Wednesday, May 9, 2012

AWAS!!!!

Walaikumussalam Nong... tidak sempat tau sebabnya ada perhimpunan Bersih 3.0 diadakan di sekitar Kuala Lumpur. Sekurang-kurangnya Nong saya dan mama puas bershopping tudung di Jalan Masjid India (JMI), Jalan Bonus beberapa hari sebelum Bersih 3.0. Lagipun alternatif lain untuk cari tudung jubah kain itu boleh juga di Mydin Mall dekat Subang sana. Ada rezeki dan kesempatan akan dibawa juga tu mama, barangkali sekali dengan semperiding besar di Jalan TAR nanti, INSYAALLAH.

Memang bikin takut, terkejut jugalah, bukan tentang Bersih 3.0 tapi tentang penunggang motosikal yang meragukan itu. Kawan suami saya bercerita tentang pasaraya yang baru dibuka itu. Secara kebetulan suami melalui kawasan pasaraya NSK yang terletak di Sentosa, Klang dan mendapati banyak kawasan parkir kereta penuh. Saya dan suami yang selesa bermotosikal tidak melepaskan peluang menjenguk NSK, memang murah ada harga borong dan runcit... cuma dari segi pakaian itu tidak banyak pilihan. Baru buka bah, mungkin lama- kelamaan tu banyak juga pilihan pakaian tu.

Biasalah pengguna motosikal selalunya akan cilok untuk LALUAN PANTAS (macam bahasa GPS pula). Bahagian belakang pasaraya NSK tu dekat dengan kawasan perumahan. Jalan lengang hanya kami sahaja tidak ada kenderaan lain kelihatan. Tiba-tiba terdengar suara keras motosikal dari arah belakang semakin mendekati kami. Spontan saya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena. Jarak hanya beberapa langkah sahaja... penunggang motosikal tidak berhelmet itu semakin menghampiri kami. Nasib baiklah saya tidak sling bag seperti selalu... saya letakkan di hadapan perantaraan saya dan suami, dan saya sorokkan (banyaknya saya).

Saya melihat ke belakang bertentang mata dengan penunggang motosikal itu, barangkali dia juga terkejut kami perasan dengan kehadirannya... cepat sahaja dia turn motosikalnya menghala ke tepi kiri arah laluan bertentangan dan menyusup masuk ke kawasan perumahan. Fuh! Selamat! Kami tidak jadi cilok, kami keluar semula ke jalan utama dan meneruskan perjalanan ke rumah. Pantas saya terbayang cota dan wisel. Seringkali adik saya mengingatkan kalau berkereta pastikan sekurang-kurangnya ada sebatang kayu untuk pertahanan diri. Palis-palis bilang orang tua kita kan Nong, tapi ada betulnya kata adik saya itu. Sudah tentulah dia berkata seperti itu, sudah namanya polis...

Oh ya, cota yang saya bayangkan seperti payung lipat tu...tangkainya boleh dipanjangkan / macam ariel radio. Letak di bakul motosikal kan... ada banyak dijual di pasar malam. Wisel pula untuk menarik perhatian sekeliling.
Cuba kau fikir logik bah Nong... kalau di jalan raya time sesak, peak hour  memang motosikal yang akan ke hadapan berdekatan lampu isyarat, rapat-rapat pula tu kan. Itu logik di akal jugalah, tapi kalau jalan lengang... apahal mau rapat-rapat dengan kita macam penunggang motosikal tu... walaupun agak gelap disebabkan waktu malam dan tidak semua lampu jalan berfungsi... saya tetap ingat muka penunggang motosikal itu.

Segera ingatan saya menerpa satu kejadian di KL Sentral. Saya dan mama sedang berjalan melintasi Mc D. Keadaan lengang masa tu, spontan terdengar suara orang berlari di belakang, saya melihat ke belakang dan cepat-cepat menarik mama saya ke tepi. Sebabnya seorang Negro sedang dikejar oleh orang ramai (entah apalah yang dibuat Negro itu...).

Tajuk AWAS!!!! di atas tu ditujukan untuk diri sendiri, supaya saya ini mengutamakan keselamatan diri sewaktu berada di luar rumah. Ya Allah ya Tuhanku... lindungilah hambaMu ini daripada segala jenis kejahatan di muka bumi ini, sama ada kejahatan nampak dan tidak nampak, amin...

Sekian dulu ya Nong, moga berjumpa di lain lembaran.

salam sayang,
monalizahrais

 






 

No comments:

Post a Comment