Saturday, June 16, 2012

CAMPUR-CAMPUR

Gambar dari uncle Google lagiiii...
 
Makan campur-campur, boleh sakit perut dibuatnya, bantai makan cendol tomyam nasi buah keropok sup...hehehe.
 
Kalau tulis campur-campur cerita ada sedih gembira marah suspen? Pening kepala dibuatnya, betul ke?
 
Ok, jangan ambil kisah mukadimah di atas, mengarut saja tu. Waduh-waduh, hampir RM 2 ribu juga adik saya buat keretanya bermula dari cermin pecah dan segala yang ter... disebabkan letupan spray kereta itu. Begitulah yang dia cakap dalam telefon sebentar tadi. Apa boleh buat kan, benda di luar jangkaan kita, hanya lambat atau cepat sahaja kita tahu tentang hikmah di sebaliknya.

Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan. Dan sekali lagi bilang penyanyi dari seberang tu Opick... tiada duka yang abadi. 

Ok, cerita lain pula. Gas dapur memasak sudah habis. Secara kebetulan saya ada beli sedikit makanan tin, just masak nasi dan makan lauk dalam tin. Sekali sekala sementara tunggu tukar gas baru. Malam tadi punya cerita bah tu... habis gas waktu malam dan siangnya pula kena pergi kerja sebelum kedai yang jual gas itu buka berniaga, nampak gayanya kena tunggu lewat petang atau malam barulah dapat tukar gas.

It's ok... jadi projek terkini masak memasak - nasi kuning dengan rice cooker dan masak sup ayam juga di rice cooker. Itulah gunanya rice cooker ini di saat-saat kehabisan gas memasak kan. Plus dengan sambal bilis dalam tin, makan pun sodap!.
 
 Bukan tidak biasa masak macam-macam di rice cooker, masa belajar dulu bukan main lagi memasak curi-curi dalam bilik, segala tumis goreng dibuat!
Air panas pula ada heater letrik yang dibeli lama sudah sejak awal berkahwin lagi. 

Ok, lain cerita lagi. Jom cerita pasal kahwin. Kalau dah berkenan mak bapak pun dah kenal rasa serasi pula tu dan ada kemampuan berkahwin... segerakanlah mendirikan masjid. Sesuatu yang elok tidak wajar ditangguh tanpa sebab remeh. Bayangkan kalau bercouple selama beberapa tahun... sekiranya semua RM yang digunakan untuk kredit telephone sms borak, makan dekat restoran murah mahal, beli itu beli ini hadiah itu ini kalaulah dikumpulkan semuanya tanpa sedar boleh buat satu majlis ringkas ataupun beli baju kahwin ke yang mahal-mahal kan? Paling kurang pun mesti dapat beli i Phone 4S sebiji dua.

Yang seronoknya mendengar kisah mak bapa kita yang kahwin dulu-dulu. Ibu bapa yang tentukan jodoh, tidak ada dating mating... sms segala bercinta selepas kahwin. Berkat sungguhlah... kekal sehingga cucu cicit sehingga hujung nyawa kan. Zaman memang berbeza, banyak perbezaan kahwin dulu dan sekarang.

Seingat saya masa kecik-kecik dulu, tengok orang kahwin semuanya atas dasar gotong-royong... buat bunga telur, masak lauk kenduri, manggar, kompang percuma, pelamin...tak macam sekarang bunga telur sahaja pun sudah beli apatah lagi geng kompang pun berbayar. Segalanya menuntut RM.

Dulu-dulu dalam satu rumah ada dua tiga keluarga duduk sebumbung dengan mak bapa mertua/kandung tanpa gaduh-gaduh. Sekarang tak dapatlah macam tu, sebabnya ada kaitan dengan kemampuan ekonomi pasangan tersebut. Dulu-dulu kebanyakan pasangan yang ditentukan jodoh oleh mak bapa di kalangan mereka juga berada dalam lingkungan yang sama malah sama-sama melakukan kerja seharian yang sama.

Sekarang? Banyak yang sudah bekerja di luar lingkungan, jodoh pun berbilang bangsa juga. Jadi selalunya jalan terbaik lepas kahwin sebaik-baiknya tinggal rumah sendiri tak kisahlah sewa atau beli untuk menjaga keharmonian berumahtangga. 

Amboi... kalau cerita kahwin panjang pula bebelan dia ni... ok lah nak stop kat sini dulu tulisan untuk hari ini. Ampun maaf banyak-banyak kalau terkasar bahasa...




 
 


 
 
 
 


No comments:

Post a Comment