Monday, April 10, 2017

SIFIR YANG BERULANG

Assalamualaikum…


Maksud ‘sifir’ di atas merujuk kepada ‘sifir kehidupan’, cerita kehidupan, bukannya sifir matematik yang selalu kita hafal ulang-ulang masa zaman budak sekolah dulu. Sekadar tamsilan.


@anak@

Selama mana kita bertahun berkahwin, selagi tidak beranak, selama itu jugalah telinga kita mendengar soalan-soalan ulangan – bila nak ada anak? Kenapa mengapa dan segala macam tanda soal ditujukan kepada kita. Sampai ke tahap tak tahu nak jawab macam mana, kita jadi blur jadinya. Kadang-kadang kita dapat ‘special pakej’, orang yang sama bertanya soalan yang sama, mimik muka yang sama, nada yang sama dan baju yang sama!


Yang dipakainya tahun-tahun lepas dan dia masih setia bertanya soalan yang sama tanpa jemu. Pergh!!! Setia dan prihatin sungguh orangnya. Di pihak orang yang ditanya, selain menjawab, pilihan yang ada berdiam diri malas memanjangkan cerita.Stress? Rasa nak marah? Sakit hati? Tahap tak tahu hendak rasa apa lagi, pun ya. Pandai-pandailah pujuk hati sendiri. Orang biasa macam kita yang kawan tak ramai sangat ini  bukan mudah berhadapan benda-benda begini.


Salah satu cara memujuk hati sendiri… selain mendekatkan diri dengan amalan keagamaan…kita melihat orang lain yang ruang kehidupannya ditonton serba serbi dari segenap arah. Senang sebut – artis. Zaman social media info di hujung jari, kita sama-sama dapat melihat/membaca variasi komen netizen – ada yang mendoakan yang baik-baik dan sebaliknya ada yang menghina, menulis kata-kata biadap tanpa memikirkan sensitiviti individu tersebut. Cyberbully ada di mana-mana atau tanpa kita sedari, kitalah cyberbully itu.


Agak-agak macam mana artis itu mengurus tekanan? Kita buat satu tamsilan – bulatan kecil, bulatan besar. Atau ayam dan helang. Kita – sayalah tu bulatan kecil dan ayam. Artis A bulatan besar dan helang. Sisi pandang berbeza, tekanan pun beza, beza banyak. Apalah sangat cabaran saya berbanding artis A yang selalu akan diulang tanya soalan bila nak ada anak? Luar nampak happy, dalam hati siapa tahu?


Cara mudah nak faham…kita rasa masalah kita itu sangat berat, ya memang betul tapi ianya betul jika saya melihat dari sisi pandang bulatan kecil dan ayam. Seluas mana pandangan/perasaan yang ada? Sebaliknya kita ‘masuk’ sekejap bulatan besar dan helang… bandingkan dan seterusnya? Ada kurang sikit tak beban rasa tu? Kita duduk bawah pokok rendang melihat langit vs kita si helang terbang tinggi nampak hijau pokok-pokok di bawah sana.


Ada satu cerita, Diayangsedangmalu (bukan nama sebenar) ada sedikit rasa malu dan bimbang tentang ibunya. Diayangsedangmalu seboleh mungkin mengelak untuk berjalan bersama ibunya hadir kenduri kendara di kampung. Sebab apa? Ibunya jenis prihatin dan ‘prihatin’. Ibu Diayangsedangmalu tanpa segan bercakap si polan itu si polan ini tiada anak, kenapa itu kenapa ini tapi ironinya anaknya sendiri yakni si Diayangsedangmalu pun belum beranak lagi. Diayangsedangmalu menegur ibunya jangan suka sangat bercakap tentang orang lain lagi-lagi perihal anak, bimbang terkena keturunan sendiri. Malangnya ibu kepada Diayangsedangmalu tidak mengendahkan nasihatnya, siap kena marah lagi ada. Hmmm…macam mana tu.


@salah faham@

Saya terbaca status satu page troll di fb, zaman sekarang kita tak perlu  tonton tv, drama realiti rumahtangga berantakan ada di fb. Orang lain tak perlu susah-susah menyibuk kehidupan si polan binti si polan, dia sendiri yang membuka pekung rumahtangganya. Kita yang membaca ini pula yang malu. Lebih kurang gitu ayat-ayat tak puas hati si admin page troll.


Kemudian saya terrr…panggil terasa ingin menulis komen reversed di page tersebut – saya tulis gini, “Bersangka baik min (admin), mungkin dia tiada tempat mengadu, tidak semua family bersikap menyokong family sendiri.”


Apa yang admin cakap itu ada betulnya, tapi kekuatan emosi seseorang tidak sama dengan yang lain. Dan kita tak nampak ‘big picture’ cerita itu, sekadar sipi-sipi saja. entah-entah sekadar habuk cerita saja pun, orang lain yang fikir lebih-lebih.


Spontan ingatan saya ‘terpelanting’ ke belakang waktu, teringat ada seorang rakan mesej personal di inbox fb saya, mengatakan kesudiannya menjadi pendengar setia mendengar luahan rasa, walau apapun masalah yang sedang saya hadapi. Jangan malu-malu katanya. 


Saya jadi hairan membaca mesej dia tu, rupa-rupanya dia mengikuti setiap status fb saya. Masa itu saya berada di Sabah selama 3 bulan, arwah bapa keluar masuk hospital kami adik beradik bergilir menjaga arwah bapa. Sebab berjauhan dengan suami, rindu dengan suami so saya banyak upload lagu-lagu lentok leleh, jiwang tak karat di wall fb. Tahun 2010 – 2011. Melayan perasaan rindu. Kawan saya menyangka saya ada ‘kekasih gelap’. Sambil gelak sambil menaip saya menjelaskan hal sebenar terhadap kawan saya yang prihatin itu.


@puasa@

Sekarang sudah bulan April, dan kita sedang berada di bulan Rejab. Selepas ini menyusul Syaaban dan Ramadhan. Puasa dah habis bayar belum? Soalan untuk diri sendiri. Dah siap ulangkaji/refresh solat terawih? Bab yang lain – solat sunat, baca al-Quran dah upgrade?


Ulangan peristiwa pada setiap tahun. Saya sendiri… puasa tak habis bayar lagi, tapi fikiran ini bukannya dapat ditahan-tahan begitu saja, waktu-waktu begini menghampiri bulan Ramadhan akan selalu teringat/terimbas  aneka juadah yang sedap-sedap. Dalam kotak fikir saya penuh warna- warni juadah sahur dan sungkai (iftar). Saya membayangkan sekiranya semua bayangan ini diterjemahkan dalam bentuk lukisan untuk diceritakan kepada suami… tergeleng-geleng kepala dia agaknya.


Tempahan baju raya sudahpun ditutup Mac lepas. Begitulah yang saya baca di wall fb friendlist saya yang kerjanya jahit baju. Bazaar Ramadhan… tahun lepas 2016 saya buat rekod tak pergi langsung Bazaar Ramadhan. Cuma suami seorang yang pergi beli sedikit juadah kuih muih, selebihnya saya masak sendiri juadah sahur dan sungkai. Tahun ini? 2017 tak tahu lagi. Dan apa pula cerita menarik tertarik kebaboom yang bakal menghiasi wall fb kita berkenaan juadah jualan bazaar Ramadhan trending/viral/tular nanti? Sama-sama kita tunggu. InsyaAllah semoga kita semua dipanjangkan usia menghadapi Ramadhan/Syawal dan hari-hari seterusnya mampu beribadah dengan penuh cemerlang, khusyuk, ikhlas dan yang segaris dengannya. 


love,
monalizahrais,
Bt.3 Jln Kapar,Klang
Selangor
10 April 2017 Isnin


Friday, April 7, 2017

SCAMMER

Assalamualaikum…


Salam Jumaat, cuaca di luar rumah panas, cerah. Duduk dalam rumah pun terasa panas, bahang matahari tu. Tapi dalam hati tak boleh panas-panas, kena cool selalu. Bawa bertenang dan jangan marah-marah. Antara benda paling susah nak buat, bersabar, sesukar menahan senyum, kita rasa lucu sangat tapi tak boleh senyum sebabnya kurang sesuai dengan suasana pada masa itu. Kita rasa marah sangat, tapi kita tak boleh marah sebabnya tak sesuai untuk marah-marah pada ketika itu.


Semalam sebelum tidur, jalan-jalan sekejap di social media – fb. Ada satu dapatan menarik, Sindiket menyamar ‘pegawai Maybank’ curi duit. Poin menarik – spoofing, panggilan VOIP (voice over internet protocol), akaun pihak ketiga. Huraian berita ada di akhbar online. Tak perlu saya ulang tulis, kita masing-masing ada capaian internet di smartphone.
Membuatkan saya teringat beberapa panggilan yang tidak dikenali sepanjang minggu lepas membawa ke minggu ini.


Si pemanggil misteri beritahu suami saya ada hutang tertunggak, nama dah blacklist, mahkamah akan saman, semua akaun suami akan dibekukan, mereka akan datang rumah untuk sita barang-barang di rumah kami. Sekiranya kami tak bayar 18K.


Saya tanya ini panggilan dari mana, dan cik nama apa? Dia balas panggilan dari jabatan akaun Bank Negara Malaysia katanya. Nama dia tak cakap.


Kemudian saya tanya hutang apa sampai tahap blacklist bagai nak saman sita suami saya? Cik dapat nombor saya dari mana? Mula-mula dia cakap sebab suami saya tak habis bayar motosikal, masa tu suami saya dekat Johor.


Saya balas – cik, waktu suami saya di Johor kami tak pernah jumpa lagi, masing-masing masih bujang, so awak dapat dari mana nombor telefon saya ini?


Dan seterusnya saya sendiri tak larat cerita semuanya, tulis taip dekat sini – secara ringkasnya dia ugut kami bayar 18K, berulang-ulang tanya kami duduk mana, dan berulang-ulang menyebut nama Bank Negara. Akhirnya saya minta nombor rujukan, nama dan tempat untuk pengesahan info sebab sekarang ada banyak penipu. Saya direct cakap gitu. Sampai ke hari ini senyap, tiada lagi panggilan.


Entahlah di masa hadapan, tapi lepas ni apa-apa call dari nombor selain yang ada dalam contact, tak perlu sambut. Zaman sekarang bermacam cara orang nak tipu kita. Ingatan untuk diri saya sendiri terlebih dahulu…walaupun saya orang drama, dan kalaupun tuan-tuan dan puan-puan suka sangat tengok drama lentok cintan cintun tu…sesekali tontonlah drama jenis thriller/aksi. 

Criminal mind, CSI Cyber, Hawaii 5 –O, Macgyver dan yang sewaktu dengannya. Tak rugi, untung lagi ada. Sekurang-kurangnya kita dapat ‘membaca’ niat tak baik si penipu. Tak mudah menggelabah. Serupa pejuang MLM… puak-puak penipu ini sememangnya sangat pandai berhujah, level yakin dia tu tahap maksimum.


Peranan kawan-kawan yang boleh dipercayai. Walaupun saya dah tahu panggilan itu scammer, tapi untuk menyedapkan perasaan sendiri yang berdebar-debar juga sebenarnya… saya cepat-cepat tanya di group whatsapp. Rupa-rupanya kawan satu group pun pernah dapat call begitu. Bila kita dah sharing kebimbangan kita tu, dah tentu-tentu rasa lega.

love,
monalizahrais
Bt.3 Jln Kapar, Klang
Selangor
7 April 2017 Jumaat

Thursday, April 6, 2017

APP EMOJI PART 2

Assalamualaikum…


Di luar rumah redup, mendung namun di dalam hati cerah terang tapi sejuk damai gitu. Ha! Maksudnya apa? Anggap saja kita sedang duduk-duduk rehat di pangkin. Pada waktu tengah hari dalam cuaca yang panas terik. Nak senang faham – duduk di pangkin tepi sawah padi. Dekat pangkin tu pula ada pokok besar, rendang, angin bertiup lembut sampai tahap mata berat nak tidur sangat-sangat!.Kena pula tu baru lepas makan tengah hari, berlauk kampung aduh. (Eh, tersasul sekejap, hihi… ter… merepek kerepek sekejap) Pangkin dalam bahasa Sabah kami sebut sulap.


Untuk cerita App Emoji part 2 saya ingin berkongsi satu dapatan menarik. Tuan-tuan dan puan-puan boleh klik www.sujood.co
Saya dapat  melalui rakan fb. Kita just pilih/klik emosi kita dekat petak (Select Emotion) dan akan keluarlah ayat al-Quran dan doa yang berkaitan dengan emosi kita tu.



@’kegilaan emosi’@

Ingat lagi tak cerita saya tentang kelas Improvisasi Gerak Lakon tu? Bahagian kami berlatih mimik muka/miming. Ada dalam cerita App Emoji. Saya tak akan ulang cerita cuma kali ini saya sambung sedikit lagi. Perasan tak, kita jalan-jalan shopping dekat Jalan TAR ada waktunya kita ternampak ‘orang gila’ yang bercakap-cakap sendiri, ketawa sendiri-sendiri, hanyut lemas dalam dunia ciptaan dia, tak peduli orang sekeliling. Ada yang berpakaian sempurna tak kurang juga yang bogel pun ada. Di luar jangkaan, kita yang lalu lalang kadang disergah dikejar tiba-tiba.


Bukan hanya ada di Jalan TAR, setiap kali saya balik kampung halaman pun ada orang jenis macam ni. Merayau tanpa tujuan. Melayan ‘kegilaan’ emosi. Kesian menengoknya. Entah apa kisah hidupnya yang membuatkan dia jadi begitu. ‘Kegilaan emosi’ yang penuh warna warni malah tak ada warna pun ada, inilah yang menjadi antara ramuan pembelajaran kita sepanjang saya menjadi student teater. Saya teringat cakap my lecturer – kita ini dengan ‘orang gila’ ada sikit beza jer… yang ‘orang gila’ tu dah sah ‘gila’, kita orang teater normal banding dia.


Kita bagi satu contoh.  Katakan kita nak buat show jenis komedi – dah tentu-tentu kalau di pihak penulis skrip akan memikir ayat-ayat lucu. Gigih menggagau ayat-ayat ‘punchline’.  Yang si pelakon perlu menjiwai/buat research watak untuk menjadi seorang yang lucu yang boleh membuatkan penonton gelak ketawa. (Bukan sesuatu yang mudah membuatkan orang lain ketawa). Yang si tukang prop dan set kalau watak badut takkan bagi pakaian ala-ala Neelofa, nampak sangat tak kena. Badut, semua orang pun tahu badut itu apa. Sebut badut je, saya percaya spontan muncul ‘gambar’ badut di ruang fikir tu. Saya tak perlu letak gambar badut orang tahu dah.



@program motivasi@


Oklah, lagi satu saya nak cerita ada satu hari tu kebetulan saya cuti semester, balik kampung. Tiba-tiba saya mendapat jemputan jadi semacam fasilitator untuk satu program di sekolah rendah di kampung saya. Saya dah lupa nama program tu lebih kurang program motivasi untuk pelajar tahun 6, persediaan UPSR.


Hendak menolak, serba salah dibuatnya. Yang menjemput ini guru kelas kita masa sekolah rendah dulu. Itu ini begitu begini, saya ‘terpaksa’ setuju. Saya rasa saya tak layak sangat untuk beri motivasi dekat budak-budak tu, masa tu saya di tahun kedua di UM.
Rasa terhutang budi sangat-sangat dengan cikgu yang menjemput kita. Dia seorang cikgu yang berjiwa ibu bapa. Selama menjadi muridnya, kita rasa seperti sedang dididik oleh mak bapa kita sendiri.


Ok, hari yang mendebarkan hati pun tiba. Ada 4 kumpulan pelajar setiap satunya ada seorang fasilitator. Yang 3 kumpulan lain kebetulan kawan-kawan saya yang juga sedang bercuti semester. Tapi universiti lainlah. Kami disuruh buatlah apa-apa yang patut slow talk ke, bagi cerita motivasi ke, janji budak-budak tu termotivasi. Aduh, saya dari mula dapat surat jemputan blur tak tahu nak buat apa.


Akhirnya saya buat begini – saya dapat idea dari kelas Improvisasi Gerak Lakon. Cuma saya ubah sedikit. Dalam kelas kita berlatih miming/mimik muka berselang seli sedih, marah, menangis, ketawa berulang-ulang, di program ini saya suruh budak-budak buat bunyi binatang. Mula-mula saya suruh budak-budak tu kenalkan diri masing-masing, nama, bilangan adik beradik, bapa kerja apa dan duduk dengan siapa. Budak kampung, majoritinya miskin, ada yang ditanggung nenek, ada anak yatim, ada anak yatim piatu, kecuali seorang yang bernasib baik, anak cikgu. Sedih pun ada, dengar/tengok budak-budak tu bercerita tentang diri masing-masing. Tu belum tengok baju lusuh, kasut koyak rabak lagi. Aduh, meruntun jiwalah pula.


Next, bahagian terbaik – buat bunyi binatang. Macam-macam bunyi saya suruh buat – ayam berkokok, kucing mengiau, anjing menyalak, kambing mengembek, bunyi lembu, bunyi katak  dan… yang lain sudah lupalah. Berselang seli dan berulang-ulang lebih kurang 10 minit gitu. Team saya paling riuh, dan budak-budak ini sangat cemerlang, buat sungguh-sungguh, jerit sungguh-sungguh sampaikan semua orang tertumpu dekat my team, hihi… (angkat bakul sendiri nampak).


 Mula-mula debar, dah join program rasa seronoklah pula. (nasib baik saya cuma suruh buat bunyi binatang saja, ikutkan hati suruh lakonkan terus… hahaha…yalah dalam teater kanak-kanak kita bagi contoh katakan kita bawa watak kucing, takkan duduk-duduk saja atas pentas buat bunyi kucing? Dah tentu tak logik, kenalah gerak untuk penguasaan pentas, kalau tak gerak silap-silap penonton baling botol kat kita atau paling koman pun kena boo…)



@tahajud@


Merujuk kepada diri saya sendiri, tak mau cakap orang lain… bukan sesuatu yang mudah untuk berdoa sungguh-sungguh, sepenuh hati sambil menitiskan air mata. Kerana ini bukan lakonan yang dibuat-buat di atas pentas atau di dalam kelas… kita menghadap Tuhan Yang Satu. Bukannya saya tak pernah menangis sewaktu berdoa di dalam solat… tapi untuk solat tahajud, sungguh ianya perlukan keazaman, kesungguhan, ikhlas, rendah hati (dan yang lain-lain yang sewaktu dengannya) kita untuk melakukannya, dari sudut hati kita yang paling dalam, yang paling eksklusif. Terlalu banyak lompang, kekurangan dalam diri saya sendiri yang perlu diisi dengan makanan rohani.


Ada satu ingatan menerpa di ruang fikir saya… masa sekolah menengah saya duduk asrama dari tingkatan satu sampai tingkatan enam. Selalu ada program motivasi bacaan Yasin, solat hajat, solat tahajud berjemaah di surau asrama. Terus kepada poin utama – seawal 3 pagi dengan perasaan mengantuk yang amat kami gerak menuju surau, solat tahajud/hajat ramai-ramai. Imam yang memimpin seorang senior. 


Bahagian terbaik – sewaktu doa dibacakan imam, mula-mula ok lagi, rasa biasa saja, semakin lama semakin menusuk jiwa, meruntun perasaan, hilang terus rasa mengantuk tadi tu berganti perasaan syahdu, kesudahannya apalagi… ‘banjir lah’, menangis sungguh-sungguh, spontan tanpa paksaan. Ketika itu seperti ada satu beban berat terangkat dari bahu, rasa tenang amat.



@anak buah@


Ada seorang anak buah saya, perempuan, garang sangat, kalah budak lelaki. Anak adik saya. Sekarang dia dah tadika dah. Dia punya jerit, marah, menangis memang tahap otai punya. Bahagian tantrum dia tu, memang menguji kesabaran mak dia. Dengan saya sekali anak buah ni balun marah, tapi kita tak balaslah, ignore kan saja. Selesai dia melayan mood tantrum dia tu, dah ok. Tak adalah garang sangat.


Sekali bapa dia balik rumah, tegur sikit jer pun… pukul pun tidak, tapi anak buah tu punya nangis aduh… nangis sungguh-sungguh, saya cakap macam ni – anak buah saya ni seperti durian (kebetulan masa tu musim durian di kampung). Di luar berduri tapi di dalam hati lemak manis.


Nampak garang tapi dalam hati lembut. Bapa dia tu cakap sikit je, terus terasa,dia punya soft spot agaknya.


App emoji, kita adalah pengurus kepada emosi kita. Kita sendiri yang tentukan ‘setting’ emosi kita, nak pakai emosi yang mana? Gagal mengurus emosi… ah itupun kau tahu apa jadi lepas tu, tak perlu saya cerita panjang-panjang. Tu belum masuk bab ‘mind set’ lagi tu. Saya bukan pakar psikologi, semua tulisan di atas ditulis berdasarkan sedikit latar belakang pendidikan saya dalam bidang teater, ada ramai lagi orang hebat di luar sana. Anda bebas untuk setuju/tidak setuju dengan tulisan ini. Kalau rasa tak puas hati sangat atau marah membaca tulisan ini… atau rasa nak tumbuk…pun boleh, tumbuk je lah, tapi tumbuk kat dindinglah jangan tumbuk saya pula, hihi…gurau sikit.

love,
monalizahrais,
Bt.3 Jln Kapar, Klang
Selangor
6 April 2017 Sabtu

Friday, March 17, 2017

PERANG SIBER




Assalamualaikum…


Semalam dan hari ini saya jadi keyboard warrior sekejap. Berperang di laman maya – social media facebook. Tidak berniat mencari musuh, sekadar ‘berterus terang’ memberi sedikit ‘amaran’ terhadap si penjual online yang menjual produk ketat, kuat, teruna, dara dan yang sewaktu dengannya. Dah dia jual barang gitu, melucah di wall fbnya, tag kita pula. Nasib baik saya dah setting siap-siap tagging fb, kalau tak maunya penuh wall fb saya semacam papan iklan percuma, penuh iklan produk lucah dia tu.


Kita just bising-bising dekat si penjual produk lucah tu. Teruk sangat marketing dia tu, kalau ya pun jual produk untuk kegunaan suami isteri…takkanlah sampai tahap share gambar dan video bercium berpeluk dan… kau tolong sambung, tak larat saya nak sebut. Agak-agaklah kalau nak beriklan pun, dalam fb friendlist saya dan awak tu ada banyak anak-anak remaja tau. Anak-anak awak tu pun dah remaja. Takkanlah anak-anak awak tu tak ada fb.


Kadang-kadang yang menjual peralatan ‘sex toys’ (maaf cakap ya) ayat-ayat dia lagi sopan santun. Dia just tulis gini – untuk suami isteri saja, untuk keterangan lanjut sila pm. Orang dah faham sangat, lebih dari cukup dah. Tapi yang jual jamu/krim ketat kuat sendat etc tu… ya ampun ayat-ayat marketing tu lucah yang amat. Haduh cik kak…garu-garu kepala kita ya…kalis malu sungguh dia tu…tapi dijentik sedikit ditegur…sensitif juga ya. Tahu pula marah, hihi…


Zaman sekarang memang kita tak dapat pantau 100% apa yang dipandang oleh anak-anak remaja kita, tapi kita yang dah dewasa ini kalau pun tak dapat jadi contoh terbaik untuk mereka, janganlah jadi ‘ejen’ lucah pula. Nak jual barang tu jual je lah. Sampai part cerita-cerita dalam kain … inbox dan whatsapp kan ada. Ala-ala personal konsultan gitu. Dah ada customer beli barang, sambunglah mesej dekat inbox/whatsapp tu, kalau betul kita jual barang sebab nak membantu, lepas customer beli barang dan dia puas hati, dah tentu-tentu akan repeat order. Dan jagalah hati pelanggan tetap tu. Takkan itupun awak tak tahu buat?


Ada dalam jangkaan, sebaik saja saya up status ‘perang’ produk lucah tu… akan ada yang salah faham. Dan kita pun up status baru bagi jelas terang silau mata kita tak kondem/benci peniaga online, kita just marah dengan penjual produk lucah tu. Apahal saya nak kacau peniaga online, sedangkan beli tudung kain etc pun saya rujuk online dulu? Kena baca betul-betul status yang ditulis, hadam betul-betul.


¼   friendlist fb saya penjual online. Di Instagram… lebih separuh follower saya pun peniaga online. Tak ada masalah, saya selalu tengok Ig/fb diaorang…seronok tengok. Yang bikin kita panas hati, bab benda-benda dalam kain kau iklankan tanpa segan silu, dengan muka tak tahu malu, lepas tu tag kita sesuka hati. Tak bestlah macam tu beb. Nak meniaga tu, jangan sampai hilang rasa malu, kita ini Malaysian, bukan warganegara Uncle Sam. Kita masih terikat dengan adap sopan, bercakap yang baik-baik malah nak menegur pun cara yang baik-baik, beralas berlapik bagai, itu pasal wujud segala macam pantun gurindam pepatah kiasan tu. Punyalah nak menjaga adab. Sampai tahap biar mati anak, jangan mati adat. Ha! Nampak tak? Kalau tak faham lagi… mohon terjun dalam sungai.


Sekali sekala buat status tajam… jadi penyengat kasi lebam sikit hati dan telinga dia tu. Takkan kita jadi bom atom pula kan.


Next, ada di dalam jangkaan juga, susulan status tajam itu, ada yang unfriend, friendlist saya kurang, Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya saya tak perlu jadi saksi tanpa rela menatap baca produk lucah tu. Tujuan saya join fb bukan tentang banyak sedikit friendlist yang ada, sekadar suka-suka, mencari-kumpul-buat resepi dan info-info berkaitan kesihatan. Kita tiada masa memikir melayan benda-benda karut marut yang kebudak-budakan itu. Alangkan kerja saya sendiri pun saya terhegeh-hegeh nak menyiapkan, tidur tak lena, makan tak makan dibuatnya, mana ada masa melayan benda-benda gitu.


Sempena hari Jumaat yang mulia ini, semoga hidup kita baik-baik saja. Jom kita sama-sama ambil yang jernih, buang yang keruh. Semoga semua urusan seharian saya dan kamu semua berjalan lancar dan dipermudahkan.

love,
monalizahrais
Bt.3 Jln Kapar, Klang
Selangor
17 Mac 2017 Jumaat




Thursday, March 9, 2017

DELETE


Assalamualaikum…


Cuaca di luar rumah agak mendung, cuaca di hati tetap cerah, tenang, damai. Mana boleh tak letak cuaca itu satu kemestian, memudahkan mood menulis di pihak saya –bermula dengan ayat yang baik-baik dan mungkin sebagai penenang di pihak pembaca. Semacam niat +- begitulah. Tak best tulis guna ayat skema, sekadar tulisan di blog ini untuk santai-santai. (maknanya akan ada banyak kesalahan tatabahasa, cara tulis lagi-lagi kalau yang membacanya jenis peka benda-benda begini @ ini ‘mimpi ngeri’ untuk guru Bahasa Melayu hihi…jangan marah ye cikgu, nanti kena jual)


Tiba-tiba orang datang dekat kita marah-marah bentak suara tinggi dah tentu mood kita spoil, rasa tak best je. Tapi kalau datang dengan cara baik cakap pun baik-baik even kita tengah moody pun jadi baik kejadiannya.


Oklah, done mukadimah di atas. Focus tajuk delete. Semalam lebih sejam kerja saya delete saja. Apa yang didelete? Segala macam photo/info grafik, video yang dihantar melalui whatsapp group. Jumlah semuanya lebih 1000 pcs itupun tak siap lagi. Sampai tahap tak larat nak delete dah, banyak sangat, smartphone kita jadi berat jadinya. Sejak beberapa hari ini kita perasan kita guna phone segala-galanya agak slow. Tanda-tanda nak ‘hang’ tu. Itu pasal gagah mendelete. Kapasiti smartphone saya tak banyak –  SD card cuma 8GB vs  internet plan saya ambik sebulan RM68 (10.5 GB – SuperDeals). Digi. Saya install dan gunapakai aplikasi Facebook, Instagram dan Whatsapp. Cukup-cukup sudah tak mau banyak-banyak, sakit kepala kita dibuatnya.


Saya teringat ada satu portal hiburan – David Beckham dan isterinya Victoria mengupah pekerja hanya untuk buka hadiah Krismas saja. Banyak sangat hadiah, tak larat buka sendiri. Entah-entah untuk balas ucapan kad perayaan agaknya pekerja juga yang buat. Itu selebriti. Sekarang… aplikasi teknologi maklumat ini membuatkan kita semua dah jadi ‘selebriti’ segera. Tak pelik sangat melihat timbunan mesej dalam smarphone. Pandang pun tidak agaknya, tak larat nak melayan dah, kerja utama tak siap jadinya.


Saya tak pernah request masuk mana-mana whatsapp group, semuanya jadi begini –  tiba-tiba je smartphone bunyi, mesej menderu rupa-rupanya friends/family dah add nombor kita dalam group. Kalau kita tiba-tiba leave/keluar dari group, lain pula isu yang timbul, dicarinya kita dekat fb/mesej personal. Dianggapnya kita tersinggung dengan si polan itu si polan ini, walhal sebenarnya kita inginkan privacy, tiada masa kita membaca mesej group yang seakan tiada penghujung itu. Ditambah lagi dengan ‘blue thick’ lagilah parah, padahal kita cuma open mesej dan terus tekan back.


Sebaliknya jika kita ‘minta kebenaran’ untuk leave/keluar group dengan alasan klise –telefon rosak, pun jadi satu hal juga. Ditunggu dan dicari kita di lain media – fb, ig, mesej personal jadi sasaran, siap kena call pun ya hihi…nak tukar nombor telefon pun tak kena juga, sebab nombor yang ada sekarang dah pakai lama melebihi 10 tahun, sayang nak tukar, menyukarkan banyak urusan penting sebenarnya. Kita guna nombor satu je untuk semua urusan penting/rasmi dan peribadi.


Nasib baik facebook tak macam app whatsapp – tidak memberatkan smartphone kita. Kalau tak, hmmm… bayangkan ada banyak tawaran GB di luar sana mencecah ribuan malah jutaan GB agaknya, untung banyak si penjual gajet. Sekejap, apa maksud GB ya?. Maksud saya ‘nama penuh’ GB tu. Selama ni saya tahu sebut je – GB, KB, MB – ukuran untuk  data usage. Yang saya faham analogi – KB (sentimeter), MB (meter), GB (kilometer).  KB (mini van), MB (lori satu tan), GB (lori kontena).


Semalam saya whatsapp adik, bertanya kalau-kalau ada cara nak adjust whatsapp bagi kurang berat smartphone tu – so kita tak perlu leave/keluar group whatsapp guna alasan klise, sebenarnya tak tahu nak beri alasan apa yang sesuai haha…
Sebab si adik guna Iphone vs saya guna jenama Acer… si adik screenshot lah cara-caranya dalam Bahasa Melayu pula tu aduh!.Dia setting telefonnya guna BM. Ambik masa juga nak hadam apa yang dia screenshot tu. 


Dari mula saya kenal benda alah telefon (tahun 2000 model Nokia 3310 yang legend itu) membawa ke smartphone Acer yang saya guna sekarang ini… ‘bahasa’ telefon selain Bahasa Inggeris susah sangat saya nak faham. Contoh untuk perkataan ‘mesej suara sentiasa dimuat turun secara automatik untuk pengalaman komunikasi yang terbaik’ – saya lebih faham begini, - ‘Voice messages are always automatically downloaded for the best communication experience.


Diringkaskan cerita, saya pergi dekat settings di aplikasi whatsapp, kemudian adjust apa-apa yang saya nak. Ikut smartphone masing-masing. Main poin sama, beza pada ayat. Saya pilih document, photo dan audio saja yang automatic download. Kecuali video sebab video banyak sangat data dipakai – GB. Document, photo dan audio setakat KB saja.  Dapat jimat mobile data smartphone kita, berbaloi pun ya.


Bukan saya seorang yang terkena begini, malah dekat wall fb saya pernah terbaca ada rakan mengeluh, dia tak larat baca setiap mesej, akhirnya dia  ‘mute’ setahun group yang dia join/tiba-tiba di add. Saya sendiri ada beberapa group whatsapp yang saya ‘mute’ setahun. 


Kita diikat sungguh oleh teknologi ini, kita membazir banyak waktu sebab-sebab hal yang begini. Apa nak buat, kita dah masuk dalam ‘blackbox’ teknologi maklumat di hujung jari. Hanya mampu memperlahankan/memilih yang kita hendak saja. Atas diri sendiri, pandai-pandailah urus.


Next, kita cuba reversed isu ini/berfikir terbalik. Sebaliknya situasi ini sangat bagus untuk peniaga online. Free marketing. Tak perlu saya tulis panjang-panjang tentang ini, kita sama-sama tahu. 

Baiklah, kita stop sini dulu, nanti  kita sambung lain tajuk di lain waktu.

love,
monalizahrais
Bt.3 Jln Kapar, Klang
Selangor
9 Mac 2017 Khamis