Assalamualaikum...
Cuaca di luar rumah mendung, dalam hati cerah. 29’C, mostly
cloudy kata si Green. Sejuk. Hari-hari sejuk, malam membawa ke pagi menggigil
kita kesejukan. Pakai stokin, selimut siap-siap, off kipas. Mandi ekspres.
Selera menjadi-jadi, asyik lapar sepanjang masa. Punah diet haha, lagi-lagi kalau juadah nasi lemak atau diiringi sambal belacan aduh!
Hari ini memasuki hari keempat kita di tahun 2017. Sabtu, 31
Disember 2016 awal-awal lagi saya suggest dekat suami kita pergi I City, Shah
Alam. Kebetulan free tak buat apa-apa di
rumah, pergi sajalah. Kami gerak dari rumah jam 10.30 pm. Sebelum itu di rumah
kami settle dulu hal-hal makan minum dan tandas. Kurang 15 minit dah sampai I
City. Bayaran masuk untuk motor RM 3.
Di laman social khususnya facebook, ada banyak status pro dan
kontra sambut tahun baru. Betullah tu yang post status sambut new year tu bukan
budaya kita. Atas diri masing-masing, nak warna iman jenis yang mana. Saya tak
nak komen lebih-lebih. Saya? Atas pagar.
@ Basikal @
Budak sekolah konvoi basikal, selalu nampak setiap kali kami ke
I City di ambang tahun baru. Safety first ya adik-adik. Badan nak pakai lama tu.
@ Sampah @
Kami lepak di I city sampai jam 2 pagi. Pun orang masih ramai.
Sampai ke siang agaknya. Sampah merata-rata. Ironinya ada yang duduk dekat tong
sampah tapi tak buang pun sampah tu, just biar begitu saja. Pakcik makcik
cleaner sila tabahkan hati anda, sampah lebih banyak daripada biasa. Permulaan yang ‘baik’ di awal tahun 2017, hehe…
Mentaliti masyarakat kita, kau pun tahu tentang ini. Tahun saja
yang baru, yang lain-lain masih sama.
@ Palsu @
Manusia dan meniru berpisah tiada. Sebab semua hiasan dan
permainan di sini bersifat meniru daripada yang asal… sebenarnya saya tak
teruja sangat setiap kali berkunjung ke sini. Sama ada sambutan ambang tahun
baru atau saja-saja pergi. Mula I city ini dibangunkan sejak tahun 2009
(berdasarkan sumber Wikipedia) sehingga ke hari ini, entah berapa kali sudah kami
ke sini. Kita menyaksikan pertambahan bangunan yang sentiasa bertambah bermula
masuk percuma membawa kepada berbayar. Sekiranya semua gambar kami di I City
ini dicuci simpan dalam album…hasilnya ribuan gambar.
Kadang-kadang terbit rasa kesian dekat budak-budak yang datang
sini. Saya asal kampung, melalui zaman kanak-kanak dan remaja dalam persekitaran alam semulajadi, sudah tentu saya
tak rasa apa-apa melihat suasana digital di sini. Segala-galanya palsu, ditiru
dan berbayar. Ops! Jangan marah ya. ini realiti.
Selain I City, bawa sekali anak-anak tu pergi ke tempat alam semulajadi – mandi sungai, berkelah tepi
pantai, masuk gua, tengok sawah padi dan yang segaris dengannya. Saya tak dapat
bayangkan seorang anak kecil dibesarkan dalam persekitaran bandar semata-mata.
Tiba-tiba satu hari di dalam kehidupannya dia perlu masuk kampung, agak-agak
apa jadi?
@ 5D cinema @
RM 5, 50% diskaun malam 31/12/2016. Suami teruja tengok benda
ni, saya tak nak. Gerak hati saya menolak, sungguh-sungguh. Teringat sakit
kepala saya sebelum ini, bimbang berulang. Apa itu 5D cinema? Kau google
sendiri, ada banyak info.
Sudahnya suami masuk sendiri, keluar dari cinema tu dia kata
jenis orang mudah terkejut ada penyakit jantung memang tak boleh masuk. Macam
real katanya, dia siap tutup mata lagi. Nasib baik cuma 5 minit.
Ini analogi/tamsilan. Tak semua orang boleh naik roller coaster.
Gila apa, kita jadi ‘keretapi laju’ pusing sana sini sambil terjerit-jerit.
Dibuatnya tergelincir… perasaan ini yang ‘dipindah’ dalam bentuk 5D cinema,
kita just duduk (tempat duduk yang di adjustable) + pakai cermin mata khas + pasang
seat belt + sedikit kesan khas bubble di sembur ke arah penonton. Tapi kalau
kau jenis yang gemarkan aktiviti begini, no hal punya. Ledakan adrenalina.
Bercakap tentang sembur saya terus teringat kenangan berteater,
untuk special effect di atas pentas – peranan asap itu sangat penting, jangan
lebih jangan kurang.
@ Bunga api @
Selalu sangat kami tengok bunga api, tak tahu nak teruja macam
mana lagi, haha.. berdurasi +- 3 minit, sakit tengkuk juga ya melihat bunga api
di I City ni. Zaman IT, semua orang menghala smartphone merakam detik-detik
pemisah tahun lama ke tahun baru. 2016 beralih memasuki 2017. Chinese New Year
hujung Januari ini puaslah tengok bunga api nanti, bukan beberapa minit
berlangsung tapi berjam-jam.
Dalam pada melihat bunga api, sempat lagi saya terfikir kalaulah
percikan api ini kena dekat badan kita…di sini kita gembira dan teruja di
Palestin? Bunga api fosfurus kau…
Dan kita sama-sama tahu, kes terkena percikan bunga api di
Pandamaran, Klang tu.
@Baby@
My mom waktu pertama kali datang I City, dia sangat hairan ada
banyak parent yang bawa baby. Sama ada tolak stroller atau gendong begitu saja.
Ada baby yang saya jangka umur tak sampai sebulan pun, masih kemerah-merahan.
Mak cakap, kita di kampung bimbang bayi diganggu makhluk halus kalau keluar
malam, tapi di sini di bandar… hantu yang takut manusia, bukan sebaliknya.
Ok, next, jom layan gambar.
love,
monalizahrais
Bt.3 Jln Kapar,Klang
Selangor
4 Januari 2017 Rabu
No comments:
Post a Comment