Sunday, November 25, 2012

NASI MINYAK & AYAM MASAK MERAH

Nasi Minyak


Nak kata nasi hujan panas... tapi kalernya tak cukup, just pakai kaler pink jer, beli pewarna hijau rupa-rupanya perisa hijau/pandan. Perisa dan pewarna, dua item yang berbeza.

Memandangkan nasi tu nampak berkilat berminyak walaupun masa makan tak rasa berminyak pun... saya bubuh nama nasi ni nasi minyak, lagipun saya guna minyak sapi + marjerin.

Bahan-bahan yang saya gunakan :

Beras Basmathi - jenama Faiza (saya rendam selama 30 minit)

Cashewnuts (saya cari kat ruangan snack yg ada kuaci, aneka kekacang yg selalu kita kunyah sambil tengok tv tu, saya ambil brand Tong Garden - Honey Roasted Cashewnuts, so tak payah susah-susah goreng biji gajus tu)

Sedikit minyak sapi dan marjerin

Bawang putih, bawang merah dan halia (saya tumbuk guna lesung batu, pakai sikit jer)

Kismis hitam

Kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang

Pewarna merah jambu/pink

Garam dan gula

Daun pandan 

Saya masak macam ni :

Panaskan minyak sapi dan marjerin.
Masukkan geng bawang yg dah ditumbuk diikuti geng kulit kayu manis (alamak, macam gengster lah pula).
Setelah naik bau, masukkan beras basmathi yg dah direndam selama setengah jam.
 Tumis seketika, masukkan air, garam, gula dan masak seperti biasa (guna rice cooker). 
Sebaik sahaja lampu COOK tukar WARM (dekat rice cooker tu), saya masukkan Cashewnuts dan kismis.
Selepas itu gaul nasi perlahan-lahan supaya nasi tak patah.
Last sekali titikkan pewarna merah pada permukaan nasi, dua atau tiga tempat yang berbeza.
 Dan gaul nasi, bolehlah dihidangkan.

***saya guna bahan yang ada kat dapur seadanya, daun pandan tadi lupa beli tapi still wangi lagi nasi minyak saya tu, huhuhu...    
      



  


    
Ayam masak merah
 
Pun guna bahan yang ada kat dapur, belum lagi berbelanja penuh untuk keperluan dapur selama sebulan. Lagipun sebentar tadi kami ada tetamu yang bertandang ke rumah, diorang hantar udang kering setengah kilo dan rumpai laut kering hasil laut perairan Sandakan, kiriman saya sebenarnya sempena adik dan ipar balik Sabah beberapa minggu sudah. InsyaAllah saya nak masak sup rumpai laut dan akan diupdate ke blog ini. Sharing is caring... right?
 
Ok, bahan-bahannya ialah :
 
Ayam - potong kecil
Cili kisar
Bawang merah besar satu labu - dihiris
Garam, serbuk kunyit
Gula

Cara memasaknya:
 
Ayam dibersihkan, digaul sebati dengan garam dan serbuk kunyit kemudian digoreng separuh masak atau garing (ikut suka masing-masing).
 
Untuk masak merah :
 
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, masukkan cili kisar.
 
Masukkan ayam, tambah sedikit air, masukkan gula, garam dan masak sehingga pekat.
 
Taraaa... sedia untuk dihidangkan dengan nasi minyak tadi.
 
*nak lebih umph, tambahkan buah keras yang ditumbuk, sedikit air asam jawa dan hirisan bawang Holland  
 
Banyak variasi ayam masak merah, tapi kadang-kadang tu kita nak cepat atau bahan yang ada terhad, guna jer bahan yang ada, tak gitu?  
 
 
 
  


 
 

No comments:

Post a Comment