Assalamualaikum…
Semalam dan hari ini saya jadi keyboard warrior sekejap. Berperang
di laman maya – social media facebook. Tidak berniat mencari musuh, sekadar ‘berterus
terang’ memberi sedikit ‘amaran’ terhadap si penjual online yang menjual produk
ketat, kuat, teruna, dara dan yang sewaktu dengannya. Dah dia jual barang gitu,
melucah di wall fbnya, tag kita pula. Nasib baik saya dah setting siap-siap
tagging fb, kalau tak maunya penuh wall fb saya semacam papan iklan percuma,
penuh iklan produk lucah dia tu.
Kita just bising-bising dekat si penjual produk lucah tu. Teruk sangat
marketing dia tu, kalau ya pun jual produk untuk kegunaan suami isteri…takkanlah
sampai tahap share gambar dan video bercium berpeluk dan… kau tolong sambung,
tak larat saya nak sebut. Agak-agaklah kalau nak beriklan pun, dalam fb friendlist
saya dan awak tu ada banyak anak-anak remaja tau. Anak-anak awak tu pun dah
remaja. Takkanlah anak-anak awak tu tak ada fb.
Kadang-kadang yang menjual peralatan ‘sex toys’ (maaf cakap ya)
ayat-ayat dia lagi sopan santun. Dia just tulis gini – untuk suami isteri saja,
untuk keterangan lanjut sila pm. Orang dah faham sangat, lebih dari cukup dah. Tapi
yang jual jamu/krim ketat kuat sendat etc tu… ya ampun ayat-ayat marketing tu
lucah yang amat. Haduh cik kak…garu-garu kepala kita ya…kalis malu sungguh dia
tu…tapi dijentik sedikit ditegur…sensitif juga ya. Tahu pula marah, hihi…
Zaman sekarang memang kita tak dapat pantau 100% apa yang
dipandang oleh anak-anak remaja kita, tapi kita yang dah dewasa ini kalau pun
tak dapat jadi contoh terbaik untuk mereka, janganlah jadi ‘ejen’ lucah pula. Nak
jual barang tu jual je lah. Sampai part cerita-cerita dalam kain … inbox dan
whatsapp kan ada. Ala-ala personal konsultan gitu. Dah ada customer beli barang,
sambunglah mesej dekat inbox/whatsapp tu, kalau betul kita jual barang sebab
nak membantu, lepas customer beli barang dan dia puas hati, dah tentu-tentu
akan repeat order. Dan jagalah hati pelanggan tetap tu. Takkan itupun awak tak
tahu buat?
Ada dalam jangkaan, sebaik saja saya up status ‘perang’ produk
lucah tu… akan ada yang salah faham. Dan kita pun up status baru bagi jelas
terang silau mata kita tak kondem/benci peniaga online, kita just marah dengan penjual
produk lucah tu. Apahal saya nak kacau peniaga online, sedangkan beli tudung
kain etc pun saya rujuk online dulu? Kena baca betul-betul status yang ditulis,
hadam betul-betul.
¼ friendlist fb saya
penjual online. Di Instagram… lebih separuh follower saya pun peniaga online. Tak
ada masalah, saya selalu tengok Ig/fb diaorang…seronok tengok. Yang bikin kita
panas hati, bab benda-benda dalam kain kau iklankan tanpa segan silu, dengan
muka tak tahu malu, lepas tu tag kita sesuka hati. Tak bestlah macam tu beb. Nak
meniaga tu, jangan sampai hilang rasa malu, kita ini Malaysian, bukan
warganegara Uncle Sam. Kita masih terikat dengan adap sopan, bercakap yang
baik-baik malah nak menegur pun cara yang baik-baik, beralas berlapik bagai,
itu pasal wujud segala macam pantun gurindam pepatah kiasan tu. Punyalah nak
menjaga adab. Sampai tahap biar mati anak, jangan mati adat. Ha! Nampak tak? Kalau
tak faham lagi… mohon terjun dalam sungai.
Sekali sekala buat status tajam… jadi penyengat kasi lebam sikit
hati dan telinga dia tu. Takkan kita jadi bom atom pula kan.
Next, ada di dalam jangkaan juga, susulan status tajam itu, ada
yang unfriend, friendlist saya kurang, Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya saya
tak perlu jadi saksi tanpa rela menatap baca produk lucah tu. Tujuan saya join
fb bukan tentang banyak sedikit friendlist yang ada, sekadar suka-suka, mencari-kumpul-buat
resepi dan info-info berkaitan kesihatan. Kita tiada masa memikir melayan
benda-benda karut marut yang kebudak-budakan itu. Alangkan kerja saya sendiri
pun saya terhegeh-hegeh nak menyiapkan, tidur tak lena, makan tak makan
dibuatnya, mana ada masa melayan benda-benda gitu.
Sempena hari Jumaat yang mulia ini, semoga hidup kita baik-baik
saja. Jom kita sama-sama ambil yang jernih, buang yang keruh. Semoga semua
urusan seharian saya dan kamu semua berjalan lancar dan dipermudahkan.
love,
monalizahrais
Bt.3 Jln Kapar, Klang
Selangor
17 Mac 2017 Jumaat
No comments:
Post a Comment