Assalamualaikum…
Bukan kami yang pindah rumah, tapi adik saya yang pindah keluar,
bermula semester 3 bersamaan semester 1 pada tahun kedua pengajian, bermula
Disember 2016 dia menyewa rumah duduk sekali dengan kawan-kawannya. 8 orang dan
sewa bulanan RM 400 seorang termasuk api, air, wifi. Tingkat 5. Full furnished - mesin basuh, peti sejuk, heater, oven, 2
dapur, pinggan mangkuk gelas, tilam, sofa, meja makan, tv, aircond, rice cooker
ada 3. Deposit RM 850.
Kondominium D’Aman Crimson, nama tempat tu, dekat LRT stesen
Lembah Subang. Rumah ini milik keluarga kawannya, membeli beberapa rumah di kawasan ini,
disewakan khusus untuk pelajar-pelajar kolej berhampiran. Maknanya sentiasa ada duit tepi, walaupun
ekonomi gawat tak gawat, kata rakan adik saya tu.
Dia dapat biasiswa Yayasan Sabah. Pointer/CGPA kena jaga, perlu
maintain power. Untuk semester terkini dia dapat GPA 4.0, semester sebelumnya CGPA
3.61, masih di paras selamat. Maknanya
untuk kekal CGPA 3.6 semester ini dan semester seterusnya, dia perlu
kekalkan GPA 4.0 every semester. Sebab
sudah ‘bocor’ satu subjek tak dapat A+.
Sebagai kakak, saya gembira dia keluar rumah dan duduk menyewa
bersama rakan-rakan pengajiannya. Teringat zaman saya study dulu… masuk
semester 2, tahun pertama pengajian saya dah duduk rumah sewa dah,
merasai/melalui suka duka pelajar luar kampus. Menjadikan kita lebih berdikari.
Adik saya bermula matrikulasi dia duduk hostel setahun, sampai
kurus kering jadinya sebab duit loan atau biasiswa tak masuk-masuk. Hari-hari
mencatu makan minum. Kemudian tahun pertama, duduk sekali dengan kami, kami
tolong setakat yang termampu, dia berulang alik Klang – Petaling Jaya untuk attend
class dan syukurlah penantian menunggu loan/biasiswa sudah berakhir.
Semalam, sebelum dia gerak keluar rumah, sempat lagi dia
bertanya kalau-kalau saya ada apa-apa benda nak beli, dia tolong belikan kat
kedai. Sambungnya lagi, kalau ada apa-apa kecemasan misalnya saya atau suami
yang sakit tiba-tiba, just call dia saja. Dia akan bantu semampunya. Selama
setahun dia duduk bersama kami… sebenarnya saya agak ‘kejam’ dan rajin buli
adik saya ni. Tujuan utama saya bersikap
‘kejam’ dan membuli, sebab saya sudah membayangkan/menjangkakan kalaulah
satu hari nanti biasiswa/loan adik saya masuk… saya tidak perlu bimbang tentang
survival dia di luar kampus. Mampu berdikari.
‘Kejam dan buli’ – saya pastikan dia basuh/sidai/lipat atau
gantung pakaian sendiri. Basuh pinggan mangkuk, kemas dapur selepas digunakan.
Kemas katil dan sapu bersih bilik sendiri. Ajar dia kenal barang-barang dapur
yang paling asas – pergi ke pasaraya terdekat sekali dengan adik. Kemudian di
lain hari saya beri duit suruh beli barang-barang dapur.
Semalam, saya lihat adik saya basuh pinggan sendiri…
saya berharap sekarang dia dah duduk rumah sewa, berkekalanlah sikap rajin dia
tu. Tak menyusahkan rakan serumah. Sepanjang tahun ini, saya 'mengintai' solat si adik, dia jaga atau tidak bahagian ini. Saya beri dia sejadah dan sebuah al Quran kecik. Alhamdulillah 'lulus' semuanya, hihi...
Walaupun 'kejam dan buli', saya tidak pernah marah atau tinggikan suara, no bebel-bebel like nenek-nenek... saya just cakap benda-benda perlu dalam nada tertentu - tegas, natural atau mesra (ikut keadaanlah).
Nasib baik emak kami tak duduk sekali dengan
kami, bukannya apa emak jenis orang kampung sejati yang terdidik dengan
bermacam adat yang kadang-kadang menyusahkan itu (ditegaskan bukan emak yang
menyusahkan tapi bahagian amalan adat itu)… kau bayangkan macam manalah saya
nak ajar adik saya buat kerja rumah kalau si emak tegas dengan adat – orang
lelaki tak perlu buat kerja rumah = kerja perempuan.
Adik saya yang lain yang belajar di Adtec dulu tu… sekarang
kerja di Kota Kinabalu duduk dengan abangnya. Semasa belajar dulu… dia duduk
hostel dan makan minum disediakan, just fikir basuh baju sendiri, fokus study.
Elaun bulanan RM 300. Tak pernah merasa duduk luar kampus. Kesannya ada sedikit
gaduh-gaduh di rumah adik saya di KK sebab dia tak reti basuh pinggan mangkuk
sendiri. Dia mengadu dekat emak pula tu…
dan si emak menyokong si adik yang malas basuh pinggan sendiri…alahai…but now
dah settle dah. Dia kena basuh sendiri pinggan mangkuk gelas dan bersihkan
dapur selepas guna. Mesti berdikari.
Ada masa saya dan suami akan ‘melawat kawasan’ rumah sewa adik
saya. Gambar ada dalam group whatsapp family. Gambar dapur, dalam bilik,
pemandangan dari balkoni rumah. Sambil menulis cerita ini, saya sempat
berwhatsapp dengan adik mengingatkan dia jangan lupa basuh pinggan bersih dapur
selepas guna. Renew ‘ikrar’, hehehe…
(membaca semula tulisan di atas, saya merasakan 'make up' ayat-ayat yang digunakan seakan karangan budak sekolah rendah hahaha...biarlah malas mau edit balik)
love,
monalizahrais
Bt.3 Jln Kapar Klang
Selangor
31 Disember 2016 Sabtu
No comments:
Post a Comment