Assalamualaikum…
Di luar rumah mendung, dalam hati cerah, ceria. Seminggu di
bulan Mac, apa khabar azam 2017? Sedang berjalan lancar atau ada tanda-tanda
merudum? Soalan untuk diri sendiri. Sendiri tanya, sendiri jawab.
M*******p saya ‘beku’ sekejap. Kadang-kadang perasaan kita
seperti ombak, ada masa tenang, di lain hari bergelora (amboi-amboi ayat…). Sekarang
sudah masuk ‘app emoji’ tahap ‘ombak rindu’ – masa untuk ‘mencairkan’ m*******p,
InsyaAllah pulun balun belasah sampai siap. Kena jadi ‘air terjun’ kot, bagi
meluap-luap perasaan tu. Buat sampai
jadi. Sebelum tu menyelit sekejap di blog, ‘lapor diri’ tulis entry untuk bulan
Mac 2017.
Bercerita tentang ‘app emoji’, saya teringat sesuatu sewaktu zaman
study di UM, dalam kelas Improvisasi Gerak Lakon. Ingatan tentang ini menjentik
ruang fikir ketika saya duduk-makan-minum-lepak di restoran bersama suami.
Kita sama-sama tahu, bukan perkara luar biasa melihat seseorang
menatap baca smartphone atau buku sambil ketawa, menangis, tersenyum-senyum
atau marah atau seperti sedang membaca jampi serapah pun ya, – reaksi spontan. Ianya
bukan reaksi yang dibuat-buat atau disengajakan. Smartphone/buku itu sendiri
pemangkin emosi kita, tanpa kita sedari. Zaman sekarang, saya percaya kebanyakan
kita lebih selesa melayan smartphone berbanding bersosial secara ‘live’. Tapi bukan
ini yang ingin saya ceritakan.
Flashback/throwback – ada satu hari dalam studio/blackbox a.k.a
kelas kami, lecturer suruh buat begini – kita pandang cermin dan berlatih
miming/mimik muka (mengikut istilah facebook – meme) dalam beberapa minit. Lecturer
suruh menangis dan kita pun menangislah, kena buat sungguh-sungguh ikut berapa
minit/saat sampai lecturer puas hati, kemudian dia suruh kita ketawa pula
sungguh-sungguh dan seterusnya sekejap kita menangis, ketawa, marah, sedih
berselang seli dan berulang-ulang di hadapan cermin sampai our lecturer puas
hati.
Kau bayangkan kau baru lepas menangis sampai keluar air mata
(dah dia suruh buat sungguh-sungguh) lepas tu kena tukar ‘setting’ emosi tu nak
kena gelak pula aduh? Gila tak gila awak? Nampak macam tak betul tak? Dari sudut
pandang logik/realiti, memang nampak tak betullah kalau kita sekejap ketawa,
menangis, marah dalam waktu yang singkat. Nasib baik ini kelas improvisasi,
bukan saja-saja nak buat gitu.
Melihat reaksi orang lain yang ‘hanyut’ focus dalam pembacaan
dia tu sama ada baca buku atau smartphone spontan saya teringat aktiviti miming
tu. Beza pada pencetus emosi (bukan pencetus ummah ya) kami, bergantung kepada
kekuatan imaginasi fikiran, penghayatan emosi itu sendiri. Sambil memandang
cermin melihat proses miming. ‘Cantik’ atau tidak miming/mimik muka/meme yang
terhasil.
Maksud ‘cantik’ di sini ialah kau punya sedih menangis tu memang
tahap real punya, ada keluar air mata dari mata (bukan air mata eye mo atau
sebab hiris bawang), hingus, suara meraung, bergetar bibir dan yang
sepatutnyalah. Atau senang nak faham kalau orang depan kau tu tengah sedih pilu
nangis lentok sungguh dengan kau sekali nak menangisnya. Macam terjangkit pula
kan. Terkena tempias gitu.
Saya terfikir, kalaulah pada zaman saya study dulu tu sudah
wujud segala macam social media ini, mungkin saya akan berlatih miming/mimik
muka dengan menatap baca social media. Mungkin… sekadar membayangkan, haha…
Di fb ada satu bahagian ‘feeling/activity’ untuk menyatakan ‘app
emoji’ kita menguatkan lagi post status dekat ruangan ‘What’s on your mind?’
itu. Ala… kau pun tahu tentang ini. Amat mudah menyatakan perasaan kau yang
selalu sangat ‘jiwa kacau’ tu.
Hmm…apa lagi ya? Tapi kan… membaca tulisan dan berkata-kata itu
banyak bezanya. Kalau ada 10 orang membaca status facebook yang sama, sudah
pasti lain nada bacaannya apatah lagi sudut pandang dia tu, akan ada bezanya. Sekali
lagi, kau pun tahu tentang ini.
Yang lain? Kau cari sendirilah, ok, setakat ini saja untuk
petang ini, lain waktu cerita tajuk lain pula. Tata…
love,
monalizahrais
Bt.3 Jln Kapar,Klang
Selangor
7 Mac 2017 selasa
No comments:
Post a Comment