Friday, April 7, 2017

SCAMMER

Assalamualaikum…


Salam Jumaat, cuaca di luar rumah panas, cerah. Duduk dalam rumah pun terasa panas, bahang matahari tu. Tapi dalam hati tak boleh panas-panas, kena cool selalu. Bawa bertenang dan jangan marah-marah. Antara benda paling susah nak buat, bersabar, sesukar menahan senyum, kita rasa lucu sangat tapi tak boleh senyum sebabnya kurang sesuai dengan suasana pada masa itu. Kita rasa marah sangat, tapi kita tak boleh marah sebabnya tak sesuai untuk marah-marah pada ketika itu.


Semalam sebelum tidur, jalan-jalan sekejap di social media – fb. Ada satu dapatan menarik, Sindiket menyamar ‘pegawai Maybank’ curi duit. Poin menarik – spoofing, panggilan VOIP (voice over internet protocol), akaun pihak ketiga. Huraian berita ada di akhbar online. Tak perlu saya ulang tulis, kita masing-masing ada capaian internet di smartphone.
Membuatkan saya teringat beberapa panggilan yang tidak dikenali sepanjang minggu lepas membawa ke minggu ini.


Si pemanggil misteri beritahu suami saya ada hutang tertunggak, nama dah blacklist, mahkamah akan saman, semua akaun suami akan dibekukan, mereka akan datang rumah untuk sita barang-barang di rumah kami. Sekiranya kami tak bayar 18K.


Saya tanya ini panggilan dari mana, dan cik nama apa? Dia balas panggilan dari jabatan akaun Bank Negara Malaysia katanya. Nama dia tak cakap.


Kemudian saya tanya hutang apa sampai tahap blacklist bagai nak saman sita suami saya? Cik dapat nombor saya dari mana? Mula-mula dia cakap sebab suami saya tak habis bayar motosikal, masa tu suami saya dekat Johor.


Saya balas – cik, waktu suami saya di Johor kami tak pernah jumpa lagi, masing-masing masih bujang, so awak dapat dari mana nombor telefon saya ini?


Dan seterusnya saya sendiri tak larat cerita semuanya, tulis taip dekat sini – secara ringkasnya dia ugut kami bayar 18K, berulang-ulang tanya kami duduk mana, dan berulang-ulang menyebut nama Bank Negara. Akhirnya saya minta nombor rujukan, nama dan tempat untuk pengesahan info sebab sekarang ada banyak penipu. Saya direct cakap gitu. Sampai ke hari ini senyap, tiada lagi panggilan.


Entahlah di masa hadapan, tapi lepas ni apa-apa call dari nombor selain yang ada dalam contact, tak perlu sambut. Zaman sekarang bermacam cara orang nak tipu kita. Ingatan untuk diri saya sendiri terlebih dahulu…walaupun saya orang drama, dan kalaupun tuan-tuan dan puan-puan suka sangat tengok drama lentok cintan cintun tu…sesekali tontonlah drama jenis thriller/aksi. 

Criminal mind, CSI Cyber, Hawaii 5 –O, Macgyver dan yang sewaktu dengannya. Tak rugi, untung lagi ada. Sekurang-kurangnya kita dapat ‘membaca’ niat tak baik si penipu. Tak mudah menggelabah. Serupa pejuang MLM… puak-puak penipu ini sememangnya sangat pandai berhujah, level yakin dia tu tahap maksimum.


Peranan kawan-kawan yang boleh dipercayai. Walaupun saya dah tahu panggilan itu scammer, tapi untuk menyedapkan perasaan sendiri yang berdebar-debar juga sebenarnya… saya cepat-cepat tanya di group whatsapp. Rupa-rupanya kawan satu group pun pernah dapat call begitu. Bila kita dah sharing kebimbangan kita tu, dah tentu-tentu rasa lega.

love,
monalizahrais
Bt.3 Jln Kapar, Klang
Selangor
7 April 2017 Jumaat

Thursday, April 6, 2017

APP EMOJI PART 2

Assalamualaikum…


Di luar rumah redup, mendung namun di dalam hati cerah terang tapi sejuk damai gitu. Ha! Maksudnya apa? Anggap saja kita sedang duduk-duduk rehat di pangkin. Pada waktu tengah hari dalam cuaca yang panas terik. Nak senang faham – duduk di pangkin tepi sawah padi. Dekat pangkin tu pula ada pokok besar, rendang, angin bertiup lembut sampai tahap mata berat nak tidur sangat-sangat!.Kena pula tu baru lepas makan tengah hari, berlauk kampung aduh. (Eh, tersasul sekejap, hihi… ter… merepek kerepek sekejap) Pangkin dalam bahasa Sabah kami sebut sulap.


Untuk cerita App Emoji part 2 saya ingin berkongsi satu dapatan menarik. Tuan-tuan dan puan-puan boleh klik www.sujood.co
Saya dapat  melalui rakan fb. Kita just pilih/klik emosi kita dekat petak (Select Emotion) dan akan keluarlah ayat al-Quran dan doa yang berkaitan dengan emosi kita tu.



@’kegilaan emosi’@

Ingat lagi tak cerita saya tentang kelas Improvisasi Gerak Lakon tu? Bahagian kami berlatih mimik muka/miming. Ada dalam cerita App Emoji. Saya tak akan ulang cerita cuma kali ini saya sambung sedikit lagi. Perasan tak, kita jalan-jalan shopping dekat Jalan TAR ada waktunya kita ternampak ‘orang gila’ yang bercakap-cakap sendiri, ketawa sendiri-sendiri, hanyut lemas dalam dunia ciptaan dia, tak peduli orang sekeliling. Ada yang berpakaian sempurna tak kurang juga yang bogel pun ada. Di luar jangkaan, kita yang lalu lalang kadang disergah dikejar tiba-tiba.


Bukan hanya ada di Jalan TAR, setiap kali saya balik kampung halaman pun ada orang jenis macam ni. Merayau tanpa tujuan. Melayan ‘kegilaan’ emosi. Kesian menengoknya. Entah apa kisah hidupnya yang membuatkan dia jadi begitu. ‘Kegilaan emosi’ yang penuh warna warni malah tak ada warna pun ada, inilah yang menjadi antara ramuan pembelajaran kita sepanjang saya menjadi student teater. Saya teringat cakap my lecturer – kita ini dengan ‘orang gila’ ada sikit beza jer… yang ‘orang gila’ tu dah sah ‘gila’, kita orang teater normal banding dia.


Kita bagi satu contoh.  Katakan kita nak buat show jenis komedi – dah tentu-tentu kalau di pihak penulis skrip akan memikir ayat-ayat lucu. Gigih menggagau ayat-ayat ‘punchline’.  Yang si pelakon perlu menjiwai/buat research watak untuk menjadi seorang yang lucu yang boleh membuatkan penonton gelak ketawa. (Bukan sesuatu yang mudah membuatkan orang lain ketawa). Yang si tukang prop dan set kalau watak badut takkan bagi pakaian ala-ala Neelofa, nampak sangat tak kena. Badut, semua orang pun tahu badut itu apa. Sebut badut je, saya percaya spontan muncul ‘gambar’ badut di ruang fikir tu. Saya tak perlu letak gambar badut orang tahu dah.



@program motivasi@


Oklah, lagi satu saya nak cerita ada satu hari tu kebetulan saya cuti semester, balik kampung. Tiba-tiba saya mendapat jemputan jadi semacam fasilitator untuk satu program di sekolah rendah di kampung saya. Saya dah lupa nama program tu lebih kurang program motivasi untuk pelajar tahun 6, persediaan UPSR.


Hendak menolak, serba salah dibuatnya. Yang menjemput ini guru kelas kita masa sekolah rendah dulu. Itu ini begitu begini, saya ‘terpaksa’ setuju. Saya rasa saya tak layak sangat untuk beri motivasi dekat budak-budak tu, masa tu saya di tahun kedua di UM.
Rasa terhutang budi sangat-sangat dengan cikgu yang menjemput kita. Dia seorang cikgu yang berjiwa ibu bapa. Selama menjadi muridnya, kita rasa seperti sedang dididik oleh mak bapa kita sendiri.


Ok, hari yang mendebarkan hati pun tiba. Ada 4 kumpulan pelajar setiap satunya ada seorang fasilitator. Yang 3 kumpulan lain kebetulan kawan-kawan saya yang juga sedang bercuti semester. Tapi universiti lainlah. Kami disuruh buatlah apa-apa yang patut slow talk ke, bagi cerita motivasi ke, janji budak-budak tu termotivasi. Aduh, saya dari mula dapat surat jemputan blur tak tahu nak buat apa.


Akhirnya saya buat begini – saya dapat idea dari kelas Improvisasi Gerak Lakon. Cuma saya ubah sedikit. Dalam kelas kita berlatih miming/mimik muka berselang seli sedih, marah, menangis, ketawa berulang-ulang, di program ini saya suruh budak-budak buat bunyi binatang. Mula-mula saya suruh budak-budak tu kenalkan diri masing-masing, nama, bilangan adik beradik, bapa kerja apa dan duduk dengan siapa. Budak kampung, majoritinya miskin, ada yang ditanggung nenek, ada anak yatim, ada anak yatim piatu, kecuali seorang yang bernasib baik, anak cikgu. Sedih pun ada, dengar/tengok budak-budak tu bercerita tentang diri masing-masing. Tu belum tengok baju lusuh, kasut koyak rabak lagi. Aduh, meruntun jiwalah pula.


Next, bahagian terbaik – buat bunyi binatang. Macam-macam bunyi saya suruh buat – ayam berkokok, kucing mengiau, anjing menyalak, kambing mengembek, bunyi lembu, bunyi katak  dan… yang lain sudah lupalah. Berselang seli dan berulang-ulang lebih kurang 10 minit gitu. Team saya paling riuh, dan budak-budak ini sangat cemerlang, buat sungguh-sungguh, jerit sungguh-sungguh sampaikan semua orang tertumpu dekat my team, hihi… (angkat bakul sendiri nampak).


 Mula-mula debar, dah join program rasa seronoklah pula. (nasib baik saya cuma suruh buat bunyi binatang saja, ikutkan hati suruh lakonkan terus… hahaha…yalah dalam teater kanak-kanak kita bagi contoh katakan kita bawa watak kucing, takkan duduk-duduk saja atas pentas buat bunyi kucing? Dah tentu tak logik, kenalah gerak untuk penguasaan pentas, kalau tak gerak silap-silap penonton baling botol kat kita atau paling koman pun kena boo…)



@tahajud@


Merujuk kepada diri saya sendiri, tak mau cakap orang lain… bukan sesuatu yang mudah untuk berdoa sungguh-sungguh, sepenuh hati sambil menitiskan air mata. Kerana ini bukan lakonan yang dibuat-buat di atas pentas atau di dalam kelas… kita menghadap Tuhan Yang Satu. Bukannya saya tak pernah menangis sewaktu berdoa di dalam solat… tapi untuk solat tahajud, sungguh ianya perlukan keazaman, kesungguhan, ikhlas, rendah hati (dan yang lain-lain yang sewaktu dengannya) kita untuk melakukannya, dari sudut hati kita yang paling dalam, yang paling eksklusif. Terlalu banyak lompang, kekurangan dalam diri saya sendiri yang perlu diisi dengan makanan rohani.


Ada satu ingatan menerpa di ruang fikir saya… masa sekolah menengah saya duduk asrama dari tingkatan satu sampai tingkatan enam. Selalu ada program motivasi bacaan Yasin, solat hajat, solat tahajud berjemaah di surau asrama. Terus kepada poin utama – seawal 3 pagi dengan perasaan mengantuk yang amat kami gerak menuju surau, solat tahajud/hajat ramai-ramai. Imam yang memimpin seorang senior. 


Bahagian terbaik – sewaktu doa dibacakan imam, mula-mula ok lagi, rasa biasa saja, semakin lama semakin menusuk jiwa, meruntun perasaan, hilang terus rasa mengantuk tadi tu berganti perasaan syahdu, kesudahannya apalagi… ‘banjir lah’, menangis sungguh-sungguh, spontan tanpa paksaan. Ketika itu seperti ada satu beban berat terangkat dari bahu, rasa tenang amat.



@anak buah@


Ada seorang anak buah saya, perempuan, garang sangat, kalah budak lelaki. Anak adik saya. Sekarang dia dah tadika dah. Dia punya jerit, marah, menangis memang tahap otai punya. Bahagian tantrum dia tu, memang menguji kesabaran mak dia. Dengan saya sekali anak buah ni balun marah, tapi kita tak balaslah, ignore kan saja. Selesai dia melayan mood tantrum dia tu, dah ok. Tak adalah garang sangat.


Sekali bapa dia balik rumah, tegur sikit jer pun… pukul pun tidak, tapi anak buah tu punya nangis aduh… nangis sungguh-sungguh, saya cakap macam ni – anak buah saya ni seperti durian (kebetulan masa tu musim durian di kampung). Di luar berduri tapi di dalam hati lemak manis.


Nampak garang tapi dalam hati lembut. Bapa dia tu cakap sikit je, terus terasa,dia punya soft spot agaknya.


App emoji, kita adalah pengurus kepada emosi kita. Kita sendiri yang tentukan ‘setting’ emosi kita, nak pakai emosi yang mana? Gagal mengurus emosi… ah itupun kau tahu apa jadi lepas tu, tak perlu saya cerita panjang-panjang. Tu belum masuk bab ‘mind set’ lagi tu. Saya bukan pakar psikologi, semua tulisan di atas ditulis berdasarkan sedikit latar belakang pendidikan saya dalam bidang teater, ada ramai lagi orang hebat di luar sana. Anda bebas untuk setuju/tidak setuju dengan tulisan ini. Kalau rasa tak puas hati sangat atau marah membaca tulisan ini… atau rasa nak tumbuk…pun boleh, tumbuk je lah, tapi tumbuk kat dindinglah jangan tumbuk saya pula, hihi…gurau sikit.

love,
monalizahrais,
Bt.3 Jln Kapar, Klang
Selangor
6 April 2017 Sabtu

Friday, March 17, 2017

PERANG SIBER




Assalamualaikum…


Semalam dan hari ini saya jadi keyboard warrior sekejap. Berperang di laman maya – social media facebook. Tidak berniat mencari musuh, sekadar ‘berterus terang’ memberi sedikit ‘amaran’ terhadap si penjual online yang menjual produk ketat, kuat, teruna, dara dan yang sewaktu dengannya. Dah dia jual barang gitu, melucah di wall fbnya, tag kita pula. Nasib baik saya dah setting siap-siap tagging fb, kalau tak maunya penuh wall fb saya semacam papan iklan percuma, penuh iklan produk lucah dia tu.


Kita just bising-bising dekat si penjual produk lucah tu. Teruk sangat marketing dia tu, kalau ya pun jual produk untuk kegunaan suami isteri…takkanlah sampai tahap share gambar dan video bercium berpeluk dan… kau tolong sambung, tak larat saya nak sebut. Agak-agaklah kalau nak beriklan pun, dalam fb friendlist saya dan awak tu ada banyak anak-anak remaja tau. Anak-anak awak tu pun dah remaja. Takkanlah anak-anak awak tu tak ada fb.


Kadang-kadang yang menjual peralatan ‘sex toys’ (maaf cakap ya) ayat-ayat dia lagi sopan santun. Dia just tulis gini – untuk suami isteri saja, untuk keterangan lanjut sila pm. Orang dah faham sangat, lebih dari cukup dah. Tapi yang jual jamu/krim ketat kuat sendat etc tu… ya ampun ayat-ayat marketing tu lucah yang amat. Haduh cik kak…garu-garu kepala kita ya…kalis malu sungguh dia tu…tapi dijentik sedikit ditegur…sensitif juga ya. Tahu pula marah, hihi…


Zaman sekarang memang kita tak dapat pantau 100% apa yang dipandang oleh anak-anak remaja kita, tapi kita yang dah dewasa ini kalau pun tak dapat jadi contoh terbaik untuk mereka, janganlah jadi ‘ejen’ lucah pula. Nak jual barang tu jual je lah. Sampai part cerita-cerita dalam kain … inbox dan whatsapp kan ada. Ala-ala personal konsultan gitu. Dah ada customer beli barang, sambunglah mesej dekat inbox/whatsapp tu, kalau betul kita jual barang sebab nak membantu, lepas customer beli barang dan dia puas hati, dah tentu-tentu akan repeat order. Dan jagalah hati pelanggan tetap tu. Takkan itupun awak tak tahu buat?


Ada dalam jangkaan, sebaik saja saya up status ‘perang’ produk lucah tu… akan ada yang salah faham. Dan kita pun up status baru bagi jelas terang silau mata kita tak kondem/benci peniaga online, kita just marah dengan penjual produk lucah tu. Apahal saya nak kacau peniaga online, sedangkan beli tudung kain etc pun saya rujuk online dulu? Kena baca betul-betul status yang ditulis, hadam betul-betul.


¼   friendlist fb saya penjual online. Di Instagram… lebih separuh follower saya pun peniaga online. Tak ada masalah, saya selalu tengok Ig/fb diaorang…seronok tengok. Yang bikin kita panas hati, bab benda-benda dalam kain kau iklankan tanpa segan silu, dengan muka tak tahu malu, lepas tu tag kita sesuka hati. Tak bestlah macam tu beb. Nak meniaga tu, jangan sampai hilang rasa malu, kita ini Malaysian, bukan warganegara Uncle Sam. Kita masih terikat dengan adap sopan, bercakap yang baik-baik malah nak menegur pun cara yang baik-baik, beralas berlapik bagai, itu pasal wujud segala macam pantun gurindam pepatah kiasan tu. Punyalah nak menjaga adab. Sampai tahap biar mati anak, jangan mati adat. Ha! Nampak tak? Kalau tak faham lagi… mohon terjun dalam sungai.


Sekali sekala buat status tajam… jadi penyengat kasi lebam sikit hati dan telinga dia tu. Takkan kita jadi bom atom pula kan.


Next, ada di dalam jangkaan juga, susulan status tajam itu, ada yang unfriend, friendlist saya kurang, Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya saya tak perlu jadi saksi tanpa rela menatap baca produk lucah tu. Tujuan saya join fb bukan tentang banyak sedikit friendlist yang ada, sekadar suka-suka, mencari-kumpul-buat resepi dan info-info berkaitan kesihatan. Kita tiada masa memikir melayan benda-benda karut marut yang kebudak-budakan itu. Alangkan kerja saya sendiri pun saya terhegeh-hegeh nak menyiapkan, tidur tak lena, makan tak makan dibuatnya, mana ada masa melayan benda-benda gitu.


Sempena hari Jumaat yang mulia ini, semoga hidup kita baik-baik saja. Jom kita sama-sama ambil yang jernih, buang yang keruh. Semoga semua urusan seharian saya dan kamu semua berjalan lancar dan dipermudahkan.

love,
monalizahrais
Bt.3 Jln Kapar, Klang
Selangor
17 Mac 2017 Jumaat




Thursday, March 9, 2017

DELETE


Assalamualaikum…


Cuaca di luar rumah agak mendung, cuaca di hati tetap cerah, tenang, damai. Mana boleh tak letak cuaca itu satu kemestian, memudahkan mood menulis di pihak saya –bermula dengan ayat yang baik-baik dan mungkin sebagai penenang di pihak pembaca. Semacam niat +- begitulah. Tak best tulis guna ayat skema, sekadar tulisan di blog ini untuk santai-santai. (maknanya akan ada banyak kesalahan tatabahasa, cara tulis lagi-lagi kalau yang membacanya jenis peka benda-benda begini @ ini ‘mimpi ngeri’ untuk guru Bahasa Melayu hihi…jangan marah ye cikgu, nanti kena jual)


Tiba-tiba orang datang dekat kita marah-marah bentak suara tinggi dah tentu mood kita spoil, rasa tak best je. Tapi kalau datang dengan cara baik cakap pun baik-baik even kita tengah moody pun jadi baik kejadiannya.


Oklah, done mukadimah di atas. Focus tajuk delete. Semalam lebih sejam kerja saya delete saja. Apa yang didelete? Segala macam photo/info grafik, video yang dihantar melalui whatsapp group. Jumlah semuanya lebih 1000 pcs itupun tak siap lagi. Sampai tahap tak larat nak delete dah, banyak sangat, smartphone kita jadi berat jadinya. Sejak beberapa hari ini kita perasan kita guna phone segala-galanya agak slow. Tanda-tanda nak ‘hang’ tu. Itu pasal gagah mendelete. Kapasiti smartphone saya tak banyak –  SD card cuma 8GB vs  internet plan saya ambik sebulan RM68 (10.5 GB – SuperDeals). Digi. Saya install dan gunapakai aplikasi Facebook, Instagram dan Whatsapp. Cukup-cukup sudah tak mau banyak-banyak, sakit kepala kita dibuatnya.


Saya teringat ada satu portal hiburan – David Beckham dan isterinya Victoria mengupah pekerja hanya untuk buka hadiah Krismas saja. Banyak sangat hadiah, tak larat buka sendiri. Entah-entah untuk balas ucapan kad perayaan agaknya pekerja juga yang buat. Itu selebriti. Sekarang… aplikasi teknologi maklumat ini membuatkan kita semua dah jadi ‘selebriti’ segera. Tak pelik sangat melihat timbunan mesej dalam smarphone. Pandang pun tidak agaknya, tak larat nak melayan dah, kerja utama tak siap jadinya.


Saya tak pernah request masuk mana-mana whatsapp group, semuanya jadi begini –  tiba-tiba je smartphone bunyi, mesej menderu rupa-rupanya friends/family dah add nombor kita dalam group. Kalau kita tiba-tiba leave/keluar dari group, lain pula isu yang timbul, dicarinya kita dekat fb/mesej personal. Dianggapnya kita tersinggung dengan si polan itu si polan ini, walhal sebenarnya kita inginkan privacy, tiada masa kita membaca mesej group yang seakan tiada penghujung itu. Ditambah lagi dengan ‘blue thick’ lagilah parah, padahal kita cuma open mesej dan terus tekan back.


Sebaliknya jika kita ‘minta kebenaran’ untuk leave/keluar group dengan alasan klise –telefon rosak, pun jadi satu hal juga. Ditunggu dan dicari kita di lain media – fb, ig, mesej personal jadi sasaran, siap kena call pun ya hihi…nak tukar nombor telefon pun tak kena juga, sebab nombor yang ada sekarang dah pakai lama melebihi 10 tahun, sayang nak tukar, menyukarkan banyak urusan penting sebenarnya. Kita guna nombor satu je untuk semua urusan penting/rasmi dan peribadi.


Nasib baik facebook tak macam app whatsapp – tidak memberatkan smartphone kita. Kalau tak, hmmm… bayangkan ada banyak tawaran GB di luar sana mencecah ribuan malah jutaan GB agaknya, untung banyak si penjual gajet. Sekejap, apa maksud GB ya?. Maksud saya ‘nama penuh’ GB tu. Selama ni saya tahu sebut je – GB, KB, MB – ukuran untuk  data usage. Yang saya faham analogi – KB (sentimeter), MB (meter), GB (kilometer).  KB (mini van), MB (lori satu tan), GB (lori kontena).


Semalam saya whatsapp adik, bertanya kalau-kalau ada cara nak adjust whatsapp bagi kurang berat smartphone tu – so kita tak perlu leave/keluar group whatsapp guna alasan klise, sebenarnya tak tahu nak beri alasan apa yang sesuai haha…
Sebab si adik guna Iphone vs saya guna jenama Acer… si adik screenshot lah cara-caranya dalam Bahasa Melayu pula tu aduh!.Dia setting telefonnya guna BM. Ambik masa juga nak hadam apa yang dia screenshot tu. 


Dari mula saya kenal benda alah telefon (tahun 2000 model Nokia 3310 yang legend itu) membawa ke smartphone Acer yang saya guna sekarang ini… ‘bahasa’ telefon selain Bahasa Inggeris susah sangat saya nak faham. Contoh untuk perkataan ‘mesej suara sentiasa dimuat turun secara automatik untuk pengalaman komunikasi yang terbaik’ – saya lebih faham begini, - ‘Voice messages are always automatically downloaded for the best communication experience.


Diringkaskan cerita, saya pergi dekat settings di aplikasi whatsapp, kemudian adjust apa-apa yang saya nak. Ikut smartphone masing-masing. Main poin sama, beza pada ayat. Saya pilih document, photo dan audio saja yang automatic download. Kecuali video sebab video banyak sangat data dipakai – GB. Document, photo dan audio setakat KB saja.  Dapat jimat mobile data smartphone kita, berbaloi pun ya.


Bukan saya seorang yang terkena begini, malah dekat wall fb saya pernah terbaca ada rakan mengeluh, dia tak larat baca setiap mesej, akhirnya dia  ‘mute’ setahun group yang dia join/tiba-tiba di add. Saya sendiri ada beberapa group whatsapp yang saya ‘mute’ setahun. 


Kita diikat sungguh oleh teknologi ini, kita membazir banyak waktu sebab-sebab hal yang begini. Apa nak buat, kita dah masuk dalam ‘blackbox’ teknologi maklumat di hujung jari. Hanya mampu memperlahankan/memilih yang kita hendak saja. Atas diri sendiri, pandai-pandailah urus.


Next, kita cuba reversed isu ini/berfikir terbalik. Sebaliknya situasi ini sangat bagus untuk peniaga online. Free marketing. Tak perlu saya tulis panjang-panjang tentang ini, kita sama-sama tahu. 

Baiklah, kita stop sini dulu, nanti  kita sambung lain tajuk di lain waktu.

love,
monalizahrais
Bt.3 Jln Kapar, Klang
Selangor
9 Mac 2017 Khamis

Tuesday, March 7, 2017

'APP EMOJI'

Assalamualaikum…

Di luar rumah mendung, dalam hati cerah, ceria. Seminggu di bulan Mac, apa khabar azam 2017? Sedang berjalan lancar atau ada tanda-tanda merudum? Soalan untuk diri sendiri. Sendiri tanya, sendiri jawab.

M*******p saya ‘beku’ sekejap. Kadang-kadang perasaan kita seperti ombak, ada masa tenang, di lain hari bergelora (amboi-amboi ayat…). Sekarang sudah masuk ‘app emoji’ tahap ‘ombak rindu’ – masa untuk ‘mencairkan’ m*******p, InsyaAllah pulun balun belasah sampai siap. Kena jadi ‘air terjun’ kot, bagi meluap-luap perasaan tu.  Buat sampai jadi. Sebelum tu menyelit sekejap di blog, ‘lapor diri’ tulis entry untuk bulan Mac 2017.

Bercerita tentang ‘app emoji’, saya teringat sesuatu sewaktu zaman study di UM, dalam kelas Improvisasi Gerak Lakon. Ingatan tentang ini menjentik ruang fikir ketika saya duduk-makan-minum-lepak di restoran bersama suami.

Kita sama-sama tahu, bukan perkara luar biasa melihat seseorang menatap baca smartphone atau buku sambil ketawa, menangis, tersenyum-senyum atau marah atau seperti sedang membaca jampi serapah pun ya, – reaksi spontan. Ianya bukan reaksi yang dibuat-buat atau disengajakan. Smartphone/buku itu sendiri pemangkin emosi kita, tanpa kita sedari. Zaman sekarang, saya percaya kebanyakan kita lebih selesa melayan smartphone berbanding bersosial secara ‘live’. Tapi bukan ini yang ingin saya ceritakan.

Flashback/throwback – ada satu hari dalam studio/blackbox a.k.a kelas kami, lecturer suruh buat begini – kita pandang cermin dan berlatih miming/mimik muka (mengikut istilah facebook – meme) dalam beberapa minit. Lecturer suruh menangis dan kita pun menangislah, kena buat sungguh-sungguh ikut berapa minit/saat sampai lecturer puas hati, kemudian dia suruh kita ketawa pula sungguh-sungguh dan seterusnya sekejap kita menangis, ketawa, marah, sedih berselang seli dan berulang-ulang di hadapan cermin sampai our lecturer puas hati.

Kau bayangkan kau baru lepas menangis sampai keluar air mata (dah dia suruh buat sungguh-sungguh) lepas tu kena tukar ‘setting’ emosi tu nak kena gelak pula aduh? Gila tak gila awak? Nampak macam tak betul tak? Dari sudut pandang logik/realiti, memang nampak tak betullah kalau kita sekejap ketawa, menangis, marah dalam waktu yang singkat. Nasib baik ini kelas improvisasi, bukan saja-saja nak buat gitu.

Melihat reaksi orang lain yang ‘hanyut’ focus dalam pembacaan dia tu sama ada baca buku atau smartphone spontan saya teringat aktiviti miming tu. Beza pada pencetus emosi (bukan pencetus ummah ya) kami, bergantung kepada kekuatan imaginasi fikiran, penghayatan emosi itu sendiri. Sambil memandang cermin melihat proses miming. ‘Cantik’ atau tidak miming/mimik muka/meme yang terhasil.

Maksud ‘cantik’ di sini ialah kau punya sedih menangis tu memang tahap real punya, ada keluar air mata dari mata (bukan air mata eye mo atau sebab hiris bawang), hingus, suara meraung, bergetar bibir dan yang sepatutnyalah. Atau senang nak faham kalau orang depan kau tu tengah sedih pilu nangis lentok sungguh dengan kau sekali nak menangisnya. Macam terjangkit pula kan. Terkena tempias gitu.

Saya terfikir, kalaulah pada zaman saya study dulu tu sudah wujud segala macam social media ini, mungkin saya akan berlatih miming/mimik muka dengan menatap baca social media. Mungkin… sekadar membayangkan, haha…

Di fb ada satu bahagian ‘feeling/activity’ untuk menyatakan ‘app emoji’ kita menguatkan lagi post status dekat ruangan ‘What’s on your mind?’ itu. Ala… kau pun tahu tentang ini. Amat mudah menyatakan perasaan kau yang selalu sangat ‘jiwa kacau’ tu.


Hmm…apa lagi ya? Tapi kan… membaca tulisan dan berkata-kata itu banyak bezanya. Kalau ada 10 orang membaca status facebook yang sama, sudah pasti lain nada bacaannya apatah lagi sudut pandang dia tu, akan ada bezanya. Sekali lagi, kau pun tahu tentang ini.
Yang lain? Kau cari sendirilah, ok, setakat ini saja untuk petang ini, lain waktu cerita tajuk lain pula. Tata…

love,
monalizahrais
Bt.3 Jln Kapar,Klang
Selangor
7 Mac 2017 selasa