Tuesday, June 19, 2012

PINK

Dalam plastik, baru naik dari 'darat' (halaman belakang rumah)
 
 
Letak dalam raga untuk dibasuhbersihkan
 
 
Rendam dalam air panas +- sama macam kita rendam mee segera
 
 
Tulisan saya sebelum ini bertajuk JOM MAKAN, saya mengatakan akan bercerita tentang buah lain yang tidak ada dijual di mana-mana sama ada di pasar malam ataupun pasar borong. Buah ini juga buah hutan. Kecuali mereka yang berketurunan orang asli ataupun kerap masuk hutan mungkin mengenali buah ini.
 
Kami menggelar buah ini buah TENDAKAL. Nama saintifik saya tidak tahu. Ketinggian pokok buah tendakal ini yang di belakang rumah saya di Sabah tu +- pokok kelapa, struktur pokoknya seperti kayu balak. 
 Buah ini akan jatuh sebaik sahaja masak ranum, macam buah durian pula kan kena tunggu dia jatuh kat bawah. +- kurang macam pingpong... bentuk buahnya. Dalam ada biji warna coklat. Isinya seperti tauhu lembut, rasanya lemak, cicah dengan sedikit garam menaikkan lagi rasa lemaknya itu. Kami di rumah anak beranak makan dengan nasi, kadang-kadang tu tabarus sangat (gelojoh) makan begitu sahaja, hahaha....
 
Ada baiknya saya menyimpan cerita berkaitan buah ini di blog, sentimental value juga bagi kami. Membesar di kampung dan sekarang menetap dalam lingkungan kehidupan moden, yang dulu-dulu punya cerita nostalgia dapat ditatapbaca oleh generasi seterusnya.
 
Mungkin biasa-biasa saja bagi orang lain, tapi penuh makna bagi kami. Paling tidak pun saya tidaklah lupa daratan sangat. Ingat lagi asal-usul datang dari mana dan hendak ke mana (aiik... macam orang bertanya soalan pula). Dan sekali lagi, pokok ini ditanam oleh arwah bapa kami. Selain kami yang memakannya, rezeki ini juga dikongsi dengan burung-burung, monyet dan tupai yang banyak berkeliaran di halaman belakang rumah.

Musim buah sering kami melihat monyet malah orang utan 'anak beranak' duduk bersantai di dahan pokok ini. Saya ingat lagi saya pernah ternampak spesis 'proboscis monkey' yang hidung mancung dan seperti berseluar dalam putih itu bertenggek di pokok-pokok buah-buahan di belakang rumah.
 
Kumpulan orang utan dan monyet selalu kelihatan di belakang rumah lebih-lebih lagi sewaktu musim buah. Dengan berseloroh kami selalu berkata seperti ini : kita tengok free je belakang rumah tak payah pergi sana Sepilok, kesian orang putih tu datang jauh-jauh berbayar lagi semata-mata hendak tengok monyet-monyet ini.

Sepilok terletak di batu 16, rumah kami di kawasan batu 12... masih banyak lagi hutan merimbun di Sandakan, jadi memang mudah malah jemu melihat orang utan dan monyet. Apatah lagi mereka yang tinggal di daerah Kinabatangan terutama sekali berdekatan dengan Sungai Kinabatangan.

Sandakan Bandaraya Alam Semulajadi -  semoga kekal seperti slogannya dan keindahan alam semulajadi terus menjadi tarikan pelancong di daerah kelahiran saya ini.


 



2 comments:

  1. last makan buah ni tahun 85, lepas tu tak jumpa dah. google pun takde kluar result. ingat nama tendakal tu cuma nama tak rasmi, rupanya betul wujud. word tendakal tu pun macam sebutan dari suku tidung.

    ReplyDelete
  2. ya, word tendakal tu memang sebutan dari suku tidung, arwah bapa kami berbangsa tidung, sampai sekarang pokok tendakal di belakang rumah orang tua saya di kampung halaman di Sabah tu masih lagi berbuah, rindu mau makan buah ni,

    ReplyDelete