Assalamualaikum…
21/12/2016 saya terpaksa ke
klinik lagi. PPP cakap saya migraine, suruh rehat banyak, tidur awal banyakkan
minum air. M*******p terpaksa on hold, layan sakit kepala dulu, sakit kepala
saya itu bermula beberapa hari lepas ketika saya rush menaip, tidur kurang,
makan tak makan. Kalau dah menghadap laptop, setakat 4 ke 6 jam perkara biasa,
tak pandang kiri kanan dah. Rasa macam sekejap sangat walhal lama tu! Kita naik
flight 2 jam 45 minit dari KL ke
Sandakan terasa lama sangat, boring kemain sekejap-sekejap tengok jam bilalah
nak landing ni.
Sekarang sakit kepala dah hilang, saya singgah blog sekejap
sebelum membelek semula m*******p yang tertangguh. Tulis yang ringan-ringan
dulu. Menulis di blog ini saya just ‘tulis’ poin penting di kepala, kemudian terjemah
taip terus, mood santai serabai bantai tulis. Seperti sedang bercakap dengan
seseorang di hadapan kita. (alaaa…bercakap dengan laptop ni – si Green nama
timangannya).
Saya terfikir, kepala asyik sakit beberapa kali tahun ini, macam
mana nak handle benda ni? Supaya tak berulang-ulang. Bukan niat menolak ubat,
tapi kalaulah dapat dielak alangkah bagusnya, saya fikir gitu. Kebetulan ada dapatan
menarik di fb seorang doktor, elak/kurangkan MSG dan gula katanya – ada seorang
pesakitnya yang terpaksa makan ubat setiap hari atas sebab migraine. Kemudian
dia syorkan tolak MSG dan gula, Alhamdulillah pesakit itu dah baik dah
migrainnya.
Ingatan saya terimbas, saya ada minum Milo dan Nescafe beberapa hari
sudah. Terlupa sekejap saya akan sakit kepala kalau minum dua benda ni, kan dah
mendapat…ditambah dengan tidur tak tidur, makan tak makan…
Oklah sambung lagi cerita balik kampung yang 2 bulan ni. Saya
jarang-jarang balik kampung tu pasal tiba-tiba banyak idea menulis hal-hal
berkaitan kampung, padahal cerita biasa-biasa saja pun, bukannya gempak sangat
pun. Tak kisahlah gempak tak gempak janji saya puasa hati. Menulis bagi diri
saya adalah satu bentuk terapi, semacam hobi gitu. Setiap orang ada hobi,
kesukaan masing-masing.
@ Diari @
Saya kemas-kemas bilik. Terjumpa buku latihan adik bongsu. Entah
kenapa terrr..gatal tangan membelek buku dia tu. Rupa-rupanya diari!. Pada
zaman segala macam di hujung jari ini, diari adalah sesuatu yang… sangat-sangat
ganjil. Adik bongsu, 16 tahun ada diari! Alangkan kanak-kanak yang belum tahu
membaca pun dah reti belek smartphone…bayangkan remaja 16 tahun. Di fb, ada
remaja 16 tahun dengan muka dia yang licin putih make up cun, siap jual produk
lagi, follower ribu ribu beb! Zaman saya 16 tahun? Tengok komputer rasa segan,
hahaha…
Saya baca diari adik saya tu, sambil tersenyum-senyum sendiri.
Teringat blog sendiri + status-status saya di fb. Sambil membayangkan agaknya
macam manalah reaksi orang lain membaca tulisan saya? Adakah serupa dengan
reaksi saya membaca diari si adik bongsu?
@ Kaset @
Kenal kaset tak? Anak buah saya, yakni anak adik saya turun
bawah rumah. Generasi lahir sebelum tahun 2000, saya percaya mesti kenal
makhluk kaset ni apa. Rumah di kampung jenis bertiang, jadi tempat parkir
kereta. Anak buah naik rumah, duduk tepi saya dengan mimik muka hairan tunjuk
sesuatu, kaset. Sambil bertanya hairan, “Ayuk Mun…ini apa?” bayangkan wajah
polos kanak-kanak 6 tahun yang pertama kali memegang kaset, gara-gara terjumpa
kaset di bawah rumah.
Kebetulan saya dan emak budak ni sedang sembang. Kami berdua
sambil tersenyum-senyum menerangkan fungsi kaset kepada anak buah. Entah apa
yang ada di fikirannya ketika itu. Anak
buah semacam tidak percaya kaset ini kita boleh dengar dan rakam lagu. Sejak bayi lagi, lagu-lagu buaiannya sahaja dari
smartphone… macam manalah dia nak hadam pasal kaset tu, bertambah bingung
garu-garu kepala si anak buah. Dan ini membawa maksud… adakah kita semakin tua?
@ Gajet @
Rasa ganjil melihat orang-orang tua membelek smartphone,
dihadiahkan oleh anak mereka. Sungguh saya rasa ganjil. Mungkin sebab saya
duduk bandar, so bila suasana tu berubah terasa sangat ganjilnya. Tapi emak
kami awal-awal lagi dah pesan, dia tak nak smartphone, cukuplah telefon Nokia
yang biasa-biasa tu jenis yang picit –picit tu. Moden sangat katanya. So kami
anak-anak dia pun ikut je lah cakap emak.
Dah dia kata tak nak, kalau kita bagi
pun memang dia takkan pakai punya. Emak jenis old schold sejati. Degil dan
bossy, hehe…
Saya teringat satu filem, watak antagonis dalam filem ini dia
derma telefon + simcard + langganan internet, percuma seumur hidup = smartphone
zombie. Kesannya pelanggan jadi zombie gaduh bunuh sana sini, jadi mereng
sewel, ketagih sangat.
Mari kita lihat di dunia realiti, di hadapan di sekeliling kita
sekarang termasuk diri kita sendiri– facebook etc percuma, kita just keluar
duit untuk smartphone dan langganan internet saja. Agak-agak kalau semuanya
percuma? Apa jadi?Dapatan di facebook sebentar tadi saya terbaca ada satu
kajian kanak-kanak yang ketagih smartphone dibiarkan 24 jam tanpa telefon…
serupa orang ketagih dadah. Dahsyat. Sekarang pun orang punya gaduh di fb kaw2
gaduh punya. ‘Meletup’, ‘berdentum’ sana sini. Ah kau sendiri pun tahu, saya
sekadar terrrr…rajin menulis semula di sini.
Syukur my husband uninstall siap-siap whatsapp ect, kecuali
facebook itupun jarang-jarang online. Katanya rimas, telefon asyik bunyi.
Spontan saya mengingatkan diri sendiri, beragaklah juga nak online sangat tu,
dah dapat suami yang bukan kaki game, bukan fb mania, syukur sangat. Jangan
saya pula yang terlebih zombie phone nya. Mohon dijauhkan.
X duduk sekali dengan kami, study di PJ. X ini lelaki, family
kami.
Wahai ibu bapa abang kakak datuk nenek dan terutama sekali diri saya
sendiri, sama-samalah kita mendidik anak/saudara lelaki kita supaya
sekurang-kurangnya tahu benda asas kerja rumah. Senang hidup di rantau orang,
dapat berdikari basuh baju, lipat baju, kemas katil, menyapu bilik, basuh
pinggan.
Ceritanya begini – X basuh/ sidai/lipat baju, sapu kemas bilik
dah ok dah. Buat sendiri. Entah kenapa bab masak-masak dan basuh pinggan
serabut bertabur sinki/ dapur/lantai. Biar macam tu je. It’s ok, saya faham mungkin
X sibuk dengan assignment, saya tolong kemas dan basuh. Makin menjadi-jadi
tahap malas pula dah. Saya dah sikit-sikit mendidih dah, ni tak boleh jadi ni.
Saya tegur, ok jalan, settle. Kemudian berulang semula. Akhirnya
saya mendapat akal saya whatsapp X, lecture dia sikit-sikit. Dia respon cepat
mesej saya, lebih laju daripada face to face. Saya tegur secara berhadapan… dia
diam saja, tak respon apa-apa. Tapi tegur melalui whatsapp? Laju benar.
Dia balas whatsapp, sibuk katanya tak sempat bersihkan pinggan
mangkuk yang dia guna. Saya dengan tegas respon - kalau tak sempat jangan buat! Kita tiada orang
gaji di rumah ini. Kau harapkan siapa kemaskan kerjamu?Belajar berdikari supaya
nanti kau duduk rumah sewa anytime di masa hadapan tak menyusahkan housemate.
Alhamdulillah settle sehingga ke hari ini. Nampak tak pengaruh
gajet/app tu? Huhuhu…padahal kita serumah je pun, hari-hari dok menghadap muka
yang sama.
Kadang-kadang ada waktunya X bermalam di rumah sewa rakannya
sebab study group dan kelas malam. Lepas tu bila dah balik sini, tiba-tiba dia
komplen – teruknya rumah kawanku itu, pemalas sungguh sinki penuh tak basuh
pinggan, sampai berlipas berkulat pinggan mangkuk. See? Kalaulah X tak terdidik
dengan kebersihan, sudah tentu dia tidak bercakap sedemikian.
Dulu pernah saya share status di fb, ada yang terasa hati siap
datang ‘menyerang’ saya di rumah, hahaha… sungguh saya tak tipu tuan-tuan dan
puan-puan.
Saya pula yang kehairanan. Tak tahu nak rasa apa – marah atau lucu. Salah
faham tu aduh… saya just share tentang kehairanan saya melihat wayang adik
beradik bergaduh, dahsyat pergaduhan mereka. Tu, yang cerita Kublai Khan tu
dekat TV 8 dulu. Saya pun tulis status lebih kurang bunyinya begini –
‘Rupa-rupanya pergaduhan adik beradik lebih teruk daripada bergaduh dengan
orang luar. Tengah tengok drama Kublai Khan.’
XYZ menyangka saya sedang menyindir dia, padahal tiada apa-apa pun,
aduiii…
Dahsyat pengaruh gajet ni, tak gitu?
@ Anak @
Masyarakat kita memang sangat ‘ohsem’ dan ‘amazing’. Dia punya
judge serupa kau buat kesalahan besar ala-ala pengedar dadah, dan kena mati di
tali gantung, bukan alang-alang beb. Mula-mula kahwin memang kita terasa,
semakin banyak tahun berkahwin dan masih berdua… semakin ramai yang ‘prihatin’.
Gaya rentak soalan juga semakin padu menusuk kalbu hahaha… Beberapa bulan sudah
pernah juga saya bercerita tentang isu anak. Sekarang nak tambah sikit je lagi.
Supermoon. Tiba-tiba O bersuara beri cadangan… menyuruh saya
berdoa bersungguh-sungguh memohon dikurniakan anak. Mujarab katanya berdoa
sewaktu berlaku benda-benda aneh. Saya tanya dia, siapa cakap macam tu. O
jawab, mengikut kepercayaan orang-orang tua. Saya senyum saja sekadar respon –
“Mengikut kepercayaan orang-orang tua kak?” kemudian menyambung dalam hati –
‘Kita ikut al Quran dan hadis. Apa kau ingat aku tak pernah berdoa usaha selama
ini?’ Saya buat derk je cadangan dia tu.
Tak perlu layan benda gitu.
Kadang-kadang bukan tentang sentap atau sensitif ditanya soalan
bila nak ada anak. Kita pula yang kesian menengok si tukang tanya tu? Sebab?
Kesian sebab bila sidia binti sidia tersangatlah rajin bertanya kita, saya
mestilah tertanya-tanya… mungkin sidia binti sidia ini ada petua atau mesti
anak dia cemerlang semuanya. Sedihnya rupa-rupanya sidia binti sidia ini anak
cucunya jenis luar nikah. Nauzubillahiminzalik. Ibarat dia mengata rabaknya
pakaian orang lain sedangkan pakaiannya lebih banyak lubang tidak berjahit. Saya
bersyukur perkahwinan kami suami isteri berlangsung atas sebab mendirikan
masjid secara baik-baik.
Dan saya juga melihat ada yang mencemuh pasangan yang mengambil
anak angkat, katanya tak sama dengan anak sendiri, rugi. Memanglah cik kak oi…
tak sama tapi awak sanggup ke pelihara anak angkat? Anak awak sendiri pun tak
terurus. Awak tahu ke tidak ganjaran memelihara anak yatim?
Saya pernah ditanya oleh sipolan binti sipolan, sambil dia
memegang anaknya yang masih bayi – mahukah saya memelihara anaknya sekiranya
dia beri bayinya itu kepada saya. Saya jawab, tak tahu. Kemudian dengan nada
sinis dia membalas – kalau saya meminta merayu pelihara anaknya pun dia takkan
beri. Sambil memandang saya dengan pandangan menghina. Sungguh, saat saya
menulis perenggan ini hampir-hampir menitis air mata dibuatnya. Sebak tau. Dia
yang memulakan perbualan bukan saya.
Ada seorang makcik (dah meninggal dah makcik ni), pada setiap
tahun saya balik kampung…dia akan intai-intai saya dan setiap kali ada
kesempatan berjumpa/berselisih makcik ni mesti tanya saya, kalau-kalau saya
tahu anaknya duduk mana, saya ada jumpa ke tidak anaknya itu. Anak makcik ini
dah berpuluh tahun tak balik kampung, tanpa sebarang kiriman berita/panggilan
telefon, entah hidup atau mati. Saya hanya mampu menjawab - tak tahu dan tak pernah jumpa pun anaknya.
Di luar jangkaan, anak makcik ini terbuka hati balik ke kampung
halaman, siap bawa menantu lagi. Dan beberapa tahun kemudian, makcik ini pun
meninggal dunia. Nasib baik sempat bro! Kalau tak, menyesal tak sudah jawabnya
bro!
@ Air @
Isu air di Selangor tiba-tiba mengundang beberapa karakter
‘menghiburkan’ di laman sosial. Apalagi, status bunga api warna warni di sana
sini, ‘star wars’. Kalaulah yang berlagak ‘badut’ itu level rakyat marhaein
kita tak hairan sangat, tapi apabila ianya melibatkan individu yang berpengaruh,
viral/tular cerita itu sangat laju. Siap kena troll lagi. Tak perlu saya sebut, kamu pun tahu ini
story…hot & spicy. Sehingga sakit perut gelak dibuatnya.
Di kampung halaman, masalah air sudah berzaman diperjuangkan.
Entah di mana silapnya. Sekarang dah ada bekalan air paip, tapi selalu sangat
airnya tiada/kurang. Mengadu? Tunggu pilihanraya waktu YB datang berduyun-duyun
mencari undi, meraih sokongan. Di luar waktu pilihanraya… pandai-pandailah
menjadi kreatif dan berinovasi?
Dua bulan di kampung saya menjadi saksi emak bangun seawal 3 ke
4 pagi menyambut air memenuhkan tangki biru, baldi dan dram. Setiap hari beb. Bekalan
air di kampung tidak menentu, sekejap ada sekejap tiada, macam iklan biskut
chipsmore tu. Di sini,baru beberapa hari mati air dengan notis pemberitahuan
pula tu… sudah ada yang meroyan tak tentu pasal. Kalau tanpa notis, agaknya
sewel terus.
@ Jauh @
Lembah Klang vs Sabah. Orang-orang tua selalu merasakan KL dan
Sabah sangat jauh. Tapi pada saya tak begitu. Naik flight 2 jam 45 minit, dekat dah tu. Jauh hanya dari
sudut geografi dan wang ringgit. Sekarang kau pun tahu, itu tambang murah Air
Asia, Malindo, Mas. Beli awal tiket, seawal 6 bulan, 3 bulan, rancang cuti. Dapat
yang murah-murah.
Tak dapat selalu balik kampung, kita angkut family datang sini,
jalan-jalan, shopping mopping duit. Sekali lagi, tunggu promosi tambang dan
rancang cuti awal-awal.
Bermula umur 13 tahun, saya memang dah biasa berjauhan dari
family. Sampai sekarang umur jejak 36 tahun… saya masih di perantauan.
Sejujurnya saya tak kisah menjadi warga Selangor, dah serasi pun saya duduk
sini. Tapi kita masih ingat dan rindu kampung halaman. Cuma cara rindu tu beza
banyak semasa masih bujang dan setelah bertahun-tahun bergelar isteri.
Masa semua adik beradik masih bujang, agak rapat semuanya, boleh
share macam-macam, setelah keluarga berkembang biak… kita fikir rumahtangga
kita dulu kemudian baru fikir family di kampung. Politik keluarga sentiasa
wujud, terjadi kepada semua orang dan berulang-ulang ceritanya. Apa kau ingat
drama-drama Melayu kita di tv itu sekadar rekaan 100%?
Kau silap beb, walau tak masuk akal ceritanya, percayalah ada
yang benar-benar terjadi di alam realiti, beza pada ‘seni persembahan’ drama
itu dipersembahkan. Ianya semacam fotostat cerita sebenar, cuma
diolah/diadaptasi dalam bentuk kreatif. Kita fotostat satu page dan page
seterusnya, ada pilihan jenis hitam putih dan warna warni, ibaratnya gitulah.
love,
monalizahrais
Bt.3 Jln Kapar
Selangor
24 Disember 2016 Sabtu
No comments:
Post a Comment