Assalamualaikum…
Hari ini pagi ini jam dan saat ini, cuaca
pagi di luar rumah cerah, cuaca di hati pun cerah bersinar-sinar. Lirik lagu
pada zaman IT jenis info laju-laju di hujung jari agak pelik berbanding zaman
80-an sehingga tahun 2000. Zaman kanak-kanak sehingga remaja saya, kami kenal
lagu-lagu rock kapak, tangkap leleh Ziana Zain, Erra Fazira,Awie, lagu-lagu
Loloq, M Nasir, Ella, dan sedikit perisa nasyid jenama Raihan dan Rabbani.
Mungkin factor umur, sekarang saya kurang mendengar/mengikuti perkembangan
terkini lagu-lagu di negara kita, malah artis-artis terkini yang muda-muda pun
saya tak kenal sangat. Tapi untuk pagi ini, update cerita di blog saya pinjam
sekejap sedikit lirik lagu – Aduh aduh sayang…
(disclaimer : setelah meneliti lirik
penuh lagu aduh aduh sayang,ingin saya tegaskan cerita ini tiada kaitan
langsung dengan lirik penuh lagu tersebut, saya just pinjam bahagian ‘aduh aduh
sayang’ saja untuk make up/aksesori cerita)
Ok jom kita teruskan cerita.
Balik kampung edisi aduh aduh sayang… pun
di luar jangkaan. Bayangkan saya baru jer balik dari Sabah 5/10/2016 yang
lepas, kemudian 9/11/2016 terbang lagi ke Sandakan, Sabah. Rezeki jangan
ditolak kan kan kan…dikhabarkan kepada kami suami isteri bahawa anak buah kami
nak kahwin dah, bertarikh 13 November 2016, Ahad.
Itu ini begitu begini saya
cepat-cepat urusbeli tiket kami yang semuanya berjumlah RM 700 pulang balik
untuk 2 pax, pergh…lumayan juga ya. Air Asia. Kami just pakai beg backpack,
sorang satu, saya sangkut dekat beg katanya besar sangat dan terbanglah RM 81
dekat kaunter hmmm…ada banyak beg lagi besar gedabak giant tapi lepas pula
masuk kabin…yang tu dia tak nampak…tak pe biarlah ‘sedekah’ sikit dekat
AirAsia.
Big family, kalau setiap kali semua anak
buah kahwin kami balik Sabah, baik duduk terus di Sabah, kaya sangat tu, hihi.
Alkisahnya begini – ni anak buah terdekat sebelah suami, anak kepada arwah
abang kepada suami saya. My husband ada 8 orang adik beradik, kakak 5 dan dua
abangnya sudah meninggal dunia. Tinggal my husband seorang lelaki dalam adik
beradiknya.
@kahwin paksa@
Perkahwinan yang diatur keluarga. Wasiat
arwah bapa pengantin lelaki yakni anak buah kami inilah. Kedua mempelai muda
belaka umur 20-an. Sungguh saya tak sangka perkahwinan jenis ini masih wujud
pada zaman ini. Saya tumpang simpati pengantin perempuan, saya yang tiba-tiba
lebih prihatin daripada biasa, cuba untuk mengorek rahsia hati si pengantin
melalui laman facebooknya. Zaman sekarang ayat-ayat keramat ‘diam tandanya setuju’
dah tak boleh pakai dah, sudah lapuk reput berkulat ketinggalan zaman.
Diam di
hadapan kita, tapi cuba tengok fb dia…kan suara hati dia tu dah tertulis di wall
fb - ‘ku rela dibenci olehmu’,
‘bahagiamu deritaku’ Bekas boyfriend dia pun sekali sedih pedih dalam tu. Lebih
malang lagi pengantin hanya ada dua pilihan, bersetuju atau kalau tak setuju
membawa maksud dibuang keluarga. Sungguh, kita pula yang sedih ya, huhu…
Setelah bergelar isteri melalui wall
fbnya, ada terselit video ceramah seorang ustazah yang menegaskan tidak ada
cinta sebelum kahwin, cinta selepas kahwin adalah cinta yang sebenarnya. Dia
sedang melalui fasa merawat hati dia tu, dengan pemikiran begitu jauh lebih
baik berbanding terus hanyut melayan duka lara. Hidup dalam realiti. Tabarakallah
kedua-dua pengantin. Malah sepupu-sepupu pun banyak memberi kata-kata nasihat
mendoakan kebahagiaan kedua mempelai, suruh move on…jangan pandang belakang.
Aduh aduh sayang…
@demam@
My husband sibuk sana sini, tidur tak
tidur makan tak makan. Dia teruja anak buahnya kahwin, rasa tanggungjawab berat
atas bahu dia, yalah anak arwah abangnya kan. Dah macam anak sendiri. Sampai
tahap saya risau tahap kesihatannya, berulangkali juga saya ingatkan suami
kawal sikit rasa teruja tu…jaga kesihatan…abang tu bukannya muda lagi. Dan…seperti
dijangka dia tak dengar pun cakap kita. Selesai saja majlis kahwin…dah agak
dah…suami demam, menggigil gitu. Dah demam menggigil tak nak pergi klinik pula
tu aduh…demam menggigil dia tu sampai tahap badan dia keras sekejap, keras
kejang +- 15 saat, saya sampai terjerit panggil anak buah, bersegera membawa
suami ke hospital, but…you know what? Bila kejang keras dia tu dah hilang, dia
bolehnya tak nak pergi hospital ya rabbi… aduh aduh sayang…hmmm
Alasannya tak nak kena tahan wad. Flight
kami lagi 2 hari. Takut terlepas flight katanya. Itu ini begitu begini…tengah
malam 14/11 tu kami cari klinik luar tapi saya terlupa ini Sandakan bukan Klang
yang ada klinik swasta 24 jam. Sudahnya kami ke hospital terus ke kecemasan.
Kebetulan kecemasan masa tu lengang tiada kes…agak-agak kalau ada kes belum
tentu lagi kita kena layan, setakat demam saja kan. Ok, dapat ubat, tak perlu masuk
wad, kami balik rumah, tidur dan rehat.
Malangnya demam suami semakin bertambah panas dan menggigil. Aduh
aduh sayang… memasuki tarikh 15/11 saya dah buntu dah. Flight kami 16/11 jam
3.15 petang Sandakan to KL. Fikir punya fikir, terlintas nama Klinik Mansor di
fikiran saya. Saya, emak dan adik bersegera membawa suami ke klinik tersebut.
Kami pergi petang dalam lingkungan jam 5 pm, rupa-rupanya semua klinik
luar/swasta di Sandakan akan tutup sekejap mula jam 5 pm dan beroperasi semula
pada jam 7 pm. Kami tunggu sampai jam 7 pm, sebelum tu pergi makan dulu.
Klinik
Mansor sebelum jam 7 pm dah buka dah, ok daftar sekejap tunggu doctor sampai,
suami request/dapat suntikan. Saya inform doctor kami mengejar flight 16/11
bagilah apa-apa rawatan untuk lega cepat demam suami saya. Saya sebenarnya
tidak gemar bab suntikan ini tapi semacam tiada pilihan due to flight esoknya.
Nak tangguh flight tu boleh tapi macam-macam benda nak kena urus, leceh.
@Klinik Mansor Sdn. Bhd.@
Dari saya kanak-kanak saya sudah dengar
reputasi klinik ini, dan mungkin klinik ini satu-satunya klinik luar di
Sandakan yang dikendalikan anak tempatan. Bumiputera Sabah. Klinik swasta lain
dipegang oleh Cina, di Sandakan dominan bangsa kaum Cina. Saya cakap dekat
suami, kita balik Sandakan nanti inilah klinik kita, selain Hospital Duchess Of
Kent dekat batu 2 tu.
@gatal@
Selama seminggu yang dahsyat haha…masa
untuk diri sendiri pun semacam tiada. Asyik nak bergerak, perlu bergerak pantas
ke sana sini. Tangan saya gatal, gatal yang saya dapat di bulan 8 dan 9 yang
lepas berulang semula. Mula dapat gatal-gatal tu masa saya bersihkan rumah kami
di Taman Muhibbah, Sandakan tu. Mata saya asyik intai-intai jer klinik dari
jauh tapi sebab ramai orang dan kita pula tiada masa nak berlama-lama di
klinik, sudahnya sampai balik ke Klang baru dapat pergi klinik.
Bab gatal ni
membuatkan saya tersenyum sendiri.
Encik S, I rasa I faham maksud senyum dan
cara pandang you tu. It’s ok, kadang kita tengah mood baik sesekali double
meaning itu ok, not fikiran yang bukan-bukan ye Encik S. No hard feeling kata
my friend. I pun rasa terhibur, you punya punchline tu memang menjadi. Garu
memang sedap. Gatal kena cari ubat yang betul. Kalau semua pesakit yang datang
jumpa you rasa senang dekat your performance…lain kali dia orang mesti datang
lagi. Aduh aduh sayang…
@dobi@
Agak lucu diimbas semula, kami cari kedai
dobi di Sandakan, satu benda yang tak
pernah terlintas di fikiran setiap kali balik Sandakan. Kesibukan yang mengikat
kami membuatkan pakaian bertimbun ala kubu perang. Takkan bawa baju kotor balik
Klang baru cuci, aduh aduh sayang. Rumah mak bekalan airnya tak menentu, rumah
kami pula kosong sudahnya dobi time. Siap google tu dan tahu tak? Tak tahu.
Pergerakan kereta kami direkod waktu cari
kedai dobi tu. Boleh nampak dekat google map tu, waduh canggih. Kami mendobi di
batu 6 dekat Bandar IJM. RM 16 kos dobi, free sabun cuci + pewangi + pembasmi
kuman. Kita just bawa baju kotor.
Sibuk mendobi, my husband pergi car wash
bagi bersih cantik kereta.
@supermoon@
Kebetulan supermoon bertarikh 14/11/2016.
Kami ambik peluang menikmati suasana yang diramal hanya akan berulang semula 34
tahun ke hadapan. Jika ada rezeki umur panjang, ketika itu saya berusia 34 + 36
= 70 tahun, InsyaAllah. Terang memang terang, alangkan jam 3 pagi kami memandu
meredah Sandakan… malam yang sungguh terang, sejuk, sunyi, mendamaikan, jalan
raya hampir zero kenderaan.
@hati tisu, sentimental value, soft spot@
Usai anak buah akad nikah, saya perasan
kakak-kakak ipar dan suami saya sebak. Saya sendiri hampir-hampir terikut sama
sebak tapi masih dapat kawal lagi perasaan tu. Sah akad nikah membawa maksud
terlaksanalah sudah wasiat arwah abang ipar saya. Wasiat asal anak arwah abang
ipar dengan kakak si pengantin tapi atas sebab tiada jodoh, jatuh ke atas
adiknya.
Sehari kemudian, kak Rayang kakak ipar
saya bercerita ketika kami santai-santai rehat… katanya semacam dia
terbayang-bayang seakan terasa arwah Ismail ada bersama dalam majlis kahwin
anaknya itu. Dia rasa sedih, sayu bercampur gembira, kalaulah arwah Ismail
masih hidup… saya kelu lidah dah, tak tahu respon apa, dengar saja. Wasiat lisan
yang dipegang oleh orang-orang tua dalam family suami saya, mereka berusaha
menunaikan hasrat arwah abang Ismail. Antara wasiat dan korban perasaan si
pengantin. Family belah suami saya jenis old school still berpegang teguh
dengan adat dan kepercayaan bangsa mereka. Malah kahwin pun sesama keluarga. Saya
‘orang luar’ yang berjodoh dengan suami hihihi…panjang ceritanya.
Oklah sayang, dah sampai penghujung
cerita balik kampung edisi aduh aduh sayang ini. Tata…
love,
monalizahrais
Bt3 Jalan Kapar, Klang
23/11/2016 Rabu
No comments:
Post a Comment