Assalamualaikum…
Di luar rumah redup, mendung namun di dalam hati cerah terang
tapi sejuk damai gitu. Ha! Maksudnya apa? Anggap saja kita sedang duduk-duduk
rehat di pangkin. Pada waktu tengah hari dalam cuaca yang panas terik. Nak
senang faham – duduk di pangkin tepi sawah padi. Dekat pangkin tu pula ada
pokok besar, rendang, angin bertiup lembut sampai tahap mata berat nak tidur
sangat-sangat!.Kena pula tu baru lepas makan tengah hari, berlauk kampung aduh.
(Eh, tersasul sekejap, hihi… ter… merepek kerepek sekejap) Pangkin dalam bahasa
Sabah kami sebut sulap.
Untuk cerita App Emoji part 2 saya ingin berkongsi satu dapatan
menarik. Tuan-tuan dan puan-puan boleh klik www.sujood.co
Saya dapat melalui rakan
fb. Kita just pilih/klik emosi kita dekat petak (Select Emotion) dan akan
keluarlah ayat al-Quran dan doa yang berkaitan dengan emosi kita tu.
@’kegilaan emosi’@
Ingat lagi tak cerita saya tentang kelas Improvisasi Gerak Lakon
tu? Bahagian kami berlatih mimik muka/miming. Ada dalam cerita App Emoji. Saya
tak akan ulang cerita cuma kali ini saya sambung sedikit lagi. Perasan tak,
kita jalan-jalan shopping dekat Jalan TAR ada waktunya kita ternampak ‘orang
gila’ yang bercakap-cakap sendiri, ketawa sendiri-sendiri, hanyut lemas dalam
dunia ciptaan dia, tak peduli orang sekeliling. Ada yang berpakaian sempurna
tak kurang juga yang bogel pun ada. Di luar jangkaan, kita yang lalu lalang
kadang disergah dikejar tiba-tiba.
Bukan hanya ada di Jalan TAR, setiap kali saya balik kampung
halaman pun ada orang jenis macam ni. Merayau tanpa tujuan. Melayan ‘kegilaan’
emosi. Kesian menengoknya. Entah apa kisah hidupnya yang membuatkan dia jadi
begitu. ‘Kegilaan emosi’ yang penuh warna warni malah tak ada warna pun ada, inilah
yang menjadi antara ramuan pembelajaran kita sepanjang saya menjadi student
teater. Saya teringat cakap my lecturer – kita ini dengan ‘orang gila’ ada
sikit beza jer… yang ‘orang gila’ tu dah sah ‘gila’, kita orang teater normal
banding dia.
Kita bagi satu contoh. Katakan
kita nak buat show jenis komedi – dah tentu-tentu kalau di pihak penulis skrip
akan memikir ayat-ayat lucu. Gigih menggagau ayat-ayat ‘punchline’. Yang si pelakon perlu menjiwai/buat research
watak untuk menjadi seorang yang lucu yang boleh membuatkan penonton gelak
ketawa. (Bukan sesuatu yang mudah membuatkan orang lain ketawa). Yang si tukang
prop dan set kalau watak badut takkan bagi pakaian ala-ala Neelofa, nampak
sangat tak kena. Badut, semua orang pun tahu badut itu apa. Sebut badut je,
saya percaya spontan muncul ‘gambar’ badut di ruang fikir tu. Saya tak perlu
letak gambar badut orang tahu dah.
@program motivasi@
Oklah, lagi satu saya nak cerita ada satu hari tu kebetulan saya
cuti semester, balik kampung. Tiba-tiba saya mendapat jemputan jadi semacam
fasilitator untuk satu program di sekolah rendah di kampung saya. Saya dah lupa
nama program tu lebih kurang program motivasi untuk pelajar tahun 6, persediaan
UPSR.
Hendak menolak, serba
salah dibuatnya. Yang menjemput ini guru kelas kita masa sekolah rendah dulu. Itu
ini begitu begini, saya ‘terpaksa’ setuju. Saya rasa saya tak layak sangat
untuk beri motivasi dekat budak-budak tu, masa tu saya di tahun kedua di UM.
Rasa terhutang budi sangat-sangat dengan cikgu yang menjemput
kita. Dia seorang cikgu yang berjiwa ibu bapa. Selama menjadi muridnya, kita
rasa seperti sedang dididik oleh mak bapa kita sendiri.
Ok, hari yang mendebarkan hati pun tiba. Ada 4 kumpulan pelajar
setiap satunya ada seorang fasilitator. Yang 3 kumpulan lain kebetulan
kawan-kawan saya yang juga sedang bercuti semester. Tapi universiti lainlah.
Kami disuruh buatlah apa-apa yang patut slow talk ke, bagi cerita motivasi ke,
janji budak-budak tu termotivasi. Aduh, saya dari mula dapat surat jemputan
blur tak tahu nak buat apa.
Akhirnya saya buat begini – saya dapat idea dari kelas
Improvisasi Gerak Lakon. Cuma saya ubah sedikit. Dalam kelas kita berlatih
miming/mimik muka berselang seli sedih, marah, menangis, ketawa berulang-ulang,
di program ini saya suruh budak-budak buat bunyi binatang. Mula-mula saya suruh
budak-budak tu kenalkan diri masing-masing, nama, bilangan adik beradik, bapa
kerja apa dan duduk dengan siapa. Budak kampung, majoritinya miskin, ada yang
ditanggung nenek, ada anak yatim, ada anak yatim piatu, kecuali seorang yang
bernasib baik, anak cikgu. Sedih pun ada, dengar/tengok budak-budak tu
bercerita tentang diri masing-masing. Tu belum tengok baju lusuh, kasut koyak
rabak lagi. Aduh, meruntun jiwalah pula.
Next, bahagian terbaik – buat bunyi binatang. Macam-macam bunyi
saya suruh buat – ayam berkokok, kucing mengiau, anjing menyalak, kambing
mengembek, bunyi lembu, bunyi katak dan…
yang lain sudah lupalah. Berselang seli dan berulang-ulang lebih kurang 10
minit gitu. Team saya paling riuh, dan budak-budak ini sangat cemerlang, buat
sungguh-sungguh, jerit sungguh-sungguh sampaikan semua orang tertumpu dekat my
team, hihi… (angkat bakul sendiri nampak).
Mula-mula debar, dah join
program rasa seronoklah pula. (nasib baik saya cuma suruh buat bunyi binatang
saja, ikutkan hati suruh lakonkan terus… hahaha…yalah dalam teater kanak-kanak
kita bagi contoh katakan kita bawa watak kucing, takkan duduk-duduk saja atas pentas
buat bunyi kucing? Dah tentu tak logik, kenalah gerak untuk penguasaan pentas,
kalau tak gerak silap-silap penonton baling botol kat kita atau paling koman
pun kena boo…)
@tahajud@
Merujuk kepada diri saya sendiri, tak mau cakap orang lain…
bukan sesuatu yang mudah untuk berdoa sungguh-sungguh, sepenuh hati sambil
menitiskan air mata. Kerana ini bukan lakonan yang dibuat-buat di atas pentas
atau di dalam kelas… kita menghadap Tuhan Yang Satu. Bukannya saya tak pernah
menangis sewaktu berdoa di dalam solat… tapi untuk solat tahajud, sungguh ianya
perlukan keazaman, kesungguhan, ikhlas, rendah hati (dan yang lain-lain yang
sewaktu dengannya) kita untuk melakukannya, dari sudut hati kita yang paling
dalam, yang paling eksklusif. Terlalu banyak lompang, kekurangan dalam diri
saya sendiri yang perlu diisi dengan makanan rohani.
Ada satu ingatan menerpa di ruang fikir saya… masa sekolah
menengah saya duduk asrama dari tingkatan satu sampai tingkatan enam. Selalu ada
program motivasi bacaan Yasin, solat hajat, solat tahajud berjemaah di surau
asrama. Terus kepada poin utama – seawal 3 pagi dengan perasaan mengantuk yang
amat kami gerak menuju surau, solat tahajud/hajat ramai-ramai. Imam yang
memimpin seorang senior.
Bahagian terbaik – sewaktu doa dibacakan imam,
mula-mula ok lagi, rasa biasa saja, semakin lama semakin menusuk jiwa, meruntun
perasaan, hilang terus rasa mengantuk tadi tu berganti perasaan syahdu,
kesudahannya apalagi… ‘banjir lah’, menangis sungguh-sungguh, spontan tanpa
paksaan. Ketika itu seperti ada satu beban berat terangkat dari bahu, rasa
tenang amat.
@anak buah@
Ada seorang anak buah saya, perempuan, garang sangat, kalah budak
lelaki. Anak adik saya. Sekarang dia dah tadika dah. Dia punya jerit, marah,
menangis memang tahap otai punya. Bahagian tantrum dia tu, memang menguji
kesabaran mak dia. Dengan saya sekali anak buah ni balun marah, tapi kita tak
balaslah, ignore kan saja. Selesai dia melayan mood tantrum dia tu, dah ok. Tak
adalah garang sangat.
Sekali bapa dia balik rumah, tegur sikit jer pun… pukul pun
tidak, tapi anak buah tu punya nangis aduh… nangis sungguh-sungguh, saya cakap
macam ni – anak buah saya ni seperti durian (kebetulan masa tu musim durian di
kampung). Di luar berduri tapi di dalam hati lemak manis.
Nampak garang tapi dalam hati lembut. Bapa dia tu cakap sikit
je, terus terasa,dia punya soft spot agaknya.
App emoji, kita adalah pengurus kepada emosi kita. Kita sendiri
yang tentukan ‘setting’ emosi kita, nak pakai emosi yang mana? Gagal mengurus
emosi… ah itupun kau tahu apa jadi lepas tu, tak perlu saya cerita
panjang-panjang. Tu belum masuk bab ‘mind set’ lagi tu. Saya bukan pakar
psikologi, semua tulisan di atas ditulis berdasarkan sedikit latar belakang
pendidikan saya dalam bidang teater, ada ramai lagi orang hebat di luar sana.
Anda bebas untuk setuju/tidak setuju dengan tulisan ini. Kalau rasa tak puas
hati sangat atau marah membaca tulisan ini… atau rasa nak tumbuk…pun boleh,
tumbuk je lah, tapi tumbuk kat dindinglah jangan tumbuk saya pula, hihi…gurau
sikit.
love,
monalizahrais,
Bt.3 Jln Kapar, Klang
Selangor
6 April 2017 Sabtu
No comments:
Post a Comment