Friday, June 15, 2012

MELETUP





Gambar ambik dari Encik Goo...gle.
 
Susulan cermin kereta adik saya pecah disebabkan kejadian di Seremban tempoh hari... RM 340 juga duit melayang sekali bikin dengan cermin tingkap sebelah driver yang memang rosak tak dapat diturun naikkan sebelum ini. Memang bukan guna duit saya, tapi bahana pecah curi kereta membebankan si pemilik kereta. Sekurang-kurangnya kami sedikit lega, hilang duit bukan sebab diragut/cedera... mohon dijauhkan daripada perkara seperti itu.
 
 
Dan, semalam adik saya menelefon memberitahu cermin KERETANYA PECAH BUAT KALI KEDUA dalam bulan ini, cuma sebabnya berlainan. 


Di luar jangkaan... siapa sangka spray perfume kereta telah MELETUP menyebabkan cermin kereta sebelah belakang yang besar itu pecah dan faham-faham sajalah apa yang terjadi di dalam kereta kalau sudah ada benda yang meletup. Saya tidak tahu macam mana hendak menerangkannya sebabnya saya tidak pakar tentang kereta.

 
Dia dalam proses claim insurans, entah berapa lama tak pasti pula harap-harap semuanya berjalan lancar.
 
 
Saya tiba-tiba teringat adik saya di kampung yang selalu memandu kereta keluarga, jenis Toyota Avanza. Adik saya itu kalau dia nampak apa sahaja jenis perfume kereta sama ada  yang jenis gel ataupun botol spray... spontan dia akan membebel mengalahkan perempuan dan membuang keluar perfume tersebut.  Dia sangat sensitif dengan sebarang pewangi kereta... katanya bikin pening kepala semasa memandu.
 
Apapun syukur jugalah kejadian itu berlaku bukan semasa memandu kereta ataupun ada orang di dalam kereta.
 
Harap-harap lepas ni semuanya akan berjalan lancar. Anggap sajalah itu ujian bertunang ataupun ujian bagi orang yang berharta. Mungkin ada hikmah di sebaliknya cuma kita tidak tahu apakah hikmahnya itu.
 
Ujian di waktu susah dan senang itu sentiasa ada... semasa susah sewaktu kekurangan duit kita cuba sedaya upaya menghadkan perbelanjaan kita tetapi semasa senang dan mampu memiliki harta benda yang kita inginkan... itu pun satu ujian juga, adakah kita sanggup memikul sekali bebanan/tanggungjawab ataupun perkara-perkara di luar jangkaan seperti ini?
 
 
 
 




 
 


No comments:

Post a Comment