Hari Ahad, hujung minggu, ada yang bersiar-siar bersama keluarga atau shopping atau rehat saja di rumah. Hari ini kami tak ke mana-mana, pun rehat saja di rumah, rehat yang tak rehat sepenuhnya, masa untuk basuh baju yang dah berlambak tu dan kemas rumah. Sambil buat kerja, ambik kesempatan menulis di blog. Suami demam, lupa beli ubat yang dia biasa makan semalam semasa kami pergi pasaraya berhampiran untuk beli lauk. Dia pula jenis yang tak suka makan ubat kaedah tradisional, nak yang cepat saja, makan ubat moden. Tak boleh kata apa daaa... suami dah terbiasa sebegitu. Demam, tapi dok menghadap motor dia tukang sana tukang sini, obses dengan motor kesayangannya itu. Saya kalau rasa badan macam nak demam rasa sejuk kepala pun berat biasanya saya akan minum air teh halia, teh o limau, minum sup, sapu minyak kayu putih, seboleh-bolehnya akan mengelak pergi klinik. Saya tak suka makan ubat moden, itu yang minum teh halia bagai tu. Tapi kalau rasa berat sangat, misalnya kena alahan pergi jugalah ke klinik.
Tak boleh buat apa-apa, suami yang tak nak, so sekali lagi tak dapat nak kata apa-apa daa... dia takkan minum macam yang saya buat tu, nanti dia akan gerak juga pergi farmasi cari ubat dia tu, hehehe... nak mengubah perangai yang sudah sebati dengan seseorang tu bukannya dapat dibuat dalam sehari dua. Buat dek sajalah, jangan salah sangka maksud saya mengatakan demikian, kadang-kadang dalam sesetengah situasi, tak boleh layan sangat perkara-perkara yang boleh menyebabkan kita tension, biarkan saja dan ianya akan pulih seperti biasa.
Malam tadi puaslah internet sampai ke pagi, mentang-mentanglah malam minggu. Pagi tadi baru tidur sejam dua, bangun sebelum zohor. Tajuk entri hari ini pelik. Pelik sebab masa 'jalan-jalan' kat alam maya tu, macam-macam yang ditengok kan. Alah, semua orang pun suka 'jalan-jalan' tengok apa yang dia suka. Zaman sekarang orang cakap, dunia di hujung jari, taip apa saja akan keluarlah bermacam-macam benda yang kadang-kadang tak terfikir di kotak fikiran kita tu.
Saya tak minat sangat dengan gossip artis, walaupun begitu sesekali saya ambil tahu perkembangan terkini, misalnya artis kahwin, anugerah sekian-sekian...
Dan malam ke pagi yang sudah berlalu, saya melihat bermacam fesyen artis wanita Malaysia. Membuatkan saya terfikir, apa perasaan mereka memakai pakaian yang 'terlalu cantik', sampaikan ada yang nampak baju dalam, puting susu, seluar dalam, lurah buah dada dan bermacam lagilah, ngeri tengok....itu belum masuk bab bergambar dengan artis lelaki yang bermacam posing itu, patutlah golongan ini selalu ditegur oleh ustaz ustazah, malah pembaca dan penonton pun selalu juga bersuara menyatakan rasa tidak puas hati mereka.
Lagi satu yang saya kurang berkenan dan dibimbangi menjadi ikutan peminat mereka... setiap kali hendak berkahwin akan ada gambar-gambar praperkahwinan, bergambar berpegangan berpelukan seperti orang yang dah kahwin. Malah baru majlis bertunang pun sudah ada tempat bersanding, majlis besar-besaran, sekali pandang sebijik macam majlis kahwin. Itu tidak termasuk dua, tiga, empat majlis di tempat yang berbeza. Setakat beberapa majlis yang berlainan, kalau sekadar menjamu tetamu dengan makanan, niat menghebohkan perkahwinan kira ok jugalah tapi sekali dengan majlis sanding bertemakan 'itu ini' yang jelas bertentangan dengan tuntutan agama.
Orang biasa yang bukan artis paling pun cuma beberapa jam sahaja menjadi raja sehari dan bukannya tersebar ke seluruh negara cerita mereka tetapi sudah namanya artis apa sahaja berkaitan artis akan mendapat perhatian lebih daripada biasa. Agak-agaknya apa perasaan orang tua mereka, ahli keluarga terdekat seperti adik beradik setiap kali gossip liar berkaitan mereka tengah panas di pasaran?
No komen, memikirkan semua ini saya berharap semoga tidak ada ahli keluarga saya yang menceburi bidang hiburan sama ada menjadi penyanyi/pelakon/model. Mohon dijauhkan daripada bidang yang banyak menjanjikan hiburan duniawi semata-mata. Biarlah kita kerja biasa-biasa sahaja tidak terpandang di mata manusia asalkan dipandang oleh Allah S.W.T. Semoga keluarga kami dijauhkan daripada menceburi bidang pekerjaan yang sia-sia, sentiasa berada dalam lindunganNya dan keberkatanNya, amin...
No comments:
Post a Comment