Assalamualaikum…
Maksud ‘sifir’ di atas merujuk kepada ‘sifir kehidupan’, cerita
kehidupan, bukannya sifir matematik yang selalu kita hafal ulang-ulang masa
zaman budak sekolah dulu. Sekadar tamsilan.
@anak@
Selama mana kita bertahun berkahwin, selagi tidak beranak,
selama itu jugalah telinga kita mendengar soalan-soalan ulangan – bila nak ada
anak? Kenapa mengapa dan segala macam tanda soal ditujukan kepada kita. Sampai
ke tahap tak tahu nak jawab macam mana, kita jadi blur jadinya. Kadang-kadang
kita dapat ‘special pakej’, orang yang sama bertanya soalan yang sama, mimik
muka yang sama, nada yang sama dan baju yang sama!
Yang dipakainya tahun-tahun lepas dan dia masih setia bertanya
soalan yang sama tanpa jemu. Pergh!!! Setia dan prihatin sungguh orangnya. Di
pihak orang yang ditanya, selain menjawab, pilihan yang ada berdiam diri malas
memanjangkan cerita.Stress? Rasa nak marah? Sakit hati? Tahap tak tahu hendak
rasa apa lagi, pun ya. Pandai-pandailah pujuk hati sendiri. Orang biasa macam
kita yang kawan tak ramai sangat ini bukan
mudah berhadapan benda-benda begini.
Salah satu cara memujuk hati sendiri… selain mendekatkan diri
dengan amalan keagamaan…kita melihat orang lain yang ruang kehidupannya
ditonton serba serbi dari segenap arah. Senang sebut – artis. Zaman social
media info di hujung jari, kita sama-sama dapat melihat/membaca variasi komen
netizen – ada yang mendoakan yang baik-baik dan sebaliknya ada yang menghina,
menulis kata-kata biadap tanpa memikirkan sensitiviti individu tersebut. Cyberbully
ada di mana-mana atau tanpa kita sedari, kitalah cyberbully itu.
Agak-agak macam mana artis itu mengurus tekanan? Kita buat satu
tamsilan – bulatan kecil, bulatan besar. Atau ayam dan helang. Kita – sayalah
tu bulatan kecil dan ayam. Artis A bulatan besar dan helang. Sisi pandang berbeza,
tekanan pun beza, beza banyak. Apalah sangat cabaran saya berbanding artis A
yang selalu akan diulang tanya soalan bila nak ada anak? Luar nampak happy,
dalam hati siapa tahu?
Cara mudah nak faham…kita rasa masalah kita itu sangat berat,
ya memang betul tapi ianya betul jika saya melihat dari sisi pandang bulatan
kecil dan ayam. Seluas mana pandangan/perasaan yang ada? Sebaliknya kita
‘masuk’ sekejap bulatan besar dan helang… bandingkan dan seterusnya? Ada kurang
sikit tak beban rasa tu? Kita duduk bawah pokok rendang melihat langit vs kita
si helang terbang tinggi nampak hijau pokok-pokok di bawah sana.
Ada satu cerita, Diayangsedangmalu (bukan nama sebenar) ada
sedikit rasa malu dan bimbang tentang ibunya. Diayangsedangmalu seboleh mungkin
mengelak untuk berjalan bersama ibunya hadir kenduri kendara di kampung. Sebab
apa? Ibunya jenis prihatin dan ‘prihatin’. Ibu Diayangsedangmalu tanpa segan
bercakap si polan itu si polan ini tiada anak, kenapa itu kenapa ini tapi
ironinya anaknya sendiri yakni si Diayangsedangmalu pun belum beranak lagi.
Diayangsedangmalu menegur ibunya jangan suka sangat bercakap tentang orang lain
lagi-lagi perihal anak, bimbang terkena keturunan sendiri. Malangnya ibu kepada
Diayangsedangmalu tidak mengendahkan nasihatnya, siap kena marah lagi ada.
Hmmm…macam mana tu.
@salah faham@
Saya terbaca status satu page troll di fb, zaman sekarang kita
tak perlu tonton tv, drama realiti
rumahtangga berantakan ada di fb. Orang lain tak perlu susah-susah menyibuk
kehidupan si polan binti si polan, dia sendiri yang membuka pekung rumahtangganya.
Kita yang membaca ini pula yang malu. Lebih kurang gitu ayat-ayat tak puas hati
si admin page troll.
Kemudian saya terrr…panggil terasa ingin menulis komen reversed
di page tersebut – saya tulis gini, “Bersangka baik min (admin), mungkin dia
tiada tempat mengadu, tidak semua family bersikap menyokong family sendiri.”
Apa yang admin cakap itu ada betulnya, tapi kekuatan emosi
seseorang tidak sama dengan yang lain. Dan kita tak nampak ‘big picture’ cerita
itu, sekadar sipi-sipi saja. entah-entah sekadar habuk cerita saja pun, orang
lain yang fikir lebih-lebih.
Spontan ingatan saya ‘terpelanting’ ke belakang waktu, teringat
ada seorang rakan mesej personal di inbox fb saya, mengatakan kesudiannya
menjadi pendengar setia mendengar luahan rasa, walau apapun masalah yang sedang
saya hadapi. Jangan malu-malu katanya.
Saya jadi hairan membaca mesej dia tu, rupa-rupanya dia
mengikuti setiap status fb saya. Masa itu saya berada di Sabah selama 3 bulan,
arwah bapa keluar masuk hospital kami adik beradik bergilir menjaga arwah bapa.
Sebab berjauhan dengan suami, rindu dengan suami so saya banyak upload
lagu-lagu lentok leleh, jiwang tak karat di wall fb. Tahun 2010 – 2011. Melayan
perasaan rindu. Kawan saya menyangka saya ada ‘kekasih gelap’. Sambil gelak
sambil menaip saya menjelaskan hal sebenar terhadap kawan saya yang prihatin
itu.
@puasa@
Sekarang sudah bulan April, dan kita sedang berada di bulan
Rejab. Selepas ini menyusul Syaaban dan Ramadhan. Puasa dah habis bayar belum? Soalan
untuk diri sendiri. Dah siap ulangkaji/refresh solat terawih? Bab yang lain –
solat sunat, baca al-Quran dah upgrade?
Ulangan peristiwa pada setiap tahun. Saya sendiri… puasa tak
habis bayar lagi, tapi fikiran ini bukannya dapat ditahan-tahan begitu saja,
waktu-waktu begini menghampiri bulan Ramadhan akan selalu teringat/terimbas aneka juadah yang sedap-sedap. Dalam kotak
fikir saya penuh warna- warni juadah sahur dan sungkai (iftar). Saya membayangkan
sekiranya semua bayangan ini diterjemahkan dalam bentuk lukisan untuk
diceritakan kepada suami… tergeleng-geleng kepala dia agaknya.
Tempahan baju raya sudahpun ditutup Mac lepas. Begitulah yang saya
baca di wall fb friendlist saya yang kerjanya jahit baju. Bazaar Ramadhan…
tahun lepas 2016 saya buat rekod tak pergi langsung Bazaar Ramadhan. Cuma suami
seorang yang pergi beli sedikit juadah kuih muih, selebihnya saya masak sendiri
juadah sahur dan sungkai. Tahun ini? 2017 tak tahu lagi. Dan apa pula cerita
menarik tertarik kebaboom yang bakal menghiasi wall fb kita berkenaan juadah jualan bazaar Ramadhan trending/viral/tular nanti? Sama-sama kita tunggu. InsyaAllah semoga kita semua dipanjangkan usia menghadapi Ramadhan/Syawal dan hari-hari seterusnya mampu beribadah dengan penuh cemerlang, khusyuk, ikhlas dan yang segaris dengannya.
love,
monalizahrais,
Bt.3 Jln Kapar,Klang
Selangor
10 April 2017 Isnin
No comments:
Post a Comment