Wednesday, November 23, 2016

BALIK KAMPUNG 9/11/2016 - 16/11/2016 EDISI ADUH ADUH SAYANG

Assalamualaikum…


Hari ini pagi ini jam dan saat ini, cuaca pagi di luar rumah cerah, cuaca di hati pun cerah bersinar-sinar. Lirik lagu pada zaman IT jenis info laju-laju di hujung jari agak pelik berbanding zaman 80-an sehingga tahun 2000. Zaman kanak-kanak sehingga remaja saya, kami kenal lagu-lagu rock kapak, tangkap leleh Ziana Zain, Erra Fazira,Awie, lagu-lagu Loloq, M Nasir, Ella, dan sedikit perisa nasyid jenama Raihan dan Rabbani. Mungkin factor umur, sekarang saya kurang mendengar/mengikuti perkembangan terkini lagu-lagu di negara kita, malah artis-artis terkini yang muda-muda pun saya tak kenal sangat. Tapi untuk pagi ini, update cerita di blog saya pinjam sekejap sedikit  lirik lagu – Aduh aduh  sayang…


(disclaimer : setelah meneliti lirik penuh lagu aduh aduh sayang,ingin saya tegaskan cerita ini tiada kaitan langsung dengan lirik penuh lagu tersebut, saya just pinjam bahagian ‘aduh aduh sayang’ saja untuk make up/aksesori cerita)

Ok jom kita teruskan cerita.


Balik kampung edisi aduh aduh sayang… pun di luar jangkaan. Bayangkan saya baru jer balik dari Sabah 5/10/2016 yang lepas, kemudian 9/11/2016 terbang lagi ke Sandakan, Sabah. Rezeki jangan ditolak kan kan kan…dikhabarkan kepada kami suami isteri bahawa anak buah kami nak kahwin dah, bertarikh 13 November 2016, Ahad.

 Itu ini begitu begini saya cepat-cepat urusbeli tiket kami yang semuanya berjumlah RM 700 pulang balik untuk 2 pax, pergh…lumayan juga ya. Air Asia. Kami just pakai beg backpack, sorang satu, saya sangkut dekat beg katanya besar sangat dan terbanglah RM 81 dekat kaunter hmmm…ada banyak beg lagi besar gedabak giant tapi lepas pula masuk kabin…yang tu dia tak nampak…tak pe biarlah ‘sedekah’ sikit dekat AirAsia.


Big family, kalau setiap kali semua anak buah kahwin kami balik Sabah, baik duduk terus di Sabah, kaya sangat tu, hihi. Alkisahnya begini – ni anak buah terdekat sebelah suami, anak kepada arwah abang kepada suami saya. My husband ada 8 orang adik beradik, kakak 5 dan dua abangnya sudah meninggal dunia. Tinggal my husband seorang lelaki dalam adik beradiknya.


@kahwin paksa@


Perkahwinan yang diatur keluarga. Wasiat arwah bapa pengantin lelaki yakni anak buah kami inilah. Kedua mempelai muda belaka umur 20-an. Sungguh saya tak sangka perkahwinan jenis ini masih wujud pada zaman ini. Saya tumpang simpati pengantin perempuan, saya yang tiba-tiba lebih prihatin daripada biasa, cuba untuk mengorek rahsia hati si pengantin melalui laman facebooknya. Zaman sekarang ayat-ayat keramat ‘diam tandanya setuju’ dah tak boleh pakai dah, sudah lapuk reput berkulat ketinggalan zaman.

 Diam di hadapan kita, tapi cuba tengok fb dia…kan suara hati dia tu dah tertulis di wall fb -  ‘ku rela dibenci olehmu’, ‘bahagiamu deritaku’ Bekas boyfriend dia pun sekali sedih pedih dalam tu. Lebih malang lagi pengantin hanya ada dua pilihan, bersetuju atau kalau tak setuju membawa maksud dibuang keluarga. Sungguh, kita pula yang sedih ya, huhu…

Setelah bergelar isteri melalui wall fbnya, ada terselit video ceramah seorang ustazah yang menegaskan tidak ada cinta sebelum kahwin, cinta selepas kahwin adalah cinta yang sebenarnya. Dia sedang melalui fasa merawat hati dia tu, dengan pemikiran begitu jauh lebih baik berbanding terus hanyut melayan duka lara. Hidup dalam realiti. Tabarakallah kedua-dua pengantin. Malah sepupu-sepupu pun banyak memberi kata-kata nasihat mendoakan kebahagiaan kedua mempelai, suruh move on…jangan pandang belakang. Aduh aduh sayang…


@demam@

My husband sibuk sana sini, tidur tak tidur makan tak makan. Dia teruja anak buahnya kahwin, rasa tanggungjawab berat atas bahu dia, yalah anak arwah abangnya kan. Dah macam anak sendiri. Sampai tahap saya risau tahap kesihatannya, berulangkali juga saya ingatkan suami kawal sikit rasa teruja tu…jaga kesihatan…abang tu bukannya muda lagi. Dan…seperti dijangka dia tak dengar pun cakap kita. Selesai saja majlis kahwin…dah agak dah…suami demam, menggigil gitu. Dah demam menggigil tak nak pergi klinik pula tu aduh…demam menggigil dia tu sampai tahap badan dia keras sekejap, keras kejang +- 15 saat, saya sampai terjerit panggil anak buah, bersegera membawa suami ke hospital, but…you know what? Bila kejang keras dia tu dah hilang, dia bolehnya tak nak pergi hospital ya rabbi… aduh aduh sayang…hmmm

Alasannya tak nak kena tahan wad. Flight kami lagi 2 hari. Takut terlepas flight katanya. Itu ini begitu begini…tengah malam 14/11 tu kami cari klinik luar tapi saya terlupa ini Sandakan bukan Klang yang ada klinik swasta 24 jam. Sudahnya kami ke hospital terus ke kecemasan. Kebetulan kecemasan masa tu lengang tiada kes…agak-agak kalau ada kes belum tentu lagi kita kena layan, setakat demam saja kan. Ok, dapat ubat, tak perlu masuk wad, kami balik rumah, tidur dan rehat.

Malangnya demam suami  semakin bertambah panas dan menggigil. Aduh aduh sayang… memasuki tarikh 15/11 saya dah buntu dah. Flight kami 16/11 jam 3.15 petang Sandakan to KL. Fikir punya fikir, terlintas nama Klinik Mansor di fikiran saya. Saya, emak dan adik bersegera membawa suami ke klinik tersebut. Kami pergi petang dalam lingkungan jam 5 pm, rupa-rupanya semua klinik luar/swasta di Sandakan akan tutup sekejap mula jam 5 pm dan beroperasi semula pada jam 7 pm. Kami tunggu sampai jam 7 pm, sebelum tu pergi makan dulu.

 Klinik Mansor sebelum jam 7 pm dah buka dah, ok daftar sekejap tunggu doctor sampai, suami request/dapat suntikan. Saya inform doctor kami mengejar flight 16/11 bagilah apa-apa rawatan untuk lega cepat demam suami saya. Saya sebenarnya tidak gemar bab suntikan ini tapi semacam tiada pilihan due to flight esoknya. Nak tangguh flight tu boleh tapi macam-macam benda nak kena urus, leceh.


@Klinik Mansor Sdn. Bhd.@
Dari saya kanak-kanak saya sudah dengar reputasi klinik ini, dan mungkin klinik ini satu-satunya klinik luar di Sandakan yang dikendalikan anak tempatan. Bumiputera Sabah. Klinik swasta lain dipegang oleh Cina, di Sandakan dominan bangsa kaum Cina. Saya cakap dekat suami, kita balik Sandakan nanti inilah klinik kita, selain Hospital Duchess Of Kent dekat batu 2 tu.


@gatal@
Selama seminggu yang dahsyat haha…masa untuk diri sendiri pun semacam tiada. Asyik nak bergerak, perlu bergerak pantas ke sana sini. Tangan saya gatal, gatal yang saya dapat di bulan 8 dan 9 yang lepas berulang semula. Mula dapat gatal-gatal tu masa saya bersihkan rumah kami di Taman Muhibbah, Sandakan tu. Mata saya asyik intai-intai jer klinik dari jauh tapi sebab ramai orang dan kita pula tiada masa nak berlama-lama di klinik, sudahnya sampai balik ke Klang baru dapat pergi klinik. 

Bab gatal ni membuatkan saya tersenyum sendiri.
Encik S, I rasa I faham maksud senyum dan cara pandang you tu. It’s ok, kadang kita tengah mood baik sesekali double meaning itu ok, not fikiran yang bukan-bukan ye Encik S. No hard feeling kata my friend. I pun rasa terhibur, you punya punchline tu memang menjadi. Garu memang sedap. Gatal kena cari ubat yang betul. Kalau semua pesakit yang datang jumpa you rasa senang dekat your performance…lain kali dia orang mesti datang lagi. Aduh aduh sayang…


@dobi@
Agak lucu diimbas semula, kami cari kedai dobi di Sandakan, satu benda yang  tak pernah terlintas di fikiran setiap kali balik Sandakan. Kesibukan yang mengikat kami membuatkan pakaian bertimbun ala kubu perang. Takkan bawa baju kotor balik Klang baru cuci, aduh aduh sayang. Rumah mak bekalan airnya tak menentu, rumah kami pula kosong sudahnya dobi time. Siap google tu dan tahu tak? Tak tahu.


Pergerakan kereta kami direkod waktu cari kedai dobi tu. Boleh nampak dekat google map tu, waduh canggih. Kami mendobi di batu 6 dekat Bandar IJM. RM 16 kos dobi, free sabun cuci + pewangi + pembasmi kuman. Kita just bawa baju kotor.
Sibuk mendobi, my husband pergi car wash bagi bersih cantik kereta.


@supermoon@
Kebetulan supermoon bertarikh 14/11/2016. Kami ambik peluang menikmati suasana yang diramal hanya akan berulang semula 34 tahun ke hadapan. Jika ada rezeki umur panjang, ketika itu saya berusia 34 + 36 = 70 tahun, InsyaAllah. Terang memang terang, alangkan jam 3 pagi kami memandu meredah Sandakan… malam yang sungguh terang, sejuk, sunyi, mendamaikan, jalan raya hampir zero kenderaan.


@hati tisu, sentimental value, soft spot@
Usai anak buah akad nikah, saya perasan kakak-kakak ipar dan suami saya sebak. Saya sendiri hampir-hampir terikut sama sebak tapi masih dapat kawal lagi perasaan tu. Sah akad nikah membawa maksud terlaksanalah sudah wasiat arwah abang ipar saya. Wasiat asal anak arwah abang ipar dengan kakak si pengantin tapi atas sebab tiada jodoh, jatuh ke atas adiknya.

Sehari kemudian, kak Rayang kakak ipar saya bercerita ketika kami santai-santai rehat… katanya semacam dia terbayang-bayang seakan terasa arwah Ismail ada bersama dalam majlis kahwin anaknya itu. Dia rasa sedih, sayu bercampur gembira, kalaulah arwah Ismail masih hidup… saya kelu lidah dah, tak tahu respon apa, dengar saja. Wasiat lisan yang dipegang oleh orang-orang tua dalam family suami saya, mereka berusaha menunaikan hasrat arwah abang Ismail. Antara wasiat dan korban perasaan si pengantin. Family belah suami saya jenis old school still berpegang teguh dengan adat dan kepercayaan bangsa mereka. Malah kahwin pun sesama keluarga. Saya ‘orang luar’ yang berjodoh dengan suami hihihi…panjang ceritanya.


Oklah sayang, dah sampai penghujung cerita balik kampung edisi aduh aduh sayang ini. Tata…


love,
monalizahrais
Bt3 Jalan Kapar, Klang
23/11/2016 Rabu

Tuesday, November 22, 2016

BALIK KAMPUNG 2/8/2016 - 5/10/2016 PART II

Assalamualaikum…

Ok, kita sambung cerita lagi.


@telefon@
Dua bulan. Lama tu. Kesian encik suamiku. Setiap malam tak video call, call biasa pun jadilah, melayan rindu. Mula-mula kami bervideo call, nak tergelak pun ya, first time tu. Rasa ganjil sangat. Yalah dulu zaman kenal sebelum kahwin, tak adanya video call whatsapp fb bagai. Just call dan mesej saja. Bertunang pun tidak, terus kahwin. Dah kahwin bertahun-tahun, tetiba berjauhan sekejap (what? sekejap kau cakap? 2 bulan tu, huhuhu…). Sebab saya tidur awal sebelum 9 pm sudah Zzzz dan mimpi, if my husband call me selepas jam 9 pm memang tak berjawablah panggilan tu. Waktu siang saya sibuk ke sana sini mengurus rumah, dah malam baru terasa penat badan. Ada sekali tu saya sambut call sambil mamai, esok pagi saya tengok history dalam phone… eh adalah, biar betul, aku cakap apa malam tadi? Hahaha…siangnya suami call dan gelakkan saya. Tahun-tahun sebelumnya paling lama kami berjauhan 3 bulan, sewaktu arwah bapa saya sakit dan selepas dia meninggal dunia.


@kucing@
Kucing di kampung ada 5 – Mulia, Chi, Milan,Koi, Wisel. Kucing kampung – lasak, agresif, apa yang kami makan, kucing berlima ni pun bedal, semua masuk – nasi mee rambutan durian sayur. Beres, licin pinggan. Tolak batu dan kayu. Ikan dan daging tak payah tanya yang tu sah-sah makanan ruji encik dan cik kucing. Mereka berlima menjadi escort saya pada awal-awal minggu saya di kampung. Sampai tahap kita ke tandas siap tunggu kat luar tu, kita masuk bilik tidur kucing-kucing ni dah ready berkampung depan pintu. Siap cakar-cakar pintu bilik lagi. Pintu buka sikit jer… cepat-cepat masuk bilik lompat atas katil kita, dok gesel sana sini aduhai… geli tau!

Saya suka kucing, setakat suka tengok dan bagi makan tapi saya takut pegang kucing. Awak makan 10 kali sehari pun, kucing berlima pun join makan sekali. Cucu-cucu emak siap dodoinyanyikan lagu-lagu untuk kucing-kucing ni, letak dalam buaian sampai tertidur kucing berlima tu. Malam…kadang saya terlupa tutup pintu bilik, tengah nyenyak tidur tu…c Mulia masuk bilik baring tidur tepi kita, sekali lagi sambil menggesel-geselkan badan dia tu minta dimanjakan, aduduh…kenapakah begitu kucing, saya pakai baju Catwomankah?


@menulis@
Asal entry ini panjang, seakan tiada titik noktah. Infiniti. Sejak dari kampung lagi saya dah mula menulis cerita balik kampung  tapi alahai… ilham saya umpama empangan pecah, saya tenggelam timbul hanyut  dibawa arus air, agak sukar mengempang ilham yang muncul, apabila mula menulis susah hendak berhenti. (flight of ideas). Akhirnya saya biarkan begitu saja, sekarang berada di Klang saya pick up poin utama dan terjadilah tulisan ini. Hanya cerita-cerita kecil tentang diri saya, bukan orang penting/terkenal dalam masyarakat umum pun, tapi saya menulisrekod cerita di blog ini melayan tangan gatal sangat! Gatal menulis gitu.

Jenis tangan gatal yang perlu diubat dengan cara menulis, melayan perasan, tak perlu ubat klinik. Tulislah apapun, yang penting tak gaduh dengan orang lain. Di blog ini, kamu jangan cari kesalahan tatabahasa atau ketat longgar tercabut skru paku bagai struktur ayat-ayat yang saya gunakan. Sebab saya sendiri yang tulis, edit, siar,  memang kamu akan jumpa ada terlalu banyak kesalahan ayat di sana sini. Blog ini tempat saya bersantai, melayan perasaan, mengasah parang tulisan atau menggilap peluru abc, yang kalau saya bercerita secara live kamu akan boring, mengantuk, menyampah mendengarnya.


@provokasi, ujian@
Begitulah adat, ada yang suka ada juga yang benci kita. Kita tidak dapat memuaskan hati semua orang. Saya bukan jenis peramah, rajin sembang gebang berjam-jam, anti social pun tidak, saya hanya melayan benda-benda perlu. Orang tanya kita jawab, seadanya. Orang senyum kita pun senyum. Selalunya saya lebih banyak mendengar berbanding bercakap. Pendengar yang baik hihiii…(yalah tu, banyak cantik kau punya ayat). Apa-apa pun yang kita dengar atau baca…tidak semestinya kita setuju. Tapi saya diam sajalah, takkanlah saya nak cakap “aku tak setujulah apa kau cakap tu”. Silapnya kita selalu tersalah sangka apabila orang lain mendengar melayan cerita kita, kita menyangka mereka juga bersetuju dengan pendapat kita. Walhal kita mendengar dengan baik sambil sesekali menyelit bercakap sekadar mengikut rentak bicara.

Cara pandang, tinggi rendah suara, plastic badan tau dah dia nak provoke/uji saya aduiii…saya ni bukan siapa-siapa pun. Orang biasa, rakyat marhaein sama macam awak, taraf ikan bilis jer pun. Nak uji provok saya, huhuhu…layankan saja dan kita pun hidang ayat-ayat selamat, tak mau panjang-panjang cerita, debat gaduh itu ini.


@emak@
Emak sedang memasuki zon sensitif(emosi) pada usia emasnya sekarang – 55 tahun. Family kita umpama satu set pensel warna, pensel yang sama namun beza pada gelap terang warna pengalaman masing-masing. Emosi rapuh, cepat terasa dalam kebanyakan situasi. Ada ketika saya tak layan sangat bebelan emak, malas ‘memeriahkan’ suasana sebenarnya, dah dia emak, yang kau dok balah gaduh tak sudah tu memang tak akan pernah ada akhirnya. Lagi-lagi kalau emak kau jenis degil, bossy.

Sudahnya agak-agak nak marah tu rileks dulu…ingat waktu kita kecik-kecik dulu zaman kanak-kanak, betapa karenah kita dari umur sehari sampai tahap umur kita bujang trangtrangtrang berkahwin dan sehingga hari ini dia tetap layan kita dengan penuh kasih sayang – marah bebel sayang menangis merajuk semua ada. Pada fasa umur usia emas emak, kita tak tahu siapa yang akan pergi dulu dan  berapa lama masa yang kita ada untuk meluangkan masa bersama. Memanglah duduk jauh kita ada teknologi terkini – fb, call, mesej, whatsapp tapi tetap tak sama dengan ‘face to face’. Saya yang sudah bergelar perantau mula umur 20 sehinggalah sekarang menghampiri 4 series ini jika dikumpul-kumpul waktu bersama emak secara ‘face to face’ berapalah sangat masa yang ada, dalam setahun paling kurang sekali saya dapat pulang ke kampung halaman, ada nasib baik dan rezeki lebih, dapatlah beberapa kali pulang menjenguk orang tua dan adik-beradik. Selebihnya duduk sini – Semenanjung Malaysia. Dalam kebanyakan waktu, hati mesti sado beb! Huhuhu…

Sewaktu dihulurkan borong permohonan rumah untuk anak-anak peneroka bulan November 2015 yang lalu… apalagi saya terus rembat borang dan isi, Alhamdulillah berhasil pada tahun ini, dapat rumah yang duduknya dekat sangat dengan kampung halaman. Cuma proses berhijrah semula ke kampung halaman itu saya tidak tahu/tidak pasti berapa lama. Sedang diusahakan. InsyaAllah.

Ok, cerita ditangguh lagi, akan disambung di lain hari, tata…

love,
monalizahrais
Bt3 Jalan Kapar, Klang
22 November 2016
Selasa 

Wednesday, October 19, 2016

BALIK KAMPUNG 2/8/2016 – 5/10/2016

Assalamualaikum…


2 bulan 3 hari, lama balik kampung (Sandakan, Sabah). Saya fikir tahun ni tak jejak Sabah dah, sebab raya puasa 2016 memang target tak balik kampung, tapi itulah kita merancang Allah juga sebaik-baik perancang. Saya bersegera balik kampung 2/8/2016 setelah mendapat mesej penting di wassap, akhirnya tersadai dua bulan di kampung. Suami ditinggalkan sekejap, dia tak boleh cuti lama-lama, so saya yang kena urus semuanya. Urusan rumah saya dan suami, saya ke sana sini mengurus macam-macam, selesai urusan… baliklah ke sini lagi – Klang,Selangor. Sekarang saya sudah mula merindui pemandangan dari tingkat 5 rumah kami di Sandakan,Sabah.

 Awak yang hatinya bersih doanya mustajab tu selitkanlah kami suami isteri ni dalam doa sesekali ye…doakan perpindahan kami ke Sabah berjalan lancar dan dipermudahkan. Suami dah 20 tahun dan saya 16 tahun duduk merantau di bumi Semenanjung Malaysia ini. Kami sentiasa berharap ada ruang dan peluang kami berhijrah semula ke negeri kelahiran kami. Langkah pertama – mendapatkan rumah, Alhamdulillah sudah selesai, hanya proses berpindah/berhijrah yang sedang dilakukan. Banyak benda kena buat tu.


@sejuk@

 Maghrib awal sejam berbanding Maghrib di KL/Selangor. Bermakna Maghrib di KL/Selangor adalah waktu Isyak di Sandakan, Sabah. Dan itu juga membawa makna seawal jam 8 malam mata saya akan mula layu, kuyu seterusnya Zzzz…memang macam tu setiap kali saya balik kampung automatic jam badan saya berubah – waktu tidur, makan minum, kencing berak. Jam 8 malam dah duduk bilik dah, dinner awal-awal lagi dah siap santap. Kemudian baring-baring dan tidur. Terbangun antara jam 12 tengah malam – 3 pagi. Ni waktu horror ni huhuhu… time macam ni lah rasa kencing tu bersungguh sangat. 

Dengan mata berat… kejutkan emak minta teman pi kencing. Dasar penakut!. Maklum, bilik air dan dan bilik mandi di kampung halaman sangat mesra hantu/ghost friendly. Dinding separuh saja, terus tembus pemandangan pokok-pokok di belakang rumah. Bayangkan… waktu malam + angin sepoi-sepoi bahasa + bunyi unggas malam + salakan anjing + bunyi cicak + hujan renyai-renyai + bulan penuh + bintang-bintang + pokok besar yang semacam raksasa hitam etc. Lain-lain elemen penyedap or penyeram suasana sila tambah hihiii…


Keadaan ini berlangsung selama seminggu. Setiap tahun setiap kali saya balik kampung begitulah kejadiannya. Dalam proses badan saya menyesuaikan diri di tempat baru ambik masa seminggu juga. Selepas tu aktiviti kencing berak semuanya berlangsung hanya pada waktu siang atau paling lewat pun sebelum Isyak. Begitu juga dengan suhu. Selepas jam 3 pagi seterusnya memasuki zon Subuh (sebelum jam 5 pagi) adalah waktu-waktu saya menggigil kesejukan, selimut habis satu badan termasuk kepala, hahaha… sejuk bah! Saat berwuduk untuk solat Subuh adalah sangat-sangat mencabar, ketar tangan dan badan macam berwuduk guna air sejuk dari dalam peti ais.


@mistik@

Cerita-cerita seram, mood mistik dan misteri sentiasa ada yang baru setiap kali saya balik kampung. Pengkongsian pengalaman dari ahli keluarga. Selalunya cerita-cerita ini timbul secara spontan. Sedang kami rancak bersembang, misalnya cerita asal tentang politik akhirnya melarat kepada cerita hantu.


Ada satu kaum di Kampung G** adat dan kepercayaan mereka – uri/tembuni bayi digantung di dahan pokok besar, sehingga reput benda tu. Entah untuk tujuan apa entahlah, kampung G**  terletak di daerah Sandakan, Sabah. Adik-adik saya pernah limpas di kampung ini.


Kebetulan adik perempuan saya dan dua orang adik ipar saya sedang sarat mengandung – mak buyung. Dapat dilihat ranting limau kasturi yang berduri itu disangkut di siling, di tepi rumah semacam protection menghalau unsur-unsur jahat/mistik. Dalam kereta pula, adik saya dah standby paku besar saiz 6 inci.


Awak yang duduk bandar tak pernah duduk kampung mungkin akan kedengaran seperti mengarut membaca perenggan di atas. Tak pernah nampak/ alami sendiri memang sukar untuk percaya. Saya sendiri percaya selain kita manusia memang ada wujud benda halus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kita. Dah namanya benda halus tentunya ada  bermacam entiti misteri yang mewujudkan nama hantu yang macam-macam tu. Saya tak perlu sebut, kita semua tahu nama-nama glamour itu.


Ada sekali tu waktu Maghrib… emak pergi tandas, tandas pula jenis tandas dalam filem P. Ramlee yang rumah kecik terasing duduk luar rumah tu. Kena pula tu tepi tandas ada pokok pisang…ah sudah! Cukup syarat sungguh.Kata emak, tengah dia layan berak tu… tiba-tiba atap dan dinding tandas seperti diketuk berulang kali, bergegar tandas katanya. Emak yang berani jenis orang kampung tulen… selamba jer sound benda tu…suruh pergi jauh-jauh, jangan kacau aku tengah berak ni. Aku tak kacau kau, jadi kau jangan kacau aku, kata emak.


Pengalaman saya sendiri, waktu Maghrib juga, dah try tahan sebab waktu Maghrib tapi memang tak dan dah tahan… tengah layan berak tu… tandas bergoncang aduiii…saya cepat-cepat ‘push’ dan basuh cepat-cepat. Keluar tergesa-gesa dari tandas. Kacau betullah aduh. Tak boleh tengok orang senang dia ni! Tak tengok belakang dah. Jalan cepat-cepat naik rumah. Nasib baik tak blackout, kalau tak alangkah ‘seronoknya’ suasana itu.


Saya terus teringat pengalaman duduk tandas dalam flight, kebetulan cuaca buruk apalagi bergoncanglah kita. Lebih kurang macam itu suasananya waktu kena kacau tu. (sekadar tamsilan untuk memudahkan kefahaman cerita)


Saya setiap kali tengok cerita The Dark Knight, Batman Return, Superman  spontan teringat ‘Batman’ yang melompat dari satu bumbung rumah ke bumbung rumah lain, saya nampak ‘live’ itu ‘Batman’, pun kebetulan saya duduk-duduk di beranda rumah. Waktu itu melepasi waktu Isyak dah. Mulanya saya berhajat melihat bintang tapi ‘bintang’ lain pula yang dinampak, hehehe…


Di kampung-kampung memang masih wujud lagi bomoh jenis syirik ni. Dia pelihara/berdamping dengan benda-benda tu. Memang Tok Moh tak paksa kita jadi followernya, cuma benda-benda peliharaan dia tu pandai merayau mencari sumber ‘makanan’ dan ‘hiburan’ mengganggu penduduk kampung, yang ni tak best kan. Sudahnya marilah kita sama-sama tingkatkan amalan agama kita – ngaji al-Quran, solat, puasa dan yang segaris dengannya.


Dalam tempoh setahun lebih almarhum ayah saya melayan + melawan penyakit kanser paru-paru dihidapinya(stage 4)…ada banyak perkara mistik dan misteri mengganggu kami sekeluarga. Pernah juga saya terfikir menyimpan pengalaman kami dalam blog ini, mungkin akan saya tulis satu hari nanti.



@azan@


Sampai ke hari ini, saat ini saya tak tahu apa jawabnya. Setiap kali azan berkumandang dari masjid di kampung halaman saya, salakan/raungan/rintihan anjing pun sekali iring. Entah apa sebabnya. Awak, awak  mesti pernah tengok cerita serigala jadian di tv? Part seram time dia meraung di sebalik bukit tu. Ha…lebih kurang gitu lah suasananya. Di sini di Klang saya pernah nampak anjing di kejiranan Cina tapi tak pernah lagi saya dengar anjing tu berkelakuan seperti anjing-anjing di kampung saya. Pelik bukan? Ada seorang rakan fb saya pernah share di wall fbnya tentang ini, saya ingatkan hanya terjadi di tempat kami, rupa-rupanya di kampungnya yang terletak di daerah Ranau itu pun begitu juga.



@masa@
Masa bergerak terlalu perlahan, dan tenang, walaupun waktu siang/malam lebih cepat terang/gelap berbanding KL/Selangor. Perbezaan +- sejam. Entahlah tak tahu nak explain macam mana. Saya teringat kata-kata pengacara salah satu rancangan masakan… dia orang KL datang ke Sabah. Katanya ada semacam satu perasaan…dia benar-benar menikmati perjalanan masa dalam satu hari, berbanding di KL sehari dirasakan seperti beberapa jam sahaja. Semalam saya membaca komen blogwalking yang singgah di entry saya bertajuk Makan-makan di Sandakan, Sabah, katanya Sandakan tempat sesuai untuk mereka yang berjiwa halus, sebab tempat ni tak sibuk sangat dan tak sunyi sangat.


Kadang-kadang saya keliru… rasa macam dah tengah hari ingatkan dah jam 1 petang, sekali tengok jam baru jam 11 pagi. Ada waktu saya terbangun tengah malam, perasaan saya seperti jam 5 pagi rupa-rupanya baru jam 12. Selalu terbabas solat Subuh, sebabnya saya terbangun jam 6 pagi – matahari dah naik dah. Subuh sebelum jam 5 pagi yer Mona! Alangkah peliknya mendengar azan Subuh di tv dan radio nasional kita pada ketika kita berada di Sandakan, Sabah yang sedang terang benderang itu. Persamaan hanya pada jam, beza pada perjalanan masa.


Bulan Mei 2016, ada family saya datang KL untuk shopping. Jam baru jam 8 pagi. My aunty’s said – “Bang, sini baru jam 8 pagi tapi rasa macam baru  jam 7 kalau di tempat kita kan bang, lain suasananya ya!.” “Iya makcik, jam 10 pagi di sini di KL ni kalau di tempat kita bersamaan jam 12 tengah hari, lebih kurang gitulah.” Jawab saya.


Yang paling seronok balik kampung time bulan puasa. Kita sahur di KL jam 5.30 pagi, naik flight KL- Sandakan, kemudian kita iftar/sungkai jam 6 petang. Sandakan antara yang terawal waktu berbuka puasanya di Malaysia. Rasa ‘syurga’ beb, dapat memendekkan waktu puasa, padahal awal sejam jer pun, haha…
Tak banyak, sedikit pun jadilah.

Ok, stop sini dulu, InsyaAllah akan bersambung lagi.

Love,
monalizahrais
Batu 3, Jln Kapar,Klang
Selangor
19 Oktober 2016 (Rabu)