Satu kerja tujuh ratus, bersamaan +- 2 juta rupiah. Cari maid selain Indonesian lah. Cukup-cukuplah lambakan drama yang terang silau mata banyak adegan bodoh tu ditayang di tv kita. Maaflah ya, nampak kasar sikit tapi kalau kita amati betul-betul...saya lebih rela tengok filipina drama berbanding Indonesian drama.
Tak masuk akal sungguh. Dari pihak mereka, sudah tentu itu cara untuk mengelak rakyat mereka didera berdasarkan kes-kes sebelum ini. Tetapi di pihak kita, ianya memang membebankan. Bukan semata-mata isu mampu tak mampu dari segi kewangan, ada keluarga besar dan rumah besar bergenerasi dari datuk nenek ke cucu tinggal sekali dan memerlukan lebih dari seorang pembantu. Apatah lagi suami isteri berkerjaya dan punya anak-anak kecil.
Bayangkan kalau masak saja kerjanya, takkan tak dibasuh pinggan mangkuk, tak dihidangkan makanan tu, habis tu dia duduk rumah tu sekali, pembantu tu kena basuh sendiri bajunya, makannya? Kalau dapur bersepah tak payah sapu? Dengan alasan dia cuma memasak saja kerjanya. Tak masuk akal. Baik buat sendiri kan?
Dibandingkan dengan gaji RM 700 di Malaysia ini, contohnya seorang juruwang di sebuah kedai runcit mini...bukan hanya kerja cashier saja dia perlu buat, tapi dia juga perlu susun barang, mop lantai, cuci tandas, masuk stor. Saya cakap berdasarkan pengalaman saya yang pernah bekerja sebagai cashier dahulu. Bahkan saya pernah kerja di pasar borong dari jam 3 pagi sehingga lewat petang kadang ke malam sebabnya bukan hanya kerja cashier dan kedai sahaja, tetapi disebabkan kekurangan pekerja, sampai ke Pasar Borong Selayang beli sayur untuk kedai majikan. Tapi gaji RM700 juga. (kenangan dulu-dulu...)
Basic gaji seorang pemandu lori pun ada yang cuma RM 700, kerja dari pagi ke malam. Tambahan kepada RM 700 itu trip perjalanan.
Kalau saya di pihak majikan, saya tidak setuju dengan syarat satu kerja RM 700. Dan bersyukurlah kepada mereka yang punya isteri surirumah. Hargai mereka. Mereka membuat kerja-kerja rumah yang tidak pernah ada kesudahannya ditambah dengan karenah anak-anak malah kadang-kadang karenah suami juga. Ada isteri yang bekerja lumayan gajinya, terpaksa berhenti kerja demi anak-anak.
Taraf hidup yang semakin meningkat di negara kita ini memang kebanyakannya memerlukan pembantu rumah. Tapi kalau satu kerja RM 700?
No comments:
Post a Comment