Assalamualaikum…
Salam Jumaat, cuaca di luar rumah panas, cerah. Duduk dalam
rumah pun terasa panas, bahang matahari tu. Tapi dalam hati tak boleh
panas-panas, kena cool selalu. Bawa bertenang dan jangan marah-marah. Antara benda
paling susah nak buat, bersabar, sesukar menahan senyum, kita rasa lucu sangat
tapi tak boleh senyum sebabnya kurang sesuai dengan suasana pada masa itu. Kita
rasa marah sangat, tapi kita tak boleh marah sebabnya tak sesuai untuk
marah-marah pada ketika itu.
Semalam sebelum tidur, jalan-jalan sekejap di social media – fb.
Ada satu dapatan menarik, Sindiket menyamar ‘pegawai Maybank’ curi duit. Poin menarik
– spoofing, panggilan VOIP (voice over internet protocol), akaun pihak ketiga. Huraian
berita ada di akhbar online. Tak perlu saya ulang tulis, kita masing-masing ada
capaian internet di smartphone.
Membuatkan saya teringat beberapa panggilan yang tidak dikenali
sepanjang minggu lepas membawa ke minggu ini.
Si pemanggil misteri beritahu suami saya ada hutang tertunggak,
nama dah blacklist, mahkamah akan saman, semua akaun suami akan dibekukan,
mereka akan datang rumah untuk sita barang-barang di rumah kami. Sekiranya kami
tak bayar 18K.
Saya tanya ini panggilan dari mana, dan cik nama apa? Dia balas
panggilan dari jabatan akaun Bank Negara Malaysia katanya. Nama dia tak cakap.
Kemudian saya tanya hutang apa sampai tahap blacklist bagai nak
saman sita suami saya? Cik dapat nombor saya dari mana? Mula-mula dia cakap
sebab suami saya tak habis bayar motosikal, masa tu suami saya dekat Johor.
Saya balas – cik, waktu suami saya di Johor kami tak pernah
jumpa lagi, masing-masing masih bujang, so awak dapat dari mana nombor telefon
saya ini?
Dan seterusnya saya sendiri tak larat cerita semuanya, tulis taip dekat sini –
secara ringkasnya dia ugut kami bayar 18K, berulang-ulang tanya kami duduk
mana, dan berulang-ulang menyebut nama Bank Negara. Akhirnya saya minta nombor
rujukan, nama dan tempat untuk pengesahan info sebab sekarang ada banyak
penipu. Saya direct cakap gitu. Sampai ke hari ini senyap, tiada lagi
panggilan.
Entahlah di masa hadapan, tapi lepas ni apa-apa call dari nombor
selain yang ada dalam contact, tak perlu sambut. Zaman sekarang bermacam cara
orang nak tipu kita. Ingatan untuk diri saya sendiri terlebih dahulu…walaupun
saya orang drama, dan kalaupun tuan-tuan dan puan-puan suka sangat tengok drama
lentok cintan cintun tu…sesekali tontonlah drama jenis thriller/aksi.
Criminal mind,
CSI Cyber, Hawaii 5 –O, Macgyver dan yang sewaktu dengannya. Tak rugi, untung
lagi ada. Sekurang-kurangnya kita dapat ‘membaca’ niat tak baik si penipu. Tak mudah
menggelabah. Serupa pejuang MLM… puak-puak penipu ini sememangnya sangat pandai
berhujah, level yakin dia tu tahap maksimum.
Peranan kawan-kawan yang boleh dipercayai. Walaupun saya dah
tahu panggilan itu scammer, tapi untuk menyedapkan perasaan sendiri yang
berdebar-debar juga sebenarnya… saya cepat-cepat tanya di group whatsapp. Rupa-rupanya
kawan satu group pun pernah dapat call begitu. Bila kita dah sharing
kebimbangan kita tu, dah tentu-tentu rasa lega.
love,
monalizahrais
Bt.3 Jln Kapar, Klang
Selangor
7 April 2017 Jumaat
No comments:
Post a Comment