Friday, November 9, 2012

CARTOON

Assalamualaikum dan salam hari Jumaat, semoga kita semua dilimpahkan rahmatNya pada hari yang berbahagia ini.
 
 
Idea tiba-tiba muncul untuk bercerita pendapat tentang 'cartoon'. Sinonim dengan anak kecil sama ada anak ataupun anak saudara kita. Kita yang dewasa ini pula selalunya kalah dengan anak-anak kecil ini apabila sering berebut siaran kegemaran masing-masing. Dan sekiranya kita tumpang sekaki menonton bersama mereka, selalu pula buat macam tu, akan terdengar suara menyindir mesra "macam budak-budak tengok kartun, tak padan dengan umur."
 
 
Classic cartoons - berbeza dengan animasi di zaman ini tetapi mesejnya tetap sama, menghibur dan mendidik kanak-kanak, malah ia juga merupakan medium yang berkesan untuk 'memasukkan' unsur-unsur seks/lucah secara tidak langsung. Jangan marah anak-anak kita/ anak saudara yang suka menonton rancangan animasi/cartoon asalkan dipantau dan dijadualkan masa mereka untuk menonton. Terpenting sekali, kita perlu peka isi kandungan rancangan cartoon itu, adakah dapat mendidik di samping berhibur semata-mata? Pandangan orang dewasa dengan kanak-kanak itu berbeza, tetapi animasi/cartoon ini dihasikan oleh golongan dewasa, ada yang memiliki kepakaran/kelulusan Phd/kedoktoran dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Bukan calang-calang bukan.
 
 
Saya mengamati malah gemar rancangan cartoon bertajuk Thundercats. Secara peribadi, saya suka cartoon yang berkisar pada watak-watak binatang dan alam semulajadi. Bukan hanya Thundercats, semua jenis cartoon saya tengok dan nikmati, yang penting menghiburkan dan mendidik, penuh pengajaran. Pada pendapat saya, setiap patah kata yang dituturkan oleh watak-watak dalam Thundercats... penulisnya seorang yang bijak dan punya falsafah pemikiran yang teliti/mendalam. Bukan hanya suka-suka sahaja dituturkan malah banyak yang bersifat mendidik. Pemikiran yang diterjemahkan melalui pertuturan pemain wataknya banyak berkisar tentang perkara yang sering terjadi di sekeliling kita, cuma tidak kita sedari. Menulis memerlukan pemikiran yang tajam dan cerdas  
 
 
Melihat siri Detective Conan... membuatkan kita berfikir sama mencari siapa pembunuh yang dikehendaki. Yang menariknya dalam siri ini, walaupun bercorak penyiasatan... tetapi hujah sesuatu teori yang dikemukakan itu memerlukan asas sains yang mudah, sangat bagus untuk merangsang minda kanak-kanak. Sekadar pendapat... lain orang lain pandangannya. Yang paling seronoknya apabila kita menikmati rancangan cartoon... kadang-kadang tidak ada limitnya, misalnya jatuh dari bangunan/tempat yang tinggi terhempas di bumi hancur berkecai nipis tapi masih hidup dan pulih seperti biasa. Kalau yang cedera parah pun, sekejap sahaja sudah sembuh. 
 
 
Burung satu dan burung dua sama-sama bertenggek di dahan pokok merenung bulan penuh. Burung satu bertanya kepada burung dua - adakah burung dua itu sama-sama merasakan bulan penuh itu cantik dipandang?. Burung dua menjawab ya, bulan penuh memang cantik dipandang walaupun dari jauh, apatah lagi menikmati kecantikan bulan tersebut bersama-sama burung satu. Itu antara adegan cartoon klasik yang saya tonton semasa kecik dahulu, dalam Bahasa Inggeris dan tanpa translation. Kebetulan pada masa itu pakcik saya turut sama menonton rancangan cartoon itu. Dia kemudiannya bertanya kepada saya, adakah saya memahami apa yang dituturkan oleh burung-burung itu, mungkin kerana dia guru Bahasa Inggeris di sekolah rendah pada ketika itu. Saya hanya tersengih-sengih mendengar pertanyaan pakcik saya, sebenarnya pada ketika itu saya tidaklah memahami apa yang dikatakan oleh burung-burung itu, tapi yang pasti saya tahu kedua burung tersebut sedang merenung/mengamati kecantikan bulan penuh sambil bercakap-cakap. 
 
 
Saya melihat anak buah saya yang berumur kurang dari setahun pun yang tentunya tidak tahu membaca itu, turut seronok menonton cartoon siap ketawa lagi. Begitulah pandangan anak kecil dan nyatalah cartoon sememangnya menghiburkan mereka. Ada seorang adik sepupu saya dikhaskan sebuah tv besar jenis plasma yang nipis itu untuk dia seorang sahaja - apalagi kalau bukan rancangan cartoon dan animasi. Siap Astro lagi. Malah ada dua 'piring besar' Astro di rumah mereka, satu khusus untuk adik sepupu saya dan satu lagi untuk mak bapa dia, dan tv pakcik makcik saya tu jenis yang biasa-biasa saja. Sampai macam tu sekali?. No komen, hehe...


Dewasa ini saya masih lagi menonton rancangan cartoon dan animasi, tapi tentunya dari sudut pandangan orang dewasa. Tidak salah untuk menikmatinya, lebih kepada hiburan semata-mata di samping rancangan lain yang menjadi pilihan. Malah rasa seronok itu berganda sekiranya menonton bersama anak saudara dan adik sepupu yang comel-comel itu. Sekali lagi yang penting kandungan rancangan tersebut yang perlu dipantau diteliti adakah sesuai dengan budaya dan agama kita. Tidak semua sesuai ditonton oleh anak-anak kecil kita. Peranan kita sebagai seorang dewasa perlu ambil tahu perkara-perkara sebegini.
 
 
Ok, seperti biasa stop sekejap di sini dan lain kali sambung lagi dengan cerita yang lainnya. Semoga tulisan ini ada manfaatnya kepada anda yang membacanya, tak banyak... sedikit pun kira baguslah tu... tata...
 
 
     

No comments:

Post a Comment