Assalamualaikum…
2 bulan 3 hari, lama balik kampung
(Sandakan, Sabah). Saya fikir tahun ni tak jejak Sabah dah, sebab raya puasa 2016
memang target tak balik kampung, tapi itulah kita merancang Allah juga
sebaik-baik perancang. Saya bersegera balik kampung 2/8/2016 setelah mendapat
mesej penting di wassap, akhirnya tersadai dua bulan di kampung. Suami
ditinggalkan sekejap, dia tak boleh cuti lama-lama, so saya yang kena urus
semuanya. Urusan rumah saya dan suami, saya ke sana sini mengurus macam-macam,
selesai urusan… baliklah ke sini lagi – Klang,Selangor. Sekarang saya sudah mula
merindui pemandangan dari tingkat 5 rumah kami di Sandakan,Sabah.
Awak yang hatinya
bersih doanya mustajab tu selitkanlah kami suami isteri ni dalam doa sesekali
ye…doakan perpindahan kami ke Sabah berjalan lancar dan dipermudahkan. Suami
dah 20 tahun dan saya 16 tahun duduk merantau di bumi Semenanjung Malaysia ini.
Kami sentiasa berharap ada ruang dan peluang kami berhijrah semula ke negeri
kelahiran kami. Langkah pertama – mendapatkan rumah, Alhamdulillah sudah
selesai, hanya proses berpindah/berhijrah yang sedang dilakukan. Banyak benda
kena buat tu.
@sejuk@
Maghrib awal sejam berbanding Maghrib di
KL/Selangor. Bermakna Maghrib di KL/Selangor adalah waktu Isyak di Sandakan,
Sabah. Dan itu juga membawa makna seawal jam 8 malam mata saya akan mula layu,
kuyu seterusnya Zzzz…memang macam tu setiap kali saya balik kampung automatic
jam badan saya berubah – waktu tidur, makan minum, kencing berak. Jam 8 malam
dah duduk bilik dah, dinner awal-awal lagi dah siap santap. Kemudian
baring-baring dan tidur. Terbangun antara jam 12 tengah malam – 3 pagi. Ni
waktu horror ni huhuhu… time macam ni lah rasa kencing tu bersungguh sangat.
Dengan mata berat… kejutkan emak minta teman pi kencing. Dasar penakut!.
Maklum, bilik air dan dan bilik mandi di kampung halaman sangat mesra
hantu/ghost friendly. Dinding separuh saja, terus tembus pemandangan
pokok-pokok di belakang rumah. Bayangkan… waktu malam + angin sepoi-sepoi
bahasa + bunyi unggas malam + salakan anjing + bunyi cicak + hujan
renyai-renyai + bulan penuh + bintang-bintang + pokok besar yang semacam
raksasa hitam etc. Lain-lain elemen penyedap or penyeram suasana sila tambah
hihiii…
Keadaan ini berlangsung selama seminggu.
Setiap tahun setiap kali saya balik kampung begitulah kejadiannya. Dalam proses
badan saya menyesuaikan diri di tempat baru ambik masa seminggu juga. Selepas
tu aktiviti kencing berak semuanya berlangsung hanya pada waktu siang atau
paling lewat pun sebelum Isyak. Begitu juga dengan suhu. Selepas jam 3 pagi
seterusnya memasuki zon Subuh (sebelum jam 5 pagi) adalah waktu-waktu saya
menggigil kesejukan, selimut habis satu badan termasuk kepala, hahaha… sejuk
bah! Saat berwuduk untuk solat Subuh adalah sangat-sangat mencabar, ketar
tangan dan badan macam berwuduk guna air sejuk dari dalam peti ais.
@mistik@
Cerita-cerita seram, mood mistik dan
misteri sentiasa ada yang baru setiap kali saya balik kampung. Pengkongsian
pengalaman dari ahli keluarga. Selalunya cerita-cerita ini timbul secara
spontan. Sedang kami rancak bersembang, misalnya cerita asal tentang politik
akhirnya melarat kepada cerita hantu.
Ada satu kaum di Kampung
G** adat dan kepercayaan mereka – uri/tembuni bayi digantung di dahan pokok
besar, sehingga reput benda tu. Entah untuk tujuan apa entahlah,
kampung G** terletak di daerah Sandakan,
Sabah. Adik-adik saya pernah limpas di kampung ini.
Kebetulan adik perempuan saya dan dua
orang adik ipar saya sedang sarat mengandung – mak buyung. Dapat dilihat
ranting limau kasturi yang berduri itu disangkut di siling, di tepi rumah
semacam protection menghalau unsur-unsur jahat/mistik. Dalam kereta pula, adik
saya dah standby paku besar saiz 6 inci.
Awak yang duduk bandar tak pernah duduk
kampung mungkin akan kedengaran seperti mengarut membaca perenggan di atas. Tak
pernah nampak/ alami sendiri memang sukar untuk percaya. Saya sendiri percaya
selain kita manusia memang ada wujud benda halus yang tidak dapat dilihat oleh
mata kasar kita. Dah namanya benda halus tentunya ada bermacam entiti misteri yang mewujudkan nama
hantu yang macam-macam tu. Saya tak perlu sebut, kita semua tahu nama-nama glamour
itu.
Ada sekali tu waktu Maghrib… emak pergi
tandas, tandas pula jenis tandas dalam filem P. Ramlee yang rumah kecik
terasing duduk luar rumah tu. Kena pula tu tepi tandas ada pokok pisang…ah
sudah! Cukup syarat sungguh.Kata emak, tengah dia layan berak tu… tiba-tiba
atap dan dinding tandas seperti diketuk berulang kali, bergegar tandas katanya.
Emak yang berani jenis orang kampung tulen… selamba jer sound benda tu…suruh
pergi jauh-jauh, jangan kacau aku tengah berak ni. Aku tak kacau kau, jadi kau
jangan kacau aku, kata emak.
Pengalaman saya sendiri, waktu Maghrib
juga, dah try tahan sebab waktu Maghrib tapi memang tak dan dah tahan… tengah
layan berak tu… tandas bergoncang aduiii…saya cepat-cepat ‘push’ dan basuh
cepat-cepat. Keluar tergesa-gesa dari tandas. Kacau betullah aduh. Tak boleh
tengok orang senang dia ni! Tak tengok belakang dah. Jalan cepat-cepat naik
rumah. Nasib baik tak blackout, kalau tak alangkah ‘seronoknya’ suasana itu.
Saya terus teringat pengalaman duduk
tandas dalam flight, kebetulan cuaca buruk apalagi bergoncanglah kita. Lebih kurang
macam itu suasananya waktu kena kacau tu. (sekadar tamsilan untuk memudahkan
kefahaman cerita)
Saya setiap kali tengok cerita The Dark
Knight, Batman Return, Superman spontan
teringat ‘Batman’ yang melompat dari satu bumbung rumah ke bumbung rumah lain,
saya nampak ‘live’ itu ‘Batman’, pun kebetulan saya duduk-duduk di beranda
rumah. Waktu itu melepasi waktu Isyak dah. Mulanya saya berhajat melihat
bintang tapi ‘bintang’ lain pula yang dinampak, hehehe…
Di kampung-kampung memang masih wujud
lagi bomoh jenis syirik ni. Dia pelihara/berdamping dengan benda-benda tu.
Memang Tok Moh tak paksa kita jadi followernya, cuma benda-benda peliharaan dia
tu pandai merayau mencari sumber ‘makanan’ dan ‘hiburan’ mengganggu penduduk
kampung, yang ni tak best kan. Sudahnya marilah kita sama-sama tingkatkan
amalan agama kita – ngaji al-Quran, solat, puasa dan yang segaris dengannya.
Dalam tempoh setahun lebih almarhum ayah
saya melayan + melawan penyakit kanser paru-paru dihidapinya(stage 4)…ada banyak
perkara mistik dan misteri mengganggu kami sekeluarga. Pernah juga saya
terfikir menyimpan pengalaman kami dalam blog ini, mungkin akan saya tulis satu
hari nanti.
@azan@
Sampai ke hari ini, saat ini saya tak
tahu apa jawabnya. Setiap kali azan berkumandang dari masjid di kampung halaman
saya, salakan/raungan/rintihan anjing pun sekali iring. Entah apa sebabnya. Awak,
awak mesti pernah tengok cerita serigala
jadian di tv? Part seram time dia meraung di sebalik bukit tu. Ha…lebih kurang
gitu lah suasananya. Di sini di Klang saya pernah nampak anjing di kejiranan
Cina tapi tak pernah lagi saya dengar anjing tu berkelakuan seperti
anjing-anjing di kampung saya. Pelik bukan? Ada seorang rakan fb saya pernah
share di wall fbnya tentang ini, saya ingatkan hanya terjadi di tempat kami,
rupa-rupanya di kampungnya yang terletak di daerah Ranau itu pun begitu juga.
@masa@
Masa bergerak terlalu perlahan, dan
tenang, walaupun waktu siang/malam lebih cepat terang/gelap berbanding
KL/Selangor. Perbezaan +- sejam. Entahlah tak tahu nak explain macam mana. Saya
teringat kata-kata pengacara salah satu rancangan masakan… dia orang KL datang
ke Sabah. Katanya ada semacam satu perasaan…dia benar-benar menikmati
perjalanan masa dalam satu hari, berbanding di KL sehari dirasakan seperti
beberapa jam sahaja. Semalam saya membaca komen blogwalking yang singgah di
entry saya bertajuk Makan-makan di Sandakan, Sabah, katanya Sandakan tempat
sesuai untuk mereka yang berjiwa halus, sebab tempat ni tak sibuk sangat dan tak
sunyi sangat.
Kadang-kadang saya keliru… rasa macam dah
tengah hari ingatkan dah jam 1 petang, sekali tengok jam baru jam 11 pagi. Ada waktu
saya terbangun tengah malam, perasaan saya seperti jam 5 pagi rupa-rupanya baru
jam 12. Selalu terbabas solat Subuh, sebabnya saya terbangun jam 6 pagi –
matahari dah naik dah. Subuh sebelum jam 5 pagi yer Mona! Alangkah peliknya
mendengar azan Subuh di tv dan radio nasional kita pada ketika kita berada di
Sandakan, Sabah yang sedang terang benderang itu. Persamaan hanya pada jam,
beza pada perjalanan masa.
Bulan Mei 2016, ada family saya datang KL
untuk shopping. Jam baru jam 8 pagi. My aunty’s said – “Bang, sini baru jam 8
pagi tapi rasa macam baru jam 7 kalau di
tempat kita kan bang, lain suasananya ya!.” “Iya makcik, jam 10 pagi di sini di
KL ni kalau di tempat kita bersamaan jam 12 tengah hari, lebih kurang gitulah.”
Jawab saya.
Yang paling seronok balik kampung
time bulan puasa. Kita sahur di KL jam 5.30 pagi, naik flight KL- Sandakan,
kemudian kita iftar/sungkai jam 6 petang. Sandakan antara yang terawal waktu
berbuka puasanya di Malaysia. Rasa ‘syurga’ beb, dapat
memendekkan waktu puasa, padahal awal sejam jer pun, haha…
Tak banyak, sedikit pun jadilah.
Ok, stop sini dulu, InsyaAllah akan
bersambung lagi.
Love,
monalizahrais
Batu 3, Jln Kapar,Klang
Selangor
19 Oktober 2016 (Rabu)
No comments:
Post a Comment