Saturday, November 24, 2012

AYAM MASAK KICAP - MY STYLE IKUT I PUNYA SELERA TEKAK




Ayam masak kicap - sorry ayamnya tak berapa nampak coz baru angkat keluar dari kuali ke mangkuk siap berasap lagi, resepi ini ikut selera tekak saya.

Ok bahan-bahannya ialah :
Ayam - potong ikut suka dan nak guna banyak manapun ikut suka pembaca
Bawang putih, bawang merah, kunyit hidup, halia (dikisar atau kalau rajin ditumbuk dengan lesung batu) - (bahan A)
Bawang Holland (potong gelang atau hiris ikut suka kemudian ceraikan ulasnya)
Cili kisar
Kentang - potong memanjang macam tu widges kat fast food restoran
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula
Kayu manis, cengkih, bunga lawang, buah pelaga (bahan B)
Sedikit biji lada putih, lada hitam dan biji ketumbar ditumbuk (bahan B)
Atau nak senang beli jer peket segera sup tulang Adabi
Sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah
Dan... kicap pekat manis, jenama ikut kebiasaan masing-masing

Cara Memasak :

Tumis bahan A dan bahan B sehingga naik bau.

Masukkan ayam dan kacau. 

Masukkan air asam jawa.

Masukkan cili kisar.

Masukkan air dan biarkan ayam mendidih sehingga airnya menjadi sedikit. Tambah air jika ayam belum masak dan ulangi proses ini sehingga ayam hampir masak.

Masukkan kentang.

Garam dan gula, tentunya jangan dilupa.

Apabila kentang sudah lembut, masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah dan perlahankan api.

Setelah kuah menjadi pekat dan tinggal sedikit, masih lagi dengan api perlahan, tambahkan kicap pekat manis dan ulas bawang Holland yang dah diceraikan itu. Kacau sehingga semuanya sebati tetapi jangan sampai bawang Holland itu layu sangat. 

Padamkan api dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih.

Mudahkan? Nak copy paste dipersilakan, tapi jangan lupa nyatakan sumbernya dari blog ini ya! Tertakluk kepada resepi masakan sahaja, tidak kepada entri yang lainnya. Oh ya, kalau nak masukkan cili kisar sekali tumis dengan geng bawang pun boleh. Saya guna cili kisar sebabnya cili merah tak ada.

Selalunya emak saya akan masukkan hirisan bawang Holland tu sekali dengan cili merah yang dipotong serong selepas menambahkan kicap.      

 

 

   
      

 

No comments:

Post a Comment