk diri saya sendiri, betapa hodohnya perangai orang yang mabuk dek arak.
No comments:
Post a Comment