Assalamualaikum…
Jarang saya menulis cerita di waktu petang, selalunya saya
bermula waktu pagi, rehat sekejap lunch, seterusnya membawa ke petang atau
sedikit rajin sampai ke malam. Petang ini mood menulis tiba-tiba datang… sejak
pagi tadi idea dah mula menari-nari dangdut minta layan. Oklah, saya layan
dulu. Di luar hujan gelisah, sekejap kuat sekejap renyai-renyai. Dalam perut
pun gelisah, irama lapar tak sudah berbunyi, sudahnya saya makan chapati dan
sotong kering bakar cicah sos cili thai + perahan limau nipis. Pergh!!!
terangkat beb. Disulami tengok facebook sambil menaip.
28’C, scattered thunderstorm kata si Acer. Humidity 80%,
kelajuan angin 24km/h.
@ Tiket @
Awal-awal lagi Raf mengingatkan saya supaya berhati-hati dengan
pasangan Ah dan Id. Pasangan ini jenis drama king dan drama queen. Menurut Raf,
dia sudah ‘terkena’ dengan ‘helah cerdik’
Ah dan Id. Pakar putar alam katanya. Raf siap hantar bukti bergambar di
whatsapp saya. Saya? Saya terkedu, tak tahu nak respon apa, Ah, Id dan Raf
mereka bertiga saya hormat atas sebab hubungan kekeluargaan. Cuma yalah, zaman
sekarang perlu duit lebih sara hidup tinggi, faktor ini boleh buat seseorang jadi lain, berubah lebih baik atau sebaliknya.
Saya mengambil sikap pertengahan. Sokong tidak, percaya pun
tidak. Menjadi pendengar yang baik mendengar cerita Raf. Lagipun saya tak
nampak depan mata. Tak berani nak hukum apa-apa. Alkisahnya begini – Ah dan Id
perlu ke KL untuk urusan konvokesyen dan shopping. Pertama kali ke KL, sayalah
yang diharapkan menolong mereka ke mana-mana. Tak kisah, saya setuju, tolong
setakat kemampuan kita. Bermula dari hotel ke booking tiket, seterusnya
temankan tunjuk jalan ke mana-mana tempat yang Ah dan Id nak pergi, kita
tolong. Saya semacam guide gitu.
Selepas dua kali datang KL, urusan penting konvokesyen Id pun
selesai dan shopping pun selesai juga. Kemudian, balik kampung dan nak datang KL
lagi. Minta tolong tengok tiket kat saya. It’s ok, nak tolong takde hal. Jika
kita meminta pertolongan dengan seseorang, agak-agaklah kena pandai bertolak ansur.
Jangan ikut syok sendiri saja, tak peduli perasaan orang lain.
Ah dan Id selalu whatsapp/call saya sesuka hati. It’s ok lagi, saya layan seadanya. Terus
kepada poin utama yang membuatkan saya terfikir ada betulnya cakap Raf, sambil
mengimbas kembali perlakuan mereka selama berada di KL.
~ selalu provokasi/menguji, dominasi, ayat-ayat back up banyak
sangat.
~cakap besar, berbohong
Saya lambat jawab whatsapp/call Ah dan Id, bertubi-tubi pula
ayat-ayat provokasi masuk di telefon saya. Lepas tu saya jelaskan lambat balas
sebab kebetulan saya tengah mandi, tidur malah solat. Sudah dijelaskan tapi
semacam tak faham bahasa. Saya cakap kalau nak saya tolong booking tiket,
boleh, tapi Ah dan Id pergilah tengok dekat laman web AirAsia dan MAS tu. Cek
sendiri dulu…dah confirm tarikh barulah inform dekat saya untuk booking tiket
dekat ejen. Pun tak faham juga. Haish…
Saya hairan bagaimana seseorang yang bergelar guru selama +- 20
tahun…tu pengalaman mengajar yang bukan sedikit, berhadapan dengan ribuan
pelajar yang bermacam karenah …tidak memahami apa yang saya sampaikan.
Katanya lagi untuk internet mereka berdua saja dah 32GB, kan banyak tu, saya
cuma 10GB jer internet bulanan.
Maknanya tiada masalah untuk tengok tiket…bahagian booking dan
payment kita tolong urus kemudian. Setahu saya, kawan-kawan saya yang bekerja
sebagai guru – di laman fb mereka selalu ‘bising’ tak dapat key in maklumat
pelajar, tapi kalau fb dan lain-lain benda melibatkan internet laju. Dan saya
lagilah musykil, Id kerap whatsapp saya
link shopping tudung kain dan sebagainya… yang itu dia tau tengok, takkan buka
laman web Airasia dan MAS tak reti pula? Kan ganjil tu. Habis tu key in info
budak-budak yang diajar tu macam mana pula? Takkan tak reti buat?
Sudahnya saya mendapat ‘hadiah’ sindiran, ayat-ayat sinis dari
Ah dan Id beberapa hari sudah, atas sebab saya lambat balas mesej/call mereka.
Saya cuba balas mesej mereka berdua (pun hal tiket juga) dan pada masa yang
sama, mengurus suami saya yang tiba-tiba sakit. Bayangkan, kita tengah jaga
suami sakit, sambil menyelit balas mesej mereka berdua. Saya siap minta tolong jiran papah dan hantar
suami ke klinik, hujan pula lebat masa tu, mana ada masa nak layan karenah Ah
dan Id. Lainlah kalau penting sangat.
Saya cakap dekat Ah, my husband sakit sebab tu lambat balas
mesej/call. Oklah katanya, dia minta maaf. Then saya terus terang dekat Ah
jangan cuba reversed psikology dengan saya, untuk urusan tiket saya terus bagi
nombor ejen, settle sendiri hal tiket kamu, saya kata. Jenis orang tak faham
bahasa kita nak kata macam mana lagi? Dah diberitahu berulang-ulang pun tak
faham juga. Sebelum ini saya dah bagi nombor ejen tiket, tapi Ah dan Id nak saya yang uruskan tiket mereka.
Selepas itu telefon saya ‘aman’ sekejap. Namun gerak hati saya
rasa tak sedap hati, seperti ada sesuatu yang tidak kena. Perasaan ini
berpanjangan dan akhirnya terjawab pada pagi Selasa. (my husband dapat MC 2
hari). My mom missed call, itu tandanya
ada benda penting. Saya selalu ingatkan emak, kalau ada apa-apa hal
penting/kecemasan just missed call saya, saya akan call emak.
Dengan nada suara bimbang, emak bertanyakan khabar kami, my
husband dah ok ke tidak. Saya tanya emak, siapa bagitau emak my husband sakit.
Mak jawab Ah call emak awal-awal pagi lagi beritahu dia bimbang my husband sakit. Fahamlah saya
maksud rasa tidak sedap hati saya tu. (Ah tak percaya cakap saya tu, yang part
suami saya sakit) Saya tanya emak, Ah selalu call emak ke? Emak jawab dia
sebenarnya hairan kenapa tiba-tiba Ah call dia beritahu my husband sakit.
Selama ini dah bertahun, jangan kan datang berziarah ke rumah emak, telefon
bertanya khabar pun tidak. Tiba-tiba?...hmm…jarak rumah Ah dan Id dengan rumah
emak bukannya jauh pun…tak sampai sejam pun perjalanan. Kalau jalan lengang
kurang ½ jam dah sampai dah.
Taubat…saya tak nak, mohon dijauhkan
dari orang-orang sebegitu. Tiba-tiba saya teringat sesuatu– psikopat dan krisis
pertengahan umur. Ah 48 tahun dan Id 46 tahun. Melihat ‘watak dan perwatakan’
mereka berdua, berdasarkan latarbelakang pendidikan saya dalam
bidang teater, ciri-ciri itu ada pada mereka berdua (sekadar terfikir, sambil berharap saya salah, sedar diri... saya bukan pakar yang sahkan orang itu ini sakit sekian-sekian...).
Saya ‘mengadu’ kepada Raf,
kenapa Ah dan Id begitu. Mengikut Raf, teknik yang sama Ah dan Id pernah
gunapakai sebelum ini, jika mereka tidak puas hati dengan si polan bin/binti si polan, mereka akan ribut serabut kacau
orang terdekat. Supaya jadi ‘gempak’. Ala-ala perang saraf gitu. Nasib baik
emak sedia maklum perangai mereka laki bini. Saya dah jelaskan semuanya dekat
emak, dan emak pun beri nasihat tak perlu layan orang-orang jenis gitu.
Membaca semula tulisan saya dari atas sehingga ke perenggan ini,
saya terasa seperti sedang mengecat dinding perasaan – warna hitam, terasa
hitam dan gelap perasaan ini dan seperti ada satu sudut bahagian kecil dinding
putih sedang berbisik –‘it’s not you Mona, kau bukan seperti ini, menyuluh sisi
hitam orang lain, it’s not you’. Huhuhu…
J junior saya masa sekolah menengah, tiba-tiba call saya. Bagi
tawaran menarik, ada kerja bagus, pendapatan lumayan. Tak kira kita kerja atau
surirumah, kerja ini avalaible untuk semua, katanya. Masa tu saya tak tahu
sangat tentang bisnes MLM. Pernah dengar, tapi tak tahu dan tak faham. Alangkan
facebook walaupun saya dah buka akaun masa tu…tapi tak aktif. So, ada banyak
info saya tak tahu.
J cakap, lagi beberapa hari ada seminar kerjaya di hotel
terkenal di KL, pergi dulu katanya, setuju dapat untung kalau tak berminat pun
it’s ok. Just tambah ilmu pun boleh. Masuk percuma.
Bincang-bincang dengan suami… suami kata pergilah. J datang
jemput saya di rumah. Kami pun geraklah ke hotel. Hotel apa? Tak ingat dah.
Masa tu tahun 2010. Ladies and gentleman… dia punya drama, memang meyakinkan
kita. Mampu meyakinkan kita supaya keluar duit ribu-ribu. J layan saya semacam
kita ni pasangan kekasih, bahagian gentleman tu… sangat sangat sangat. Siap
dibukakan pintu kereta lagi. Nasib baik tak dibaginya bunga dan coklat hahaha…
Gerak dari Klang +- jam 10 pagi, sampai hotel waktu lunch, di
lobi hotel ada pameran minyak wangi. Menurut J, itu semua produk syarikatnya,
sale juta-juta sampai ke oversea.
Kemudian saya dibawa ke dalam dewan, ada banyak table. Susun
atur table tu macam kita pergi majlis kahwin. Tunggu punya tunggu tak de pun
seminar, saya tanya J bila nak mula seminarnya, mana peserta, J jawab hari ni
seminar terpaksa tangguh kita buat sesi pengenalan saja dulu. Saya diberi
borang isi nama, alamat, nombor IC, nombor telefon.
Mula-mula J cerita produk penyegar udara. “Beberapa tahun akan
datang dunia akan tercemar teruk, semua orang pasti akan beli produk ini. (dalam
hati saya : punyalah banyak penyegar udara jual dekat pasaraya, hmm…). Masa itu
kita akan kaya raya. Sebab pengguna tiada pilihan, nak tak nak mesti akan beli
produk kita. Tak rugi join bisnes ini. Dah namanya bisnes, tak sah kalau tak
cari orang, semakin banyak downline yang kita cari, kita pun dapat bahagian
persennya, bla bla bla bla…”.
Tu..skim
pyramid tu..korang google jer Ponzi skim, skim cepat kaya, dan banyak lagilah
nama-nama pelik. Itulah yang saya maksudkan.
Lebih kurang jer semua ni, beza pada produk yang tak wujud pun, jual air liur +
sembang terbang saja tu. Janji duit dapat.
J cuba pengaruhi saya supaya sign borang tanda setuju join group
dia orang, then saya WAJIB keluar duit deposit RM 6000. What? 6 ribu kau kata?
Ya, 6 ribu beb, tak ke gila namanya tu. Kan tak betul tu? (dalam hati saya :
apa barang keluar duit 6 ribu? Setakat produk penyegar udara? Di pasaraya
tidaklah semahal itu). Dia punya ayat-ayat brainwash pergh… setiap kali kita
nak cakap kita tak nak/tak setuju, dia dah jawab dah. Seolah-olah dia tahu apa
yang ada di dalam fikiran kita.
Dia punya ayat-ayat/hujah memang power beb! Kalah ayat-ayat kasanova, haha…agak susah
juga saya menangkisnya. Fuh, gila punya brainwash. Dan…walau apapun reaksi
kita, dia tetap tenang, sangat tenang sebenarnya dan sentiasa tersenyum. (saya
melihat di sekeliling…bukan saya seorang sedang dibrainwash, setiap meja kita
dapat lihat orang lain dengan reaksi yang sama seperti saya – nampak sangat
kerut dahi muka ketat tu, dalam hati saya terdetik : ni something wrong ni,
lain macam dah ni).
Nasib baik ada sedikit tempoh ‘bertenang’. Sampai waktu solat
Zohor dan Asar…J siap hantar saya sampai depan pintu surau. Nasib baik J ni
lelaki (sebab dia kawan kepada adik saya, tu pasal my husband setuju saya join
‘seminar kerjaya’ yang dikatakan J sebelum ini) so saya dalam surau ada sedikit
masa memikir – macam mana saya nak kata tidak ni? Nak berkeras memang susah,
agak mencabar berhadapan dengan situasi
‘keras dalam lembut’, memaksa kita secara halus).
Sesi brainwash berpanjangan sampai waktu Maghrib, bermula J
seorang, J panggil beberapa upline sekali brainwash saya, bertubi-tubi. Saya
lebih banyak diam dan tak respon sangat provokasi mereka. Layankan saja
seadanya. Benda-benda lucu, nampak sangat menipunya – cakap besar ada Ferrari,
income puluh ribu sebulan, melancong luar negara, cakap Bahasa Inggeris pun tak
betul sebutannya (saya yang memang tak terror BI ni pun tahu sebutan dia tu
salah). Saya rasa lucu, melihat cara mereka berpakaian malah melihat tali leher
cara pasang pun tak betul, sepatutnya hujung tie tu bukannya atas tali pinggang
kan?
Dan kalau kau ada
Ferrari, takkan kita makan nasi lemak jer? Nasi lemak bungkus pula tu yang
harga tak sampai 2 ringgit pun. Apa kelas bro? Dompet saja nampak sangat produk
pasar malam. Hish takkan pakai dompet murah kalau dah ada kereta Ferrari? Isk
isk isk. Maaf cakap, melihat material kain seluar slack, kasut, kemeja mereka
pun kita dah nampak dah, tak nampak dan tak dapat hidu bau ‘orang-orang kaya
tu, alahai…
(dalam hati saya : marah ada, kesian pun ada, kenapalah korang
buat kerja-kerja menipu ni? Terdesak sangat ke?)
Dah lepas Maghrib, telefon saya bunyi, suami call. Saya cakap,
saya nak balik.
J & the gang : Tapi kamu tak sign lagi borang ni. Rugi tak
join.
Saya : Saya fikir dulu, bincang dengan suami, 6 ribu tu bukan
sedikit, banyak tu.
J & the gang : Rugi tau kak, kalau tak sign sekarang, rugi
sangat, peluang hanya datang sekali.
Saya : Saya nak balik juga, my husband dah call. Number phone
ada kat borang tu dan J pun tahu rumah saya. Tak jadi masalah nak contact saya
kan? (dalam hati saya tersangatlah berdebar, melantun-lantun debarnya, fuh!)
Sepanjang perjalanan sampailah hadapan rumah, J terus berlembut
memujuk saya supaya setuju.
Depan rumah jadi macam ni, dalam kereta.
J : Suami akak dah balik?
Saya : Belum lagi.
J : Kalau akak tak kisah, J tunggu suami akak balik, kita
bincang lagi dalam rumah. Tak pe, saya tunggu di kereta pun ok. (masa ni dia
tak buka lock pintu kereta lagi, huhuhu…)
Saya : (dalam hati saya : macam mana aku nak cakap ni aduiii…).
Tak payah tunggu J. J balik dulu, J ada facebook? Nanti saya add fb, nombor
telefon saya ada dekat J dan J pun tahu rumah saya kan?. (saya cuba cakap
dengan nada tenang dan mesra tapi debarnya ya Allah…sungguh)
J unlock pintu kereta dan saya pun berjalan tenang (ikutkan hati
saya nak lari jer) menuju pintu rumah, masuk rumah dan terus KUNCI rapat-rapat!
Fuh leganya. Dalam tempoh beberapa minggu bermula malam itu, telefon saya tak
henti-henti bunyi, J punya pasallah, mesej dan call bertubi-tubi, huhuhu…nasib
baik J tak datang rumah, sepanjang masa saya kunci pintu rumah, dan kalau J
datang rumah saya tekad call polis. Saya cerita dekat suami dan adik saya
tentang J dan syarikat PALSU dia tu, adik saya suruh saya call dia kalau J kacau
saya lagi.
Saya add J di fb, guna akaun fb saya yang tak aktif sangat tu, untuk
baca profilenya, dan mungkin sebab J nampak adik saya selalu komen status-status
di fb saya, rasanya dia tak berani kacau lagi, siapa nak cari nahas dengan
kakak polis kan? Lagi-lagi kalau niat menipu.
Itu cerita ngeri saya berhadapan team MLM tahun 2010. Internet saya masa tu pun just
guna broadband yang bersambung laptop tu, bayar bulanan ratus juga. Tapi saya
jarang sangat online. Kalau online pun just dengar lagu-lagu dan tengok wayang.
Sekarang macam-macam info di hujung jari, di hujung kuku…segala
penipuan atau kebenaran semuanya mudah dicari. Kecuali kalau memang jenis tak
ada/tak guna internet langsung. Pada waktu sekarang. ini sangat ganjil kalau
tak tahu langsung bab-bab laman social. Alangkan surirumah di kampung-kampung,
malah tukang kebun dan cleaner tandas di pasaraya pun ada smartphone dan
facebook! Bayi yang tidak tahu apa-apa itu ada akaun fb, tweeter malah
Instagram.
@ Drama terapi @
Ini cerita zaman study dulu dekat Universiti Malaya. Flashback
sekejap.
Kami diberi assignment, dalam studio bercermin a.k.a kelas kami –
kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kami perlu buat show (performance).
Course kami jenis gini, 80% praktikal (teater) 20% lagi assignment yang
tulis-tulis tu. Tak adanya kelas kuliah memanjang dan kelas tutorial seperti
kursus lain.
Terus kepada poin – my team kena buat show teater kanak-kanak
dekat tadika di Batu Caves. Kami buat show yang cerita anak ayam dan musang tu.
Menyanyi, menari bersama budak-budak comel tu. Seronok sangat, hihi…rasa balik
semula di zaman kanak-kanak.
Tapi sekarang saya nak cerita sikit tentang drama terapi. Ada
satu team yang perlu berdrama terapi dengan pesakit wad mental di XYZ. Task yang jenis ini mencabar, kena handle oleh senior yang pure
orang teater, yang memang terdedah dengan teater sejak zaman kanak—kanak/remaja
lagi. Kami yang junior confirm memang
tak terpilih lah untuk join team ni, khas untuk ‘otai’ saja.
mask (kredit gambar : google)
Selesai task, kami tanya senior, best tak masuk wad mental tu?
Dia cakap ‘best sangat’, bahagian berpura-pura ‘gila’ bermain bercakap, masuk
dalam dunia orang sakit mental tu seronok. ‘Melayan’ karenah mereka, memang
seronok. Tapi yang mencabar nak ‘keluar’ dari lingkungan ‘gila’ itu agak payah.
Sebab pesakit mental disorder (harap-harap betul penggunaan perkataan ini) tu
dah sayang, suka, seronok dengan team drama terapi senior kami ni.
Untuk self confident, kamu boleh join kelas/bengkel teater, asas lakon.
Sekitar KL ada banyak pilihan. kamu just google/fb. Taip saja bengkel teater,
macam-macam ada, dan pilihlah nak yang mana. Yuran pun berbaloi-baloi.
Sesungguhnya saya sangat rindu zaman belajar di UM dulu. Dan
bersyukur walaupun saya bukan pelajar cemerlang, usai juga pengajian saya di
situ. Sedikit asas teater yang saya ada (Alhamdulillah degree holder dalam seni
persembahan (drama)/performing arts (theatre) ), banyak manfaatnya dalam
kehidupan seharian. Kita mudah mengesan, membaca tanda-tanda provokasi, niat
orang lain terhadap kita.
Kita tahu kalau orang di hadapan kita sedang menipu,
menyindir, marah dalam diam, kesedihan di sebalik senyuman seseorang atau jatuh cinta/ tertarik (what? haha…) dengan
kita dll, hehehe… (tapi lepas baca cerita ini janganlah pula suka-suka nak menguji
saya, kita bukannya alert sepanjang masa). Sebenarnya semua orang pun ada
elemen teater dalam diri masing-masing, antara tahu atau tidak je. Sudah tentu
sudut pandang kami yang mendalami teater ini berbeza dengan kamu yang belajar
ilmu lain, tak gitu? Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan.
love,
monalizahrais
Bt3 Jln Kapar, Klang
Selangor
3 Disember 2016 Sabtu
No comments:
Post a Comment